Kini bertukar domain || Nasa Menulis | NaSa

Kini bertukar domain || Nasa Menulis

in , , by NaSa, September 19, 2021
Assalamualaikum

Ehem ehem~ Cuba tengok domain baru saya dalam kotak URL atas tu.

Siapa yang menulis?

Nasa yang menulis✨ hehehehe

Alhamdulillah lepas sekian lama berhajat nak ada domain blog sendiri yang tidak terikat kepada blogspot semata-mata, akhirnya kini hasrat tu tercapai juga. Lama tau aku pendam cita-cita nak ada custom domain ni. Sejak mula berkecimpung dalam dunia blogging pada zaman bangku sekolah lagi dah ada feeling-feeling nak ada ".com" tu. Rasa lebih best sebab domain macam tu tampak lebih profesional. Cuma tu la aku selalu sangka yang benda tu macam susah je nak buat dan mungkin mahal bagi aku sebagai pelajar. Jadi tak terfikir pun nak cari cara-cara beli domain tu.

Hakikatnya, langkah nak beli dan setup domain ni tak susah pun. Dan harga pun agak berpatutan. Kalau pandai cari domain provider yang berkualiti dan selalu tawarkan diskaun, boleh je dapatkan domain sendiri dengan harga lebih mampu milik. Tu yang aku akhirnya bulatkan tekad nak beli domain sendiri tu. Hasilnya, lepas ni tidak la lagi aku duk tenung je nama kawan-kawan blogger yang gunakan domain ".com" sebab sekarang link blog aku pun dah guna domain ".com" yeayy~
Kenapa "Nasa Menulis"?
Perkataan "Nasa" ni adalah gabungan Na daripada nama aku dan Sa daripada nama abah aku. Nama ni memang nickname yang aku dah guna sejak zaman diploma lagi. Sebelum ni masa zaman sekolah dan A-Level, nama pendek yang kawan-kawan selalu guna untuk panggil aku adalah Nad. Tapi masa masuk KPMAM tu aku saja je la nak guna nama baru sebab masuk belajar tempat baru kan. Ambik mood baru la kiranya. Lagipun ada orang lain yang nama bermula dengan Nad macam Nadia, Nadhirah, etc pun guna nickname Nad juga. Rasa macam tak eksklusif 😂

Nickname Nasa tu bagi aku sesuai untuk letak dalam custom domain aku sebab ia nama penuh aku tapi versi compressed. Custom domain kan orang biasa letak nama sendiri untuk bina personal branding. Contohnya sahabat-sahabat blogger seperti gadis-gadis manis Azhafizah, Syu Deris, Shida Radzuan, Syazni Rahim, Atiqah Najihah, dan ramai lagi. Jadi aku nak juga la letak nama aku dalam domain tu biar orang ingat kat aku (ehh?). Masalahnya nama aku Nadzirah Salahuddin tu panjang nak sebut dan tulis. Nama aku pun banyak huruf "D" jadi takut la kalau orang salah eja lol. Sebab tu aku pilih untuk guna nickname tu je. Mudah. 

Nama tu pun ada maksud istimewa bagi aku sebab tu la nama yang lambangkan identiti aku masa bertungkus-lumus untuk bangkit semula di KPMAM daripada kegagalan masa lalu 😌

Kalau ikutkan, ada je alternatif untuk kekalkan domain lama yang aku guna dalam blogspot dulu iaitu "officialnasa28.blogspot.com". Boleh tukar jadi macam "theofficialnasa" ke...tapi aku tak nak guna sebab takut misleading. Almaklumlah umum pun tahu Nasa ni biasa dikaitkan dengan syarikat USA National Aeronautics and Space Administration iaitu NASA yang kaji pasal planet, angkasa lepas, roket-roket, semua tu. Tak nak la kalau ada orang tekan domain "theofficialnasa" tu expect nak tahu kajian pasal roket tapi alih-alih isinya aku meroyan pasal jerawat haha

Perkataan "menulis" dalam domain tu boleh teka sendiri la kan kenapa. Dah namanya pun blogger yang banyak berkongsi melalui penulisan, jadi "menulis" tu gambarkan apa yang aku suka buat la iaitu menulis! Sementelah kalau tengok beberapa entri aku pun, nampak macam terlebih gemar sangat bab menulis tu. Panjang nak mampos aaa 😭 aku cuba tau nak pendekkan isi entri kadang-kadang tapi tak boleh sebab jenis nak cerita dengan sebanyak details yang boleh 🤭

Nama "Nasa Menulis" ni memang antara nama pertama yang terlintas dalam kepala aku masa nak cari domain tu. Selain itu, beberapa nama lain pun ada dipertimbangkan juga. Contohnya:
  • bilanasamenulis.com (Reject sebab tatabahasa salah. Perkataan "bila" tu cuma guna untuk bertanyakan soalan)
  • tulisannasa.com (Reject sebab takut orang keliru dengan huruf "n" yang ada dua berturut-turut tu)
  • coretannasa.com (Reject sebab yang sama macam yang atas. Lagipun "coretan" tu rasa cam tulis diari je)
  • nasayangmenulis.com (Reject sebab panjang dan tengok la tu. Kang ada yang baca jadi "sayang" kang 😂)
  • nasabercerita.com (Reject sebab memang aku "bercerita", tapi aku cerita melalui menulis so baik letak menulis je ahaha)
Maka lepas 2-3 hari duk timbang baik buruk nama yang aku nak guna untuk domain tu, aku tekad beli domain "Nasa Menulis" je la. Aku tak tahu la orang lain boleh relate ke tidak dengan cara aku pilih domain ni tapi dah aku rasa sedap nama tu nak buat macam mana kan. Nak tukar pun dah terlambat sebab aku beli domain ni untuk 2 tahun terus hahaha. Tunggu tahun 2023 la kalau nak tukar nama lebih unik dan eksklusif ke. 

Buat masa ni, biar la orang yang masuk blog ni tahu siapakah pemilik blog ini? Nasa. Dan apakah yang Nasa tu buat dalam blog ini? Nasa menulis.

Apa punya reasoning entah hahahahah

Domain ni aku beli daripada GoDaddy. Masa survey tu aku banyak nampak orang sebut NetKL dan GoDaddy. Baca pengalaman rakan-rakan blogger yang lain masa tukar domain pun, tengok ramai yang beli domain NetKL sebab harganya lebih murah. Aku survey haritu pun tengok NetKL caj RM50 je setahun. Tapi masa masuk NetKL tu banyak animation gerak-gerak bila skrol so aku jadi pening lol. 
Interface GoDaddy lebih clean dan senang aku nak navigate maka aku pun pilih paras rupa dan beli la daripada GoDaddy. Tapi mahal sikit la sebab domain GoDaddy ni setahun hampir RM75 (tidak termasuk cukai).

Pengalaman tukar domain ni semua aku screenshot dari A-Z. Nanti la aku update entri lain untuk kongsi maklumat pasal tukar domain melalui interface Blogger yang dah bertukar rupa ni. Pening juga aku nak bandingkan dengan tutorial daripada blog orang lain yang ajar masa tahun 2016-2018 masa guna interface Blogger yang lama. Kenapa la Blogger tukar haritu sobs. Aku lagi suka interface lama tau 🤧

Tu je la buat masa ni. Aku tengah tunggu Google Adsense review domain baru sebelum boleh mula tayang iklan semula dalam blog ni. Almaklumlah blog a.k.a rumah aku ni kan dah bertukar alamat. Jadi Google Adsense tu belum kenal jalan lagi la nak datang ke mari hehe. Semoga berjalan lancar tanpa masalah la sebab dengar cerita, pening juga nak apply Adsense semula tu. Nanti apa-apa perkembangan, aku kemaskini lain kali.

Fun fact:
Pasal nickname aku tu kan, kadang-kadang kalau aku rasa nak melawak sikit, aku perkenalkan diri jadi Nasaruddin tau, iaitu nama yang biasa diberi kepada lelaki. Kawan-kawan rapat yang tahu aku bergurau tu ada la panggil aku dengan nama tu untuk menyakat. Tapi masa diploma tu, alkisahnya ada juga kawan yang dah masuk sem 4 pun masih percaya yang nama aku memang Nasaruddin. Allahuakbar hahahah

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 10 comments

Add your comment

  1. Alhamdulillah.. Tahniah dah bertukar domain.. Ohh ya.. just nak tanya template nasa nie mmg mcm nie ke ya.. sy buka kat desktop dia mcm tak boleh nampak secara keseluruhan.. nti cubalah tgok ya.. All the best sis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, kak Nurul 😊

      Template ni elok je dulu tp lepas adsense hilang sbb tukar domain tu, tetiba je navigation tu jadi terlebih besar macam tu bila buka di desktop. Masih tengah godek coding cari apa yg tak kena huhu. Terima kasih atas maklumbalas. Nanti saya cuba baiki 💆🏻‍♀️

      Delete
    2. Ahh dah jumpa. Template sebelum ni navigation bawah header, jadi coding adsense di atas navigation. Kalini tukar template yg navigation atas header jadi coding adsense tu duduk di salah tempat haha

      Delete
  2. Wahhh, a good move lah bila finally decide nak pakai domain. At least blog kita takkan hilang begitu sajaaa. Tapi, paiti eh cakap nama nad tak exclusive hahahhahha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee decide terus nak beli domain sbb haritu blog kak Ammi kena tutup dek Google. Seram pula rasanya. hahahaha masa diploma dulu ada batchmate guna nama Nad jugakk tu yang rasa bertindan tu

      Delete
  3. alhamdulillah tahniah , semangat baru nak tulis blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. ye rasa mcm rajin sikit sbb aura baru hehehe

      Delete
  4. Gittewww kisahnya.
    Anyway tahniah Nasa ;-)

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS