Laptop dah nak masuk kubur... | NaSa

Laptop dah nak masuk kubur...

in , by NaSa, August 07, 2021
Assalamualaikum

Akhirnya...setelah 8 tahun setengah berkhidmat, laptop Acer kechentaan aku kini sudah dalam perjalanan menuju ke alam barzakh. Tu pun setelah berhari-hari dia main cak-cak dengan aku. Memula okey je hidup macam biasa. Tapi lepas Windows 10 dalam laptop ni update diri sendiri masa 4 Ogos haritu (mentang-mentang la connected dengan WiFi), laptop aku hilang harapan terus. 

Elok-elok aku tengah guna, tetiba cursor atau anak panah tu tak bergerak. Ingatkan wireless mouse aku habis bateri sebab dah lama tak caj. Tapi guna touchpad pun tak bergerak. Tekan segala butang pun takde respon. Dah lama sangat sangkut, aku force shutdown la tekan butang power tu 10 saat. 

Tapi hambek kau. Lepas pasang balik tu, tak sampai 5 minit akan jadi error keluar Blue Screen of Death (BSOD) yang paling menyampah tu dan laptop restart diri sendiri.

Ni ni menatang ni
Sebab nampak macam tak ada harapan nak hidup lebih lama tu, aku cuba la pindahkan gambar dan video dari laptop tu masuk ke dalam hard disk untuk backup. Untuk dokumen aku tak kisah sangat sebab memang dah synchronize dalam Google Drive. Gambar tu la penting sebab banyak kenangan kan. Tapi tengah-tengah duk copy masuk dalam hard disk, dia jadi balik error tu.

Banyak kali tau berulang. Proses yang sama juga. Cursor sangkut, tekan segala butang  pun tak berkesan, kena force shutdown, bila buka balik dia jadi error lagi. Macam-macam stop code keluar. Kernel data inpage error, Memory management, Critical process died.  Ada waktu yang dia sendiri pun tak tahu nak keluar code apa, terus crash macam bawah ni hahaha

Kenapa la awak ni macam ni

Lepas 3-4 kali dia repeat keluar skrin biru ni, akhirnya dia penat sendiri dan keluar page hitam ni pula kata "No bootable device - Please restart system". Ahhh ye ye je kau. Padahal kalau aku restart pun bukan kau hidup lama sangat πŸ˜’

Gelap macam masa depan saya

Memang dah sampai waktu dia kot. Almaklumlah benda dah uzur sangat. Guna pun non stop sejak tahun 2013 lepas sponsor aku hadiahkan dulu. Dari zaman A-Level, diploma, dan akhirnya ke penghujung degree ni, dia pun dah penat agaknya. Tu yang mogok nak bersara haha

Tapi tu la buat hal laaaaaa dia rosak di musim PKP yang memang orang takde duit dan tengah berjimat-cermat ni. Kot ye pun tunggu la kes COVID turun oi!!!! πŸ˜‚

Nak baiki pun malas sebab aku pun tak tahu apa yang rosak. Laptop Acer ni dah la model lama yang dah berhenti dikilangkan. Spare part dia entah wujud ke tidak. Nak upgrade isi dalam guna hardware terkini yang lebih canggih, mau botak kepala woo... Dah la laptop aku tu memang banyak masalah. Port USB rosak, internal speaker rosak, lembab nak mampos walaupun dah upgrade RAM. 

Lagipun ni bukan pertama kali laptop ni rosak. Tahun 2018 dulu pernah rosak sekali. Timing pula cantik sebab rosak serentak dengan phone aku. Tukar HDD baru, habis 2-3 ratus. Beli phone baru, habis lagi 6-7 ratus. Lebih seribu duit melayangπŸ’ΈπŸ’Έ 

Dah la rosak ngam-ngam lepas habis diploma di KPM Ayer Molek tau. Habis kenangan masa A-Level dan diploma dalam dua-dua gajet tu burn. Ni lepas 3 tahun, rosak lagi. Memang nak kasi hilang memori UUM aku jugak keeeee

Cabaran COVID ni pula, laptop yang ada specs elok tapi mampu milik memang laku keras di semua kedai. Dah semua golongan dari pelajar sekolah, pelajar IPT dan orang bekerja pun pakat beli laptop untuk belajar dan kerja dari rumah kan. Aku cari model baru harga antara 1.2k-1.5k tu memang takde la. Model baru yang specs biasa-biasa pun cecah RM2,000. Menangis akaun sis sebab ada 200 je haha

Aku try cari dalam Shopee juga kot-kot ada yang buat sales ke kan. Tapi terlepas pula dengan tarikh Acer buat Super Brand Day yang ada bagi diskaun tu. Tak ada rezeki. Paling murah model dia ada yang harga RM2,099. Best Shopee ni sebab ada pilihan bayar secara installment (ansuran). Cuma tak best sebab kena ada kad kredit Maybank baru boleh guna. Cisss

Alternatif lain, ada cara bayaran lain iaitu SPayLater yang benarkan "beli dulu, bayar kemudian". Had hutang pula sampai RM3,000. Nampak berguna kan sebab boleh tangguh dulu bayaran sementara duit PTPTN untuk semester terakhir aku masuk  September ni. Tapi sebab had hutang tu berbeza-beza mengikut individu, jadi aku try aktifkan dulu untuk tengok ada harapan ke tak. Sekali.....

Had hutang dibenarkan untuk akaun Shopee aku, RM2,079
Harga laptop yang diingini, RM2,099.
Tak cukup RM20 πŸ˜‚
Sebenarnya Acer ada bagi baucer diskaun masa ni RM20. Jadi harga dia ngam-ngam la RM2,079 ikut had hutang tu. Kalau tebus guna coins masa bayar, boleh murah lagi dalam RM15 camtu. Tapi tak jadi beli pun sebab T&C dia kena bayar lumpsum sebelum 10hb bulan depan. Kalau bayar lepas tarikh tu atau nak bayar secara ansuran, nanti kena caj processing fee pula 1.25%. Jadi la harganya lebih mahal.

Tambahan pula, walaupun aku rasa duit PTPTN nanti mampu nak cover kos laptop tu sebab UUM tak potong yuran untuk pelajar yang buat latihan praktikal, tapi kita mana boleh ramal masa depan kan. Buatnya ada benda kecemasan yang nak kena pakai duit nanti, mana aku nak cekau untuk bayar hutang sekali kan. 

Kita ni hidup kenalah ukur baju di badan sendiri. Kalau dah tahu tak mampu berhutang sebab kewangan tak kukuh, usah beli. Jangan amalkan gaya hidup berhutang kecuali untuk benda yang memang penting.😌 

Nasib baik kaklong aku memahami kepentingan laptop tu untuk aku sebagai pelajar tahun akhir ni. Tu yang kaklong usha kedai baiki komputer yang ada jual set komputer terpakai yang dah refurbished dengan hardware baru. Ada la satu dekat kawasan rumah aku. Harga mampu milik dan servis bagus pula. 

Maka kami pun buat la rombongan Cik Senah pergi ke sana lepas Asar. Sempat la kami culik baby Aisyah ni bawa sekali naik kereta baru kaklong haha

Aisyah Humairah, baby paling baru dalam family.
Kesian dia baby PKP jadi belum banyak tengok dunia luar lagi macam abang sepupu dia ni

Memang laku keras barang di kedai komputer ni. Kaklong aku kata masa dia pergi survey waktu pagi tu, ada banyak je pilihan laptop. Tapi masa kami sampai, dah tinggal satu je refurbished laptop yang ada specs sesuai untuk aku.

Rezeki yang ditetapkan...

Inilah laptop yang tinggal tu. Yang harga RM950 belakang tu pun sebenarnya laptop juga dan lebih murah sikit tapi storage dia cuma 320GB HDD. Kalau model HP ProBook 6560b yang aku ambik ni, lebih mahal RM200 jadi RM1150 tapi storage campur 120GB SSD dan 320 HDD. 

Lagi laju sebab ada SSD tu. Jadi kerja aku yang banyak guna internet ni sesuai la sebab tak lagging. Kaklong aku ambik yang ni terus je dan aku setuju je la. Benda orang belanja kan. Kita ikut je la mana-mana asalkan boleh guna hehe.

By the way laptop lama tu aku tinggalkan di kedai ni untuk orang kedai tu tengok. Kaklong kata kalau boleh baiki, baiki la. Boleh buat spare di rumah. Tapi kalau betul cukup di situ hayat dia, ambik hard disk dalam tu je la untuk diselamatkan. Aku pun harap agar isi hard disk tu kekal selamat tau. Sayang oi kalau hard disk yang ada kenangan UUM ni pun burn sama macam yang KPM haritu 😭

Pandangan penuh.

Saiz laptop HP ni besar yang amat ya sebab ukurannya 15.6 inci. Laptop lama aku tu rasanya cuma 14 inci camtu je. Rasa janggal pula guna yang saiz besar-besar ni. Dah la ni model keluaran 2012. Memang besar dan tebal la kalau dibandingkan dengan model terkini yang nipis serupa kertas A4. Berat hoi. Ni kalau bawa dalam beg nak ulang-alik naik bas di kampus UUM ni, mau patah bahu hahaha.

Tapi walaupun secondhand model lama, isinya Alhamdulillah okey sebab refurbished dengan hardware baru. Jika dibandingkan dengan laptop yang rosak tu, WiFi laju pun tapi tetap juga loading lama gila kalau buka Google Chrome. Nak update blog pun aku guna phone je sebab laptop lembab tahap taip satu perenggan, kena tunggu 10 saat baru perkataan tu semua muncul di skrin. Tapi dengan laptop ni, kurang 5 saat je dah boleh buka sesuatu website.

Skrin dia ni aku tengok movie pun feeling macam tengok wayang hahaha

Keyboard siap ada number pad dah macam keyboard desktop.
DAN BUTANG MOUSE UNTUK LEFT & RIGHT CLICK DIA ADA DI ATAS DAN BAWAH TOUCHPAD!!! πŸ˜‚
Cumanya bahagian keyboard ni je janggal sangat-sangat bagi aku hahahaha

Aku ni jenis menaip laju tau. Kalau keyboard laptop lain yang saiz sama macam laptop lama aku tu, tak ada masalah pun nak taip laju-laju macam biasa. Tapi sebab laptop ni dan keyboard dia besar, memang rasa amat pelik bagi aku. Nak menaip entri ni pun Ya Allah rasa terganggu πŸ˜‚

Tengok la butang spacebar, backspace, dan enter dia tu kecik macam mana. Pastu ada butang tambahan lain yang ada tulisan Jepun pula atas tu (sebab laptop Made in Tokyo). Jadinya aku nak tekan space untuk perkataan baru asyik la tertekan butang Jepun yang takde guna tu. Nak enter untuk line perenggan baru pula duk tertekan tanda "\" sebab butang enter tu kecik. Nak padam perkataan pun sama ada tertekan simbol Yen tu atau tertekan Numlock untuk keypad sebab berjiran dengan butang backspace hahaha.

Number pad tu pun kacau shortcut untuk navigation "home, page up, page down, & end" sebab sekali dengan butang nombor. Kalau laptop lama aku, semua butang tu duduk di ruang keyboard paling tepi (rujuk gambar bawah). Aku biasa guna butang-butang tu masa menaip sebab mudah nak pergi ke hujung atau pangkal ayat dan skrol atas/bawah tanpa guna mouse atau touchpad. Ni bila dah ada number pad, kena hafal balik la posisi setiap butang dalam keyboard ni. Padahal nak hafal keyboard lama pun kemain ambil masa tau lol

Struktur keyboard lama yang dah dihafal kedudukan setiap butangnya. 
Set lengkap yang diterima.
Selain laptop, charger, dan stiker jawi yang memang dah ditampal di keyboard, kedai ni juga bagi percuma mouse, beg laptop dan keyboard skin untuk perlindungan tambahan. Mouse aku tak guna pun sebab dah ada yang wireless dan lebih mudah sebab tak serabut dengan wayar. Beg tu sebab dia tahu kot kalau beg laptop biasa tak boleh nak muatkan laptop ni yang terlebih ukuran haha. TAPI KEYBOARD SKIN TUUUU!!!!
Keyboard skin tak muat 🀣
Di packaging skin ni dah tulis yang ianya untuk keyboard berukuran 13.3-14 inci. Ni diberi pula untuk laptop saiz 15.6 inci, memang tak cukup la perlindungan dia tu hahaha. Kaklong aku pun gelak je tengok gambar aku upload di Facebook lol
Kemain siap fingerprint
Ada pengimbas cap jari juga tapi aku tak guna pun sebab dah letak jari aku berapa kali atas tu masa nak login pun duk kata "your device cannot recognise you". Cuak sister takut tak boleh masuk. Baik aku guna nombor PIN je. Lagi mudah.
Lurus bendul susah ajak bincang ni haha
Ni pun salah satu yang buat pening kepala sebab tak sangka pula charger jenis lurus begitu. Biasa jumpa yang port untuk charge tu di tepi laptop dan bahagian yang perlu dicucuk ke laptop tu bentuk L camtu. Ni dapat yang lurus pula haha. Dah kena anjak ke depan laptop aku daripada disandarkan ke tepi dinding. Untung masih muat nak letak atas laptop stand dan organiser. Kalau tak, kena rombak balik la susunan atas meja belajar aku πŸ˜…
GOING SEVENTEEN~
Apa-apa pun, syukur juga dapat laptop ganti ni. Tahu tak selepas 5 tahun, akhirnya aku dapat rasa balik pengalaman tengok video di laptop tanpa perlu cucuk speaker luar sebab speaker laptop tak boleh guna. Tengok youtube pun dah tak sangkut-sangkut serupa gagap sebab sistem laptop tak boleh nak proses. Padahal WiFi aku memang laju dan anak-anak buah aku tengok youtube di laptop masing-masing guna WiFi aku pun lancar je. Tak ada buffering langsung dan kualiti video pun HD. Jadi mereka pula yang lebih enjoy berbanding aku si tuan WiFi ni hahaha.

Harap-harap semester akhir aku di UUM ni pun berjalan lancar lepas ni dan dipermudahkan urusan dapat kerja lepas habis sesi praktikal. Nanti boleh la kumpul duit beli laptop lebih canggih kan hehe (walaupun peluang agak rumit dengan keadaan COVID-19 di negara kita sekarang). InsyaAllah kalau ada rezeki, ada la. Sama-sama kita doakan kes COVID di Malaysia makin menurun dan rezeki kita lebih melimpah ruah. Aminnnnn.......

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Ya Allah perjuangan. Harap laptop lama boleh betul balik. Kalau saya monyok rasa susah hati takde mood blog (dulu masa PC ada masalah). Rasa orang jual laptop boleh bagi laptop Nasa yang semput itu laju semula. Insya Allah. Hehe rasa positif. Nanti cerita perkwmbangqn laptop lama kalau ada perkembangan baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la harap sangat masih boleh selamat sbb banyak kenangan dan jasa tu. Tapi bila tengok umur dia, rasa elok direhatkan je la huhu. InsyaAllah kalau ada update pasal laptop tu akan diceritakan lagi. setakat ni orang kedai tu belum call lagi 😌

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS