Penatnya tunggu hujan di Kelantan | NaSa

Penatnya tunggu hujan di Kelantan

in , by NaSa, May 08, 2026
Lumrah perubahan musim...

Kalau tengok berita sekarang, negeri-negeri belah Pantai Barat tu banyak betul kes hujan & ribut. Ada yang angin kuat sampai tercabut pagar rumah, kena banjir kilat sampai tenggelam kereta. Melampau bebenor meriah hujannya. Jeles la jugak sikit.

Sebab beza betul dengan negeri Pantai Timur ni pulak. Ya Allah kering kontang. Nak rasa hujan setitik punya la payah. Dalam seminggu ada la turun kejap dalam seminit dua pastu senyap. Tanah pun tak sempat basah 😂

Kita pulak rumah ada aircond uzur yang memang jarang pasang. Banyak bergantung pada kipas je. Tu pun pasang kelajuan maksimum tapi rasa macam nombor 1 je. Rimas aku hari-hari bermandi peluh. Nak tidur kejap je pun mesti bangun tu rasa macam berendam dalam kolam pula sebab basah baju dengan peluh. Sabor je la haha

Pastu sebab gian dah lama tak dapat hujan kan, tengok la aku ada apa...

Cantik tak? 😆
It's a humidifier yang ada efek rain drop hehe

Tapi jangan sangka tu bentuk cendawan pulak. It's a UFO actually. Aku memula grab tahun lepas ingatkan cendawan sebab bentuk dia macam kepala cendawan gitu, dan bahagian tengah tu tangkainya. Rupanya lepas barang dah pos baru aku baca balik nama beg kuning TikTok tu dan perasan laaaa UFO rupanya. Dan bawah tu macam lampu UFO masa dia culik manusia la kononnya 🤣

Close up sikit UFO kita 🤭
Bahagian UFO ni 2 dalam 1:
• Bahagian atas ada diffuser untuk keluarkan wap air dan lembapkan ruang udara 
• Bahagian bawah ada corong-corong halus untuk keluarkan titisan air jadi rain drop

Rain drop dia tu tak la sama bunyi macam hujan betul, tapi takpe la at least ada bunyi titisan air dan visual pun cantik setitik-setitik. Boleh la mengubat rindu di hati saya yang sejak bulan puasa ni tak merasa hujan yang memuaskan hati tau 😭

And I love that it also has 7 warna lampu so boleh la pasang dalam bilik gelap jadikan lampu tidur. Kita buat ghaso-ghaso konon tidur waktu hujan malam. Bezanya tak berselimut la sebab panas nak mampos ahahahah lama dah aku tak guna comforter aku tau sebab nak pakai baju pun rasa malas, inikan pula nak berlapis selimut.

Haa tu je la nak menunjuk pasal humidifier saya yang cantik ini.

Doakan la ya bumi Kelantan ni nanti dapat hujan jugak. Aku ni macam tinggal seinci je lagi kewarasan sebelum lompat terjun berendam dalam telaga tepi rumah ni 😌

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 1 comment

Add your comment

  1. oo..takde hujan ye...kat KL ni, hampir setiap hari hujan..cantik lampu UFO..haah'la..ala2 cendawan pun ye...jgn terjun telaga..haha..terjun sungai ok lg..

    ReplyDelete

Komen anda akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS