NaSa

Selamat tinggal, Superstar BTS.

in , by NaSa, June 23, 2020
Assalamualaikum

Lama kan tak menulis sejak last entri pasal terkandas dek PKP di UUM haritu. Aku plan nak update sambungan cerita pasal tu sebenarnya tapi on hold kejap sebab ada satu berita yang agak sedih pula aku dapat tahu semalam. Berita pasal satu game bernama Superstar BTS ni yang dah ditamatkan servisnya bermula hari ini, 23 Jun 2020.

Kisah Aku, Cyst, dan Hormon: Bahagian 2

in , , by NaSa, April 22, 2020
Assalamualaikum

Selamat datang ke sambungan pasal alkisah cyst dan ovari bengkak tempoh hari. Dalam entri kalini, kita akan banyak fokus kepada kesan pengambilan pil hormon yang doktor bagi haritu ye? Ingat lagikah anda rupa bentuknya? Ni pil kat bawah ni.
***Take note entri ni pun sama juga panjang nak mampos ye. Macehh~

Kisah Aku, Cyst, dan Hormon: Bahagian 1

in , , by NaSa, April 21, 2020
Assalamualaikum

Pesanan penaja: Sukacita dimaklumkan entri ni panjang nak mampos ye. Aku nak bahagi pun takut mesej tak sampai dengan berkesan pula sebab momentum tak berterusan. Jadi bertabah la anda baca panjang-panjang ye. Ala duduk kuarantin di rumah ni mesti banyak masa lapang kan hehe

Seperti tajuk di atas, harini kita kongsi pengalaman macam mana aku disahkan ada cyst dalam ovari ye. Bukan sebelah ovari je tau, tapi kedua-dua OVARI KIRI dan KANAN. Haaa seram tak? Aku sendiri di klinik haritu rasa cam "wtf" haha tapi mujur ada member yang baik hati teman aku pergi scan tu. Takde la guwe seram sorang-sorang. Thank you Emy~ ❤
Assalamualaikum

Anggaplah entri ini merangkumi sekali diari untuk "COVID-19: Tersadai di UUM #Day25" sebab aku nak membebel pasal corn dog je harini ahahaha. Sebab dalam entri haritu kan ada cerita pasal aku gigih beli aluminium foil dan cheese segala bagai sebab mengidam nak makan grilled cheese. 

Well...ada satu lagi benda yang aku mengidam nak makan sebenarnya yakni corn dog ni la.
Assalamualaikum

Apa khabar duniaaaaaaaaaaaaaaa bloggggggggggerrrrr alammmmmmm mayaaaaaaaaaa?

Lama ye aku tak update aktiviti kat sini. Sihat ke tak, guys? Pejam celik pejam celik dah 3 minggu lebih kita kena kuarantin di rumah masing-masing ni kan? Anda masih waras ke di rumah tu? Aku ni siap felo UUM datang buat lawatan dari bilik ke bilik tau nak check student yang tak balik ni takut ada yang dah lost control bercakap dengan dinding ke apa. Terutamanya yang duduk sorang-sorang macam aku ni sebab "kategori merisaukan" haha prihatin betul felo pun 😂
Assalamualaikum

**Entri ni adalah summary yang akan meliputi sekali aktiviti pada hari 6, 7, 8, dan 9 sepanjang terkandas di UUM yang aku tak update sebelum ni lol

Ya aku tak update blog setiap hari seperti yang diniatkan pun walaupun aku nak je tekan-tekan keyboard. Tapi tu la tak jadi juga sebab pertama, rasa macam takde benda nak tulis. Ye la expect ada material apa je kalau hari-hari cuma terkurung dalam bilik kan. Pastu sebab kedua, malas. Aku 4 hari ni memang seperti digam pada katil. Malas gila nak buat apa-apa. Minum air pun malas haha. Harini baru aku rasa nak menulis sebab bosan 😂

COVID-19: Tersadai di UUM #Day5

in , , , , by NaSa, March 22, 2020
Assalamualaikum

Nak tahu tak?

Slim macam anak dara semula lol
Kempis gila perut dia. Jauh beza dengan semalam yang nampak kalau cucuk dengan jarum pun boleh meletup. Entah berapa ekor agaknya anak dalam perut dia semalam agaknya. Dah agak dah yang dia kemain bising mengiau sambil buat jelajah dunia dalam bilik aku semalam tu sebenarnya tengah cari tempat nak beranak. Mujur tak beranak betul-betul dalam bilik aku hahahah.

COVID-19: Tersadai di UUM #Day4

in , , , , by NaSa, March 21, 2020
Assalamualaikum

Tahu tak? Semalam kan...aku tidur lambat sebab khusyuk skrol twitter. Pukul 1 lebih camtu baru aku beransur pergi ke toilet untuk cuci muka for night skincare routine. Tapi masuk-masuk je ke toilet, aku dikejutkan dengan kewujudan suatu makhluk di dalam sinki. Tersentak guwe di muka pintu.

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS