Bagai sirih pulang ke gagang...
Suatu kata pepatah yang bermaksud "pulang ke tempat asal-usulnya."
Suatu kata pepatah yang bermaksud "pulang ke tempat asal-usulnya."
Haaa blog ni sebenarnya masih ada di gagangnya. Cuma pegangan pada gagang tu macam tak teguh sangat. Tunggu masa nak terlepas dan terabai je blog ni. Ye laa kita pun update sekejap sekejap je kan. Tu pun topik kadang random, jadi tak ada kesinambungan. Sebab tu rasa personal branding aku di blog ni macam tak cukup kuat.
![]() |
| Terasa diri ini seperti Kaonashi. Tiada nama, tiada identiti |
Beza la dengan kawan-kawan blogger lain. Walaupun sekilas pandang, topik dan aktiviti yang mereka bincangkan pun random, tapi rata-rata ada tema yang konsisten, especially family blogger. Mereka cerita pasal apa-apa mesti ada kaitan dengan keluarga tercinta. So it's easy to identify and relate dengan cerita dan imej mereka.
Dah tu aku yang single ni cemana? Nak kena kahwin jugak ke? 😂
Sebab hidup aku agak dull tau. Walaupun salah satu topik perkongsian di blog ni pasal kehidupan seharian, tapi aktiviti harian aku tu repetitive tak menarik. Pastu jenis introvert jarang keluar rumah pula. Nak ajak orang lain keluar, kawan pun takde. Boyfriend apatah lagi. Maka tak banyak la topik pergi berjalan. Paling hebat pun aku keluar beli barang dapur je. Sebab tu rasa macam blog ni tak cukup isi.
![]() |
| Rutin sekali sebulan: bergaduh dengan troli Lotus's yang meminta dikitarsemula 😌 |
Atau... mungkin aku je kot overthinking. Kan orang kata "comparison is the thief of joy". Makin kita bandingkan diri dengan orang lain, makin kita tak nampak kelebihan diri sendiri dan bersyukur dengan rezeki yang dah ada.
But anyway, itulah punca aku rasa nak pulangkan blog ni ke gagang utama, biar berhubung semula dengan topik-topik yang dulu kita selalu update. Bukannya update pasal life apabila teringat je.
Apabila banyak topik, mudah la nak cari bahan dan susun jadual tulis dan publish secara konsisten kan. Mungkin boleh la kuatkan imej blog ni juga. Dan salah satu rancangannya nak banyakkan review la pulak aih. Alang-alang aku pun ada dapat dan beli banyak benda sepanjang 3 tahun jadi video content creator ni.
![]() |
| Skintific ni antara produk yang aku repeat beli dan boleh je review sebab ramai juga yang berminat untuk tahu lebih banyak pasal brand ni. |
Sayang ek terlepas peluang nak review benda sedia ada dulu.
Sebab awal-awal blogging dulu, kalau ada kawan blogger yang dapat apa-apa produk, jealous bercampur suka ye tengok mereka ambil gambar cantik-cantik, cerita pengalaman guna pelbagai produk yang diberi tu dalam blog. Auto terselit rasa teringin nak juga peluang macam tu.
Tapi sekarang aku dah dapat, diri sendiri pula yang manjang tak sempat. Gambar pun tak terdetik nak snap siap-siap masa rekod video dulu. Sekarang ada banyak produk tu yang dah habis atau dah buang sebab expired. Gambar dalam phone pun banyak dah delete untuk ringankan storage. Rugi betul...
Padahal dulu aku selalu je update pasal student life dan skincare yang guna untuk pulihkan jerawat batu lepas terjebak jadi mangsa skincare merkuri. Kawan tanya pasal skincare memang aku tahu jawab sebab banyak buat research masa nak rawat kulit tu. Sampai ada kawan lelaki panggil blog aku ni 'Blog Jerawat' tau hahahahah sibat punya member. Macam takde nama lain 😂
Tapi tu la lepas muka dah beransur pulih takde jerawat ni, amboi lupa daratan aku ek. Takde nak share apa-apa dah. Rugi betul sebab kalau ikutkan, banyak je produk jenama luar dan dalam negara yang aku cuba sepanjang jadi content creator. Boleh je jadikan bahan tulisan. Memang tak berbaloi jadi pemalas ni ye
Semoga benih niat ni terus bercambah menjadi pokok sirih yang lebih kuat gagangnya untuk blog ni bertahan lebih lama la ya. Harapnya ia tidak layu di mana-mana haha. Dan aku ni actually kalau nak tukar direction blog pun, patutnya terus buat je. Sembang panjang sini buat apa kan.
Cuma tu la. Nama blog pun Occasional Journal so kena catat la sikit luahan hati kat sini kan. Dah habis rungkaikan fikiran di minda yang kusut ni dalam journal maya kita, boleh la fokus on the next goal pulak. Banyak gambar nak kena snap dan research nak kena buat bagi setiap idea ni.
Maka ayuh la kita berajin-rajin bersama! 💪🏼
Orang baca ke tidak tu belakang cerita. Yang penting aku nak tulis 😂
Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.









Add your comment
Komen anda akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘
Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘
Thank you for reading ❤