Cara dapatkan JOOX VIP tanpa bayaran 1 sen pun. | NaSa
Assalamualaikum

Adakah anda kenal akan aplikasi JOOX ini?

Aku rasa pun macam ramai je yang kenal. Lebih-lebih lagi kalau yang main WeChat sebab dua benda ni adik beradik bawah ibu syarikat sama iaitu Tencent. Cumanya fungsi je la berbeza. WeChat tempat bersosial. JOOX pula macam Spotify, Apple Music, atau Youtube Music sebab tempat untuk kita stream lagu. Tapi sekarang nak bersosial dalam JOOX pun boleh haha.

Selain stream lagu, ada banyak lagi servis JOOX sebenarnya. Boleh nyanyi karaoke, radio, tengok persembahan live, upload video pendek macam TikTok, buka room bersembang dengan orang lain, etc. Siap kalau ada majlis anugerah tertentu macam anugerah MAMA untuk artis K-Pop di Korea pun boleh tengok di JOOX. Dah banyak maju berbanding dengan dulu. 

Tapi aku mainly guna JOOX ni untuk dengar lagu je. Walaupun pilihan lagu dalam library JOOX ni macam tak banyak sangat, tapi boleh la setakat nak buat halwa telinga masa aku bosan. Aku pun bukan minat banyak artis sangat. Yang mana aku kenal dan suka muzik dia, aku bubuh la dalam playlist. Yang tak minat, aku skip.

JOOX ni ada lagu yang boleh dengar secara percuma, ada lagu yang khas untuk pengguna VIP sahaja. Nak dengar percuma tu takde masalah pun tapi kena la hadap iklan antara lagu. Pastu tak boleh pilih nak lagu apa dalam playlist sebab dia akan shuffle in random. Tekan lagu A, dia mainkan lagu C haha.

Kalau nak experience yang lancar masa guna JOOX, lebih baik dapatkan status VIP. Nanti semua masalah tadi hilang. Dan untuk dapat status VIP tu, macam biasa kena la bayar kan. Harga langganan tak la mahal sangat. Cumanya kalau untuk pelajar macam aku ni, berkira juga la nak bayar sebab kewangan terhad kan.

Tapi...Alhamdulilah sepanjang 2 tahun ni aku tetap tersenarai sebagai pengguna VIP dalam JOOX. Tempoh langganan aku pula bukan sebulan, bukan dua bulan, TAPI SETAHUN. Paling penting, aku tak pernah bayar satu sen pun tau. VIP aku adalah PERCUMA! 🤭
Sampai September 2022 tahun depan ya hehe.
Memang aku tak pernah beli pun apa-apa pakej langganan VIP ni. Dapat sponsor orang berikan gift coupon pun takde haha. Jadi bagaimana aku dapat status JOOX VIP berbulan-bulan secara percuma ni?

Caranya adalah TASKS & REWARDS!!

Dalam menu JOOX, Tasks & Rewards ni ruang untuk kita lakukan tugas-tugas dalam JOOX untuk kutip coins. Coins ni banyak guna dia. Boleh tebus VIP, merchandise rasmi JOOX, kupon, dan sekarang JOOX collab dengan game Mobile Legends so boleh guna coins tebus skin karakter dalam game ML tu juga.
Daily attendance dalam JOOX.
Antara tugas dalam ruang Tasks & Rewards tu, kita boleh tanda kehadiran hari-hari dalam JOOX untuk kutip hadiah. Kitarannya adalah selama 7 hari. Makin banyak hari check-in, makin banyak reward. Pastu ia akan reset Day 1 balik lepas habis hari ke-7.

Aku walaupun tak pasang lagu di JOOX hari-hari, tapi aku rajin tau tanda kehadiran. Orang kata, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Di sini la aku kutip coins sampai cukup untuk tebus VIP. Ada hari yang dia bagi free VIP terus juga. Macam sekarang, 2 hari pertama tu dia bagi 4 dan 8 jam je tempoh VIP. Tapi kalau rajin check-in setiap hari sampai hari ke-7, dapat la VIP 3 hari.

Kadang-kadang ada waktu JOOX buat special event tau. Ada hari tertentu yang dia tanda dengan mystery box dan hadiah dalam tu memang mystery haha. Ada waktu dia bagi 10, 15, 20 coins. Ada juga waktu dia bagi 3 atau 7 hari VIP percuma. Paling best, aku pernah beberapa kali dapat 30 DAYS VIP!!
Tempoh VIP aku lama-lama tu atas jasa hadiah ni je tau hehe
Menjerit excited tau aku sebab dapat percuma je VIP 30 hari. Jimat duit. Tapi ni masa event tahun lepas masa 2020 la. Tahun 2021 setakat ni ada juga dia bagi mystery box tapi paling banyak hadiah aku dapat adalah 25 coins dan 7 hari VIP. Takde dah hadiah sebulan lol 

Untuk attendance ni, kena beringat jangan skip tanda je la. Sebab walaupun dia akan sambung tanda kehadiran pada hari yang kita skip, pada hari ke-7 (Today) yang reward paling besar tu nanti dia akan skip dan start hari 1 balik. Contoh:
Day 4 ✅, Day 5 ❎, Day 6 ➡️ Day 5, Day 7 (Today) ➡️ Day 6, tapi Day 1 akan terus jadi Day 1 dan tak akan ganti di Today.
Aku pernah beberapa kali kena terlupa check-in sehari pastu reward Day 7 tu dia skip. Rugi wohh

Selain tanda kehadiran, ada tugas lain juga yang boleh dibuat untuk dapatkan VIP percuma dalam JOOX.
Listen or share? 🤔
Untuk Daily Listening tu mudah je. Pasang je playlist apa-apa, cukup 30 minit dapat 1 coin. Aku kalau waktu nak kemas bilik or tengah tunggu waktu kelas seterusnya akan pasang je playlist lagu random. Cuma kadang-kadang lupa nak claim so bila masuk hari seterusnya, coin tu dah hilang. Kena dengar 30 minit balik lol

Ada juga waktu event yang dia buat kalau dengar lagi lama, dapat coin lagi banyak. Kalau tak salah haritu dengar 30 minit, dapat 1 coin. Tambah lagi 30 minit, dapat 2 coin. Macam tu la. Tapi kejap je event tu dan aku tak baca sangat notis reward dia masa tu sebab jenis selalu clear notification tanpa membaca 😂

Music Sharing tu pun ikut musim tau. Ada waktu dia buat hadiah VIP 24 jam, ada dia buat 12 jam. Pernah satu masa dulu dia hapuskan terus sistem share lagu dapat VIP. Marah sis tauu hahaha. Kalau untuk 24 jam ni takpe la boleh tahan sehari kan. Tapi yang 12 jam tu, aku claim pada waktu petang atau malam sebab nanti tempoh VIP tu dia akan bawa sampai ke hari esok. Lama le sikit VIP aku. Kalau tebus 8 pagi pastu expired 8 malam, rasa rugi pula.
Senarai tugasan baru yang ditawarkan JOOX sekarang.
Dulu-dulu ada Daily Listening dan Music Sharing je tau kalau nak kutip coin dan tebus VIP. Tapi sejak JOOX tambah fungsi Karaoke, Video, dan Room (tempat sembang), makin banyak tugasan yang boleh dilakukan untuk kutip coins.

Mula-mula aku tak pandang pun part ni tau sebab rasa cam leceh. Baru-baru ni baru check dan rasa eh takde la susah sangat nak buat. Pastu bila kira, banyak oi coins boleh dapat. Rasa rugi pula tak buat awal-awal sebab kalau tak, mesti aku dah boleh claim lagi banyak VIP. Jadi sekarang aku dah makin rajin upload dan kongsi di sini hehe

Aku biasa upload video quilling art aku je. Kalau karaoke pun aku nyanyi sumbang sendiri dan upload privately. Takpe takde orang tengok hehe. Kalau Room tu boleh join dan share yang orang punya atau buat sendiri layan lagu sorang-sorang je. Takde masalah.

Selain tu, kita boleh kumpul coins melalui tengok iklan juga. Setiap hari, ada 2 iklan yang boleh ditonton melalui JOOX dan setiap iklan akan dapat 2 coins.
Memang recommended sebab tak susah pun.
Tempoh iklan biasanya 30 saat. Ada iklan JOOX sendiri, ada iklan 3rd party. Biasa aku dapat pasal game. Tapi ada juga iklan yang lebih 30 saat. Iklan camni aku pun taktau berapa lama tempoh dia. Dia kata "reward in 5 seconds" tapi kalau kita tekan pangkah lepas 5 saat iklan tu, takde dapat reward pun. So tabah je la tunggu iklan tu habis.

Secara total, kalau semua tugasan Daily Listening, tugasan baru, dan iklan ni dilakukan, setiap hari kita boleh dapat 15 COINS tau!!! Buat setiap hari selama seminggu dah dapat 105 coins. Belum campur lagi hadiah coins daripada attendance. Kaya-raya dengan coins jawabnya. Dan hasilnya, boleh la tebus di Coins Redemption Center ni.
Berguna untuk naik pangkat jadi VIP hehe
Setiap kali aku masuk sini memang tebus yang 100 coins untuk 7-Day JOOX VIP tu la. Walaupun nampak pendek dan rasa singkat je 7 hari tu, tapi sebab kumpul dengan attendance, tengok la saya dah dapat VIP sampai tahun depan tau. Jimat tak jimat 😂
Antara sejarah aku tebus JOOX VIP percuma 7 hari sebelum ni.
Macam mana? Mudah kan nak dapat status VIP dalam JOOX ni tanpa perlu belanjakan satu sen pun. Berguna sangat di musim COVID-19 yang takde duit tapi perlukan sedikit hiburan untuk legakan tekanan dan kebosanan ni haha. Semoga JOOX akan tawarkan lebih banyak event dan hadiah menarik pasni. 

Oh ya entri ni bukan berbayar dan bukan promosi JOOX pun. Saja je nak share cara-cara tebus VIP percuma sebab aku pun impressed dengan status aku sendiri yang dapat cecah VIP sampai lebih setahun. Bukan calang-calang ye aku. Rasa wowww kagum jap dengan diri sendiri hahahaha

Dan harapnya berguna la bagi sesiapa yang rasa nak guna JOOX dan dapatkan VIP pada kos yang jimat tu. Walaupun JOOX ni ramai orang tuduh rempit sebab dikaitkan dengan WeChat yang dulunya popular dalam kalangan rempit, bagi aku servis JOOX ni elok je. Sesuai juga dengan citarasa dan bajet aku. Ye la nak guna Spotify dan YouTube Music, tak mampu. Nak try Apple Music pun, aku bukan guna ipong. Guna android je 😂

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. hahaha sama lah kita guna Joox sebab senang nak dapat VIP. Dulu guna spotify tapi nak beli premium acc tu renyah. Tak syok dekat Joox ni sebab tak banyak lagu best tapi okay lah lagu Kpop banyak jugak so tak la rasa bosan sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. samaaa banyak guna utk lagu Kpop hehe. tu la klu library JOOX tu dibesarkan dgn lebih banyak lagu, lagi best. ni kekadang lagu dah download dlm playlist, sekali tak boleh main sbb "copyright issues". harapnya JOOX boleh tingkatkan lagi di masa depan 😌

      Delete
  2. sy selalu dgar lagu2 jepun haha.. Selalu juga tanda kehadiran tp pandai lupa juga kadg huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. minat juga lagu jepun. tp biasanya pilihan yg jepun tak banyak cam kpop. ada satu lagu, cari lagu lain yg penyanyi sama tak jumpa haha sedih jap

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS