Masak-masak: Kek Batik Sesuka Hati | NaSa

Masak-masak: Kek Batik Sesuka Hati

in , , by NaSa, August 10, 2021
Assalamualaikum

Kenapa kek batik ni sesuka hati?

Sebab resepi yang diguna tu derhaka teruk kepada resepi asal yang menjadi rujukan hahahahah. Takpe la kek batik ni bukan susah pun kaedah memasaknya. Lagipun kita yang buat dia, bukan dia buat kita. Jadi letak je la bahan-bahannya banyak mana pun asalkan rasanya kena dengan citarasa tekak kita kan.
Yang penting kek batik aku sedap 😋
Tahukah anda?

Kek batik adalah makanan yang penuh nostalgia untuk aku. Sebab bahan kek batik kan guna Milo dan Milo ni dulu-dulu kira mahal la juga. Family aku pula bukan banyak duit. Jadi kalau nak buat kek batik sekadar saja-saja ni memang tak mampu la. Kena tunggu hari istimewa macam hari raya baru boleh merasa sebab setahun sekali kan.

Pastu dulu-dulu masa sekolah kan selalu ada jamuan akhir tahun yang kita buat majlis makan-makan guna duit kelas yang kutip dengan kawan-kawan tu. Haa tu pun dikira salah satu hari istimewa juga. Nak bawa makanan biasa macam tak meriah kan. Jadi masa ni baru aku dan adik beradik aku boleh bodek mak abah aku belikan bahan buat kek batik untuk bawa ke jamuan hehehe kenangan.

Tapi seiring perubahan zaman, Alhamdulillah sekarang dah mampu beli bahan tu sendiri. Jadi nak makan bila-bila pun boleh sebab dah reti buat sendiri juga. Tak payah dah tunggu hari-hari tertentu baru boleh makan kek batik. In fact, kalau malas buat pun boleh order dengan orang lain. Cuma sebagai seorang yang berkira macam aku, harus la kita buat sendiri untuk jimatkan wang lol. Alang-alang kali terakhir aku makan kek batik ni tahun lepas masa tersadai di UUM masa PKP, aku teringin la makan untuk tahun ni pula.

Projek kek batik ni nak buat sebelum Raya Haji lagi. Tapi sebab lepas raya aku dapat ulser yang menjengah setiap bulan tu kan, tertangguh tiga minggu projek ni sebab nak tunggu semua ulser 4 biji di lidah, gusi, dan lelangit tu sembuh. Ye la dah sepanjang ada ulser tu aku nak minum pun sakit, inikan pula makan. Kek batik ni pun aku yang buat. Mana aci kalau aku buat kek sedap-sedap, tapi aku mampu tengok je orang makan. Aku kena jadi tukang yang rasmikan first bite tau hahaha

Sebab tu sebaik saja ulser terakhir aku di lelangit tu sembuh, aku ajak abah pergi supermarket untuk cari bahan-bahan. Sebelum tu ada terlintas nak beli dari Shopee sebab malas keluar. Lagipun supermarket lain yang dekat dengan rumah aku ada kedai di Shopee dan jual biskut Marie tu semua. Tapi tengok harga macam mahal so tak jadi hehe. Lagipun biskut Marie tu pek besar dan aku takut hancur pula masa pos.

Pergi beli dan angkut sendiri lebih selamat kan maka dapat la aku bahan-bahan di bawah:
Jumlah kos bahan-bahannya, lingkungan RM35 camtu.
Bahan-bahan kek batik sesuka hati (versi aku main campak je dalam kuali):
🔸 Biskut Marie Shoon Fatt - 730gm
🔸 Milo - 200gm
🔸 Susu pekat - 3/4 tin
🔸 Butter (bebas jenama apa) - 250gm
🔸 Serbuk koko - 1 cawan (guna measuring cup)
🔸 Telur - 2 biji
🔸 Esen vanila - 1 penutup dia tu
🔸 Air - 100ml kot (asalkan cukup untuk milo tak berketul)

Resepi asal aku rujuk blog kak Ayue Idris. Tapi sebab step pertama masa cairkan butter tu pun aku dah salah buat, aku pun main campak je la bahan seterusnya tu. Malas ikut resepi dah hahaha. Ye la kak Ayue kata butter 200gm, tapi aku termasukkan sebuku terus butter tu yang beratnya 250gm tau. Sumpah lupa weh yang butter biasanya dibungkus 250gm. Masa nak buang pembungkus butter tu baru aku perasan dah terlebih sukatan dan macam "ahh gasak je la asalkan jadi" 😂

Langkah-langkah memasak secara bergambar pula:

1) Patah-patahkan biskut Marie kepada kepingan kecil.
Biskut Marie bebas je nak guna jenama apa. Tapi untuk kek batik, aku suka jenama Shoon Fatt ni sebab pek dia besar (730gm). Lebih ekonomi dan jimat kalau buat kek makan ramai-ramai. Jenama lain biasanya 300+gm je dan harga pun mahal kalau nak beli banyak-banyak. Cuma rasa Shoon Fatt ni bagi aku kurang bersusu kalau dibandingkan dengan jenama Munchy's atau Julie's. Tapi sebab kek batik kan tambah Milo dan susu pekat so bagi aku takde masalah pun.
Family aku biasa patahkan jadi empat. 
Tugas patahkan biskut ni aku serahkan kepada anak buah aku, Amirah. Ye la nak makan benda sedap kena la keluarkan tenaga dan usaha sikit tau hehe. Siapa suruh dia tak buat kerja rumah dan duk dengar lagu je dalam bilik. Kan dah kena kerah dengan aku untuk sama-sama bertukang di dapur 😂

Biskut Marie Shoon Fatt ni ada 5 line, dan dia bungkus dalam pek asing tau untuk setiap line tu. Aku mula-mula ingat nak guna 4 bungkus je. Tapi akhirnya guna semua juga biskut yang ada tu.

2) Cairkan butter dalam kuali menggunakan api sederhana besar.
Ni pun aku suruh anak buah aku juga cairkan. Sesungguhnya memasak ni lebih indah bila kita ada orang untuk disuruh buat itu ini hahahah. Ala saja ajar budak ni masuk dapur sekali sekala. Tu pun aku suruh dia cairkan butter je. Tapi gaya dia pegang sudip tu serupa orang tengah perah kudrat kacau gulai kawah masa rewang kenduri. Padahal berat mana la sangat butter tu 💆🏻‍♀️
Pebende pegang sudip macam tu hahahah
Haa lepas dah masukkan butter dalam kuali yang dah panas ni la aku baru perasan yang butter tu terlebih berat tau haha. Tapi takkan nak ambik balik butter tu pastu timbang dan asingkan 50gm yang terlebih tu kan. Tu yang aku biar je butter tu mencair.

3) Masukkan semua bahan lain kecuali biskut dan kacau sehingga adunan coklat tidak berketul
Turutan bahan apa nak dimasukkan dulu tu bebas je la. Asal jadi dan adunan sebati mengikut rasa yang kita nak, cukup la.

Cumanya domino effect daripada terlebih butter tu kan, dengan Milo sekali aku lebihkan sukatan sebab resepi asalnya nak secawan je. Tapi dah Milo tu ada baki lagi sikit lepas sukat secawan tu, aku perhabis je la semua 200gm tu. Serba salah je nak tinggal sikit-sikit. Susu pekat pun asalnya secawan tapi aku tuang lagi ke dalam kuali untuk seimbangkan dengan milo ekstra tu. Tahu-tahu tinggal sesuku je susu dalam tin tu. Memang sangat campak sesuka hati kek batik aku hehe

Tapi serbuk koko tu aku tak ubah la sebab guna yang dark chocolate punya. Takut terlebih pahit. Esen vanila pun tak tambah sebab takut pahit juga. Telur pun kekal 2 biji. Cuma air je yang ditambah sebanyak yang perlu untuk elakkan gabungan milo dan susu pekat yang manis tu jadi keras dan mudah hangit.

Proses kacau adunan coklat ni masih anak buah aku yang buat sebab aku tengah lapikkan loyang dengan baking paper. Tapi masalah anak buah aku ni pula, sepanjang dia kacau isi kuali tu asyik la duk komplen "kenapa bau dia pelik? memang bau dia macam ni ke?" Padahal bau butter je pun. Pastu kalau kita masak coklat kan ada bau macam pahit gitu. Tapi dia ingat adunan tu macam nak rosak hahahah 

Walhal aku masak kek coklat selama ni pun memang macam tu la bau dia. Dasar budak tak pernah terlibat dalam acara masakan selain masak maggi dan goreng telur lol 

4) Masukkkan biskut Marie dan kacau sehingga biskut disaluti adunan coklat dengan rata
Tiba masa mereka digaulkan
Biasanya sebelum ni aku buat kek batik tak pernah letak serbuk koko pun. Lepas rujuk resepi kak Ayue je aku letak sebab memang ada lebih daripada baki buat kek masa raya haritu. Masa ni baru aku tahu kalau campur serbuk koko, warna adunan coklat tu jadi lebih gelap macam atas ni haha

Masa dah campurkan biskut dengan adunan coklat ni la baru aku ambil alih. Bapak berat nye pun aduiii nak balik-balikkan biskut tu untuk bercampur dengan sebati sebab dia memang jadi pekat melekat berat semacam lepas bercampur dengan coklat tu. Baru anak buah aku bersyukur sebab aku cuma suruh dia cairkan butter dan kacau-kacau adunan milo je tadi hahaha
Selepas 10-15 minit menggaul kuap balik dengan tenaga yang tak berapa ada.
Anak buah aku speechless tau tengok hasil macam ni. Ye la kalau tengok bergumpal dalam kuali macam ni memang tak nampak menyelerakan sangat kan sebab comot semacam je. Tunggu potong esok lepas dah sejukkan dalam peti baru kau tau betapa sedapnya kek campak-campak aku ni tau 😋

5) Masukkan ke dalam loyang dan mampatkan sebelum disejukkan dalam peti sejuk.
Aku kan beli loyang kek baru haritu yang bentuk segi empat sama ukuran 8 inci x 8 inci. Mula-mula ingat nak masukkan dalam loyang segi empat sama tu je. Tapi makin aku mampatkan biskut tu nampak macam akan jadi tinggi sangat pula kek batik tu nanti. So aku bersihkan lagi satu loyang dan masukkan baki kek batik tu ke dalam loyang tu pula.

HASILNYA~~
Dapat 1 setengah loyang hahaha
6) Lepas dah sejuk, bolehlah dipotong dan dihidangkan.
Selepas 1 malam dalam freezer dan 1 malam lagi dalam peti ais 😋
Abaikan je la baking paper yang comot-comot tu.
Boleh tahan cantik kejadiannya hehe masuk bakul angkat sendiri
Yang loyang kecil tu kejap je dah habis. Tinggal yang loyang besar ni je la sempat juga aku potong cantik-cantik sikit untuk ambil gambar isi dalamnya. Visual kurang sikit la sebab comot sini-sana kan di baking paper tu. Tapi peduli apa aku asalkan kek aku menjadi lol

Walaupun bahan-bahannya dicampak sesuka hati, tapi rasanya bagi aku sedap je. Biskut lembut dan cair elok bila masuk dalam mulut sebab dimasak dengan agak lama dalam kuali tu (personally tak suka kalau kek batik tu biskut keras sebab tak rasa macam kek). Adunan coklat tu pun tak terlalu manis. Rasa seimbang la rasa milo, susu pekat dan koko tu. Secara keseluruhannya, aku sangat berpuas hati ewahhh hehehe. Tercapai la hasrat aku nak makan kek batik ni kan.

Tapi....kalau anda pernah dengar pasal "Kek Batik Indulgence", akan tahu la kan yang kek batik versi tu ada guna cream cheese untuk buat lapisan atas kek batik tu macam kek coklat Indulgence di Secret Recipe tu kan. Aku ada terlintas nak buat versi tu tau. Dan kebetulan masa beli bahan-bahan ni, supermarket tu ada stok cream cheese Tatura tau (biasanya dia tak jual). Yang 250gm harga RM19+, yang 500gm RM29+ kalau tak salah.
Macam ni bentuk Kek Batik Indulgence tu
Kredit gambar: Blog Che Nom
Nampak sedap kan?

Tapi macam mana entah aku hilang ingatan pasal Kek Batik Indulgence so aku tercegat je depan chiller tu dan fikir "beli cream cheese nak buat apa? kek coklat cheese kan dah buat haritu." So aku tak ambik la. Lepas balik rumah dan cari balik resepi untuk tengok sukatan bahan-bahan tu baru aku teringat lepas nampak gambar Kek Batik Indulgence tu di Google. Menyesal oi hahahah. Tapi nak keluar lagi pergi beli cream cheese tu atau tangguh buat kek ni sebab nak pergi beli di hari lain memang tidak la.

Aku tunggu ulser tu sembuh pun dah cukup lama. Malas nak tunggu lagi untuk cream cheese pula. Ala takdak lapisan cheese ala-ala indulgence pun boleh jadi kek batik aih. Sebab tu aku proceed terus untuk memasak. Lagipun cream cheese tu mahal sebenarnya kalau nak dimasukkan dalam bajet aku yang ciput ni haha. Tunggu lain kali la kot duit PTPTN masuk pasni ke, atau ada orang nak belanja bahan dapur ke, nanti aku try la buat versi Indulgence tu. Alang-alang coklat compound tu aku dah ada hehe

Setakat ni saja untuk kali ini. Kita jumpa lagi dalam entri seterusnya okey. Tengok ada benda apa lagi aku nak masak dan jahanamkan dapur mak aku ni hahaha

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Sedapnya! Hari-hari lalu dekat FYP Tiktok orang buat kek batik, dekat sini pun jumpa resipi kek batik, is this a sign untuk buat kek batik hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin benar ini adalah petunjuk maka ayuhlah *hasut utk buat kek batik* hahahaha

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS