Kisah Hidup di KPM Ayer Molek (1): ORIENTASI | NaSa
Assalamualaikum

Jom throwback kisah hidup di KPM Ayer Molek yukkk...walaupun aku sebenarnya dah lebih 3 tahun tinggalkan bumi KPM di Melaka hehehe
Dulu masa belajar selalu rasa nak balik. Ni dah grad rasa rindu kolej pula haha
Saja je nak imbau kenangan lama memandangkan hidup di KPM Ayer Molek dari tahun 2015 sampai 2018 tu adalah zaman sebagai pelajar IPT paling best bagi aku. Hidup degree di UUM ni pun best juga tapi ada COVID kan. Sempat setahun je di kampus UUM. Pastu PKPKP. Jemu dah hadap dinding rumah. Sis sedih!!!

Sambil tu, cerita ni untuk buat isi di blog juga. Nak abadikan gambar dan kisah hidup di KPM dengan lebih terperinci memandangkan ada je yang duk tanya pengalaman aku jadi pelajar KPM. Dua entri awal aku pasal KPM Ayer Molek di Bahagian 1 dan Bahagian 2 ada je tulis pasal tu tapi secara am. Alang-alang ada kesempatan ni, ayuh la kita menaip lebih panjang untuk meriahkan blog.
Sampai sekarang kad pelajar ni masih disimpan tau haha
Bagaimana aku boleh jumpa KPM ni?

Ianya bermula lepas aku tak dapat ke UK disebabkan gred A-Level tak mencapai syarat yang dikehendaki. Maka tak dapatlah kita ke Cardiff University (1st choice) mahupun University of Dundee (2nd choice). Walaupun ada tawaran untuk clearing course di University of Wolverhampton, lepas perbincangan bersama penaja, tawaran tu ditolak sebab bukan uni yang penaja nak dan bukan course yang aku nak. Tak berbaloi for both parties. Jadi kami berpisah secara baik tak teruskan tajaan.
Maka selamat tinggal Wolverhampton.
Sis redha sebab daripada bazirkan duit kat aku, baik bagi kat orang lain yang lebih layak. Anggaplah belum ada rezeki nak ke luar negara sebab aku belum bersedia. Lagipun, ada hikmah juga kenapa aku tak fly dan masih duduk di rumah tahun 2014 tu.

Aku grad dari KYUEM, Jun 2014. Awal Ogos 2014, mama kena operate buang jari kaki sebab diabetes tau. Seminggu lebih berkampung di hospital. Lepas balik, berbulan kena ulang-alik ke klinik kesihatan tukar dressing di luka pembedahan. Dalam tempoh recovery tu, Disember 2014 tu juga berlaku tragedi banjir terburuk di Malaysia. Kampung aku yang kawasan tinggi ni pun tenggelam. Memang kelam kabut masa air mendadak naik tengah malam tu. Dah la aku sorang je ada kat rumah dengan mama abah. Mana nak selamatkan benda penting lagi, nak pindahkan mama ke tempat selamat lagi.
Belakang tu padang bola tau. Tapi air tinggi sampai orang nak lalu pun kena naik bot.
Banjir teruk sampai seminggu kami terkandas di pusat pemindahan. Kerugian memang besar sebab banyak benda rosak. Mana nak baiki kenderaan yang masuk air, repair rumah, lupuskan perabot yang reput, ganti bahan makanan rosak, etc... aku nak sebut pasal sambung belajar pun serba salah masa ni takut family takde duit. Sampai terfikir "Kerja je la dulu kumpul duit. Pasni baru sambung belajar."

Sampai la kaklong hantar link pasal KPM ni sebab kawan dia ada adik belajar di KPM dan katanya KPM bagus dan sesuai untuk family B40 macam kami. Sebab tawaran KPM masa tu dibuka bawah program "Mengubah Destini Anak Bangsa" (MDAB) yang khas nak bantu pelajar kurang mampu atau kurang merit untuk sambung belajar di peringkat tinggi. Selain tak kenakan yuran pengajian, KPM siap bagi elaun lagi. Memang family takkan terbeban la dengan kos yuran dan sara diri pelajar. 

Mula-mula rasa ralat juga sebab masa tu kawan-kawan sebaya dah separuh jalan kot di degree. Aku ni konon je cemerlang tapi bukan setakat tak boleh fly oversea, kena mula balik dari diploma pula. Tapi daripada menganggur di rumah atau kerja dengan sijil SPM je, baik sambung belajar kan walaupun cuma diploma. Tak salah pun start semula dari bawah. Lain orang, lain perjalanan hidup dia. Tu yang aku terbuka hati nak mohon masuk KPM dan Alhamdullilah dah selamat pun bergelar alumni KPM dan kini di UUM ✌🏻
Dapat pilihan pertama, KPM Ayer Molek.
Masa isi borang tu, aku memang letak KPM Ayer Molek (AyMo) sebagai pilihan pertama dan KPM Bandar Melaka sebagai pilihan kedua sebab abang aku bertugas sebagai askar di Kem Terendak Melaka. Rasa selamat sikit ada waris yang duduk dekat kan. Senang kalau ada emergency. Cumanya sengaja aku pilih Diploma in Business Studies (DBS) walaupun di AyMo ada Diploma in Accounting (DIA) dan background aku masa SPM sebenarnya aliran Perakaunan. Soalnya sis dah jemu hadap lejar ahahaha
Pembantu I masa kemas barang nak masuk KPM, arwah Belong 😢
Disebabkan mama belum sihat sepenuhnya dan abah kena jaga di rumah bersama anak-anak buah yang kecik lagi, kaklong yang ambik cuti temankan aku pergi rumah abang dan hantar aku lapor diri di KPM Ayer Molek. Rumit juga sebenarnya sebab proses daftar di KPM ni kena ada IC sebenar ibu bapa untuk pengesahan. Dah mama abah tak ikut, terpaksa la aku pinjam IC mereka kejap bawa ke Melaka. Siap pesan jangan pergi mana-mana takut kena tahan polis sebab takde IC 😂

Memula memang macam agak sendu sebab orang lain datang bawa rombongan satu family tapi aku cuma datang dengan kaklong dan abang aku je. Tapi takpelah yang penting proses daftar berjalan lancar. Lepas selesai berpusing di bangunan akademik tu masuk satu demi satu kelas untuk daftar nama, bayar yuran muafakat-koperasi, daftar homeroom, check pengesahan dokumen, ambil kunci bilik, etc., akhirnya dah boleh check in di asrama. Aku dapat bilik di aras paling tinggi tau. Sado kaki sis panjat tangga.

Kalau baca cerita masa aku daftar di UUM tahun 2018, ada kisah tayar bagasi aku pecah dan tercabut kan. Tu sebenarnya bukan kali pertama kemalangan bagasi jadi kat aku. Badi suwey tu melekat sejak diploma lagi. Masa aku lapor diri di AyMo ni pun, sebab barang banyak dalam beg dan abang aku pula tarik pemegang dia kuat sangat masa usung naik ke bilik, PEMEGANG BAGASI TERCABUT SKRU TAU!!! Padahal baru je beli. Roommates aku pun gelak sebab apa ke ganas bebenor abang aku tarik lol

Lepas siap daftar dan check-in bilik, pelajar diberi masa senggang bersama family dan boleh keluar sampai jam 6 petang sebelum kena balik semula untuk orientasi. Pelajar nak lepak dalam bilik pun boleh. Tapi aku belum cukup barang kelengkapan so kami keluar shopping di MYDIN. Banyak aku borong stok makanan kering tau. Siap rembat karpet bulu sebab bilik tu cuma berlantai simen. Mujur kaklong melayan je tolong bayarkan sebab tahu AyMo ni terpencil di tengah-tengah ladang sawit dan getah. Nak keluar sendiri pasni susah sebab takde kenderaan. Unless kalau ada lesen boleh la sewa kereta senior.
Jadual orientasi.
Sorry gambar bergegar tapi nampak la banyak aktiviti kan.
Di KPM, minggu orientasi ni dikenali sebagai Minggu Silaturahim (MISRA). Pengisiannya tipikal la dipenuhi taklimat pasal peraturan dan perkhidmatan di kolej. Ada juga Latihan Dalam Kumpulan (LDK) untuk sesi icebreaking dan teambuilding sesama pelajar. Tapi sepanjang MISRA, aku memang barai teruk sebab masa batch kami masuk ni adalah BULAN PUASA!! Pastu program pun lama sangat. Dari Selasa sampai Isnin minggu depan baru habis (tolak Sabtu Ahad so 5 hari).

Jadual pula padat. Sebelum 5 pagi semua dah kena turun berkumpul depan kafe. Yang ni boleh diterima la sebab puasa kan. Kena la turun awal untuk pastikan semua pelajar sempat dapat makanan dan bersahur sebelum azan Subuh. Yang jadi masalah tu bila aktiviti tamat dekat tengah malam sebab fasi suka drag masa padahal aktiviti rasmi dah habis awal. 3-4 hari kena bangun sebelum Subuh tapi balik lepas tengah malam, siapa tak hangin. Masa tak cukup, priority pun berbelah bahagi. Aku balik bilik selalu dilema antara nak tidur terus dan mandi esok, atau mandi sekarang tapi kena buang masa tidur berebut bilik air? 😂

Lagipun dah la batch kami (Julai 2015) ni ambilan paling ramai dalam sejarah KPM Ayer Molek masa tu.
Padat dewan atas library tu nak susun semua pelajar.
Kalau buat masa musim COVID-19 ni memang tak patuh SOP langsung lol
I think ada lebih 240 orang. Ramai tahap masa duduk tu sempit sampai berlaga lutut dengan orang sebelah. Aircond yang banyak atas siling tu pun tak rasa sejuk sebab lagi ramai manusia keluarkan haba daripada aircond sejukkan udara. Perempuan pula memang lagi ramai daripada lelaki. Ya Allah mencabar betul aku nak tahan panas, dahaga, dan mengantuk semua. Sampai satu tahap fasi buat sesi tayang video sedih suruh bayangkan ibu bapa dah takde tu, aku tak rasa nak nangis pun. Sebaliknya, sis terlelap 😂
Waktu riadah pun berderet sampai belakang dewan hahahahaha
By the way nampak tak semua selalu elok dalam barisan tu? Tu adalah barisan homeroom. Di KPMAM, semua pelajar akan dibahagi kepada homeroom campuran 15-20 orang pelajar DBS+DIA. Homeroom ni aku rasa diberi random kot ikut siapa dulu yang beratur masa daftar tu. Aku cuma ingat masa singgah di kaunter homeroom, staf ada bagi sekeping kertas bertulis nama homeroom dan advisor. Tapi tak kisah pun random atau dah ditetapkan sebelum daftar sebab memang tak kenal pun siapa ahli homeroom tu lol
My homeroom, Andradite.
Ika (tudung putih) dan Ilham (sebelah Ika) adalah fasi yang bertugas jaga kami.
Sepanjang MISRA, semua aktiviti dan pergerakan perlu dibuat secara berkumpulan dalam homeroom masing-masing. Homeroom mana yang tak cukup ahli setiap kali berkumpul tu, sedia je la kena bebel. Pastu homeroom ni juga KEKAL. Bukan setakat masa MISRA je kena duduk sama-sama, tapi sepanjang diploma tu ada aktiviti homeroom setiap minggu so memang akan jumpa muka sama. Maka suka atau tidak dekat ahli dalam tu, bertabah la hadap sampai grad sebab hoomeroom tak boleh tukar 😗
Contoh aktiviti LDK, teka pemilik gambar muka tu.
Cer teka mana satu gambar aku hehe
Lagi contoh LDK bersama homeroom.
Yazid dan Hadi korang tengah buat apa? 😅
Aku tak tahu apa motif gambar ni diambil dan siapa yang ambil sebab tahu-tahu ada dalam Google Photos haha. Sengaja aku tempek juga di sini sebab nak bagitahu yang masa daftar, sepatutnya pelajar akan dapat beg putih+kuning tu yang mengandungi buku tentatif program, jadual, pen, etc. Setiap kali program kena bawa sekali beg tu. Tapi masalahnya AKU TAK DAPAT PUN BEG NI!!! Boleh pula fasi bahagian cenderamata tu kata habis lol. Mungkin sebab pelajar ramai sangat kot. Dekat penghujung MISRA baru aku dapat beg tu tapi mana ada kegunaan dah sebab MISRA nak habis dah pun 😂
Candid by a member as a troll.
Gambar ni siapa entah hantar dalam group homeroom. Ni antara contoh bagus untuk gambaran barai masa MISRA. Dah la masa batch kami ni, peraturan masa MISRA kena pakai tudung bawal hitam. Peraturan utama kolej masa tu pun tak boleh pakai mekap. Campur penat, tak cukup tidur, dan dehidrasi sebab puasa, makin kusam muka semua. Tu yang takde seri kad matrik aku kat atas tu sobs. Banyak kali juga rasa nak je hilangkan kad matrik tu dan apply baru untuk ambil gambar lain yang lagi lawa 😂

Kalau tengok pada jadual MISRA tu, lepas majlis penutup MISRA pada pagi Isnin, belah petang ada ujian English, Agama, dan Matematik. Soalan English dan Matematik tu pasal grammar, vocabulary, dan basic calculation kot. Lupa dah. Pasal Agama tu kena baca antaranya surah al-Fatihah, doa qunut, rukun Islam dan iman, bacaan selepas wuduk etc. Kumat-kamit semua hafal dalam dewan. Tapi tak nervous sangat sebab yang assess pun fasi je. Kalau tak salah, pelajar yang dapat markah rendah dalam mana-mana ujian tu akan ada diberi kelas bimbingan tambahan untuk tingkatkan kemahiran.

Dalam banyak-banyak part masa MISRA, yang paling aku suka adalah masa kena belajar lagu MARA. Ni lagu rasmi kolej dan memang kena nyanyi dengan Negaraku setiap kali ada majlis rasmi. Sebab tu setiap pelajar diberi lirik siap-siap masa MISRA ni untuk dihafal. Aku suka lagu ni sebab irama dia mencabar. Ada high note, ada low note. Sebagai seorang yang tak boleh menyanyi, lagu MARA ni sangat fun untuk ditarik sebab tahu dah memang takkan sampai 😂
Lirik lagu MARA, Amanah Rakyat.
Siapa pernah belajar di MRSM atau institusi MARA yang lain akan tahu la naik turun lagu ni macam mana hehe. Tapi sebab ramai suara katak je memasing dan biasanya tertukar antara lirik rangkap ketiga dan keempat, biasanya kami berdengung ikut video yang dipasang oleh penganjur majlis je 😂
Satu-satunya part lagu MARA yang kami akan tarik dengan semangat masa nyanyi 😂
Malam terakhir MISRA sebelum penutup tu meriah sebenarnya walaupun lepas terawih tu ada sesi prank yang menyakitkan hati. Sebab fasi kata ada orang tinggal cawan di kafe lepas berbuka dan selagi takde siapa mengaku, semua orang kena denda plank dan half-squat sebab amalkan konsep "one for all, all for one". Entah berapa lama kami bertapa depan bangunan akademik tengah-tengah malam tu. Sampai ada antara kami akhirnya menjerit je suruh si "penjenayah" tu keluar mengaku sebab dah penat kena denda. 
Malam-malam kena duduk mencangkung pejam mata kena marah haih
PADAHAL TAKDE ORANG PUN TINGGAL CAWAN TU!! Fasi je auta lol. Siap ada yang buat drama suara sedih "Kami tau korang penat orientasi. Tapi kami lagi penat nak uruskan semua program, bangun awal uruskan makan minum korang agar berjalan lancar etc." Aku dan member dalam hati berangin je sebab lahhh dah nak sangat jadi fasi kan. Memang penat la kerja korang. Nak mengungkit kenapa hahahahah
Cramp kaki sis sobs
Berjela kena bebel kononnya "Kami suruh letak cawan dalam besen lepas makan je takkan tu pun susah" bla bla. Last-last diorang bawa keluar hos air sembur kami dari belakang. SESURPRIS katanya. Sekali dengan sambut birthday siapa entah. Emmm dah la masa tu pukul 10 ke 11 malam. Orang dah mengantuk, dah penat, tapi korang saja je drag masa dan denda sebab ni sampai sakit otot badan aku. Anjay...
Ingat pesta Songkran agaknya. Mujur kami pakai baju dan tudung hitam.
Memula memang sakit hati tapi sebab hari terakhir kan, kita layan je la dengar fasi buat sesi terima kasih dan minta maaf atas kekurangan lepas tu. Yang tak tahannya, lepas kena sembur air tu, semua masuk balik dalam dewan atas library tu. Sambung buat energizer sampai muak sebab hari last kan so semua all out. Menari punya semangat ramai-ramai sampai menjelang tengah malam. Lantai dewan pun sampai basah dengan peluh. Warden kata dia dengar pun dah macam parti liar sebab bising gila 😭😭😂😂

Begitulah kisah bagaimana pendaftaran aku dan minggu orientasi masa bulan puasa tahun 2015 di KPM Ayer Molek berjalan. Walaupun masa tu kami banyak mengumpat fasi sebab geram dengan sesetengah yang acah garang, lawa, terpaling penat, etc, tapi sekarang bila ingat balik, dah takde rasa marah. Sebaliknya gelak terhibur je throwback pasal itu ini. Daripada asalnya pengalaman hambar, sekarang dah jadi kenangan berharga. Rindu nak jumpa dan lepak ramai-ramai lagi. Sayangnya COVID 😢
Majlis perpisahan dengan fasi Ika dan Ilham di KFC.
The last bit of memory pasal MISRA.
Aku tutup dulu entri pasal orientasi di KPM Ayer Molek untuk ambilan Julai-Disember 2015 ni dengan gambar jamuan perpisahan homeroom kami dengan fasi. Nanti ada masa aku sambung pasal cerita di asrama pula. InsyaAllah with more details pasal apa yang ada di asrama dan apa aku alami hehe. Mood throwback memang kuat ye mentang-mentang cuti sem sekarang ni. Mungkin sebab emosi juga gara-gara laptop rosak so aku nak tulis semua cerita pasal KPM sementara aku masih ingat sebab cerita pasal orientasi, asrama, dan hidup di UUM at least dah banyak.

Harap-harap entri ni bantu bagi gambaran pasal kehidupan sebenar di KPM Ayer Molek (walaupun mungkin agak outdated sebab dah lebih 3 tahun berlalu). Lagipun sekarang kan KPM dah jalankan sistem pembelajaran atas talian sebab COVID-19 jadi ada pelajar yang tak tahu pun suasana di kampus KPM tu macam mana. Kesian betul akak tengok junior ni takde kenangan hidup di KPM. Semoga bertabah ya.

Selain tu, boleh baca entri lain berkaitan KPM Ayer Molek yang pernah ditulis sebelum ni kalau ada kemusykilan pasal Kolej Profesional MARA ni. Semua dah dikumpulkan di page ini >>>>> tekan saya ✌🏻

By the way, masa ambilan Julai 2015 yang aku masuk ni, sistem permohonan KPM masih berasingan daripada institusi lain bawah MARA macam KM, IKM, KPTM etc tau. Dalam tu cuma ada pilihan 6 cawangan KPM dan pelajar akan diberi tawaran KPM je. Kalau sistem sekarang, gayanya dah gabung semua institusi MARA dalam 1 sistem. Jadi kalau tak dapat KPM, ada kemungkinan dapat tawaran dari institusi MARA yang lain. Ikut kesesuaian, ikut nasib, dan juga ikut kekosongan tau.

Tak semestinya yang result SPM tinggi akan dapat tawaran KPM, dan tak semestinya yang result kurang takkan dapat masuk. Sebab haritu ada parents komplen "Ingatkan KPM untuk yang dapat SPM rendah je." Ada juga pelajar yang komplen "Result SPM saya lebih tinggi daripada minima yang KPM nak so kenapa tak dapat offer?" Yang boleh aku kata, semua bergantung atas budi bicara MARA. Kalau tanya atau komplen kat aku pun, aku tak boleh buat apa sebab aku bukan staf BPT MARA apatah lagi bos MARA 😅


Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Seronoknya, teringat zaman matriks. Masa saya matriks pun saya ingat dulu ayah saya hantar sampai dorm je lepas tu dia balik, saya daftar sorang^^'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah memang disuruh kental berdikari terus hehe. Tu la covid lama sangat so tengah throwback gambar lama utk ingat balik benda² yg seronok dlm hidup 😆

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS