Masuk hospital lagi... | NaSa

Masuk hospital lagi...

in , by NaSa, September 17, 2021
Assalamualaikum

Bertemu lagi.

Semalam 16 September 2021 Hari Malaysia kan. Sepatutnya hari lahir ke-13 anak buah aku yang sulung sekali, iaitu Amirah kakak kepada si Amir Faris ni. Tapi tak kesampaian hajat nak celebrate ke apa. Baru 2 hari lepas aku update cerita pasal aku kena teman mama di wad hospital walaupun aku baru lepas cucuk vaksin kan. Tapi semalam, takdir Allah, mama kena masuk hospital lagi.

Lepas balik dari hospital haritu nampak macam dah sihat kan. Takde muntah berterusan macam sebelum masuk wad. Tapi mungkin disebabkan sebelum tu mama dah lama sangat seminggu duk muntah, sampai kali ni akhirnya berlaku pendarahan dalam usus. 2 hari straight mama muntah keluar warna hitam, buang air besar pun hitam. Sampai hari Rabu tu tak larat nak pergi pusat dialisis.

Aku dengar macam tu terus check simptom kenapa muntah hitam kan. Keluar hasil carian di google, muntah hitam berkait dengan pendarahan dalaman, besar kemungkinan dari perut. Kesan warna hitam tu mungkin terjadi sebab darah tu teroksida dengan asid dalam perut sebab tu bila keluar jadi warna hitam. Biasa terjadi kepada pesakit gastrik. Dan mama masuk hospital haritu pun sebab apa? Gastrik.

Lepas baca simptom tu, tahu dah nampak tanda-tanda kena masuk hospital lagi. Terus aku mandi siap-siap, senyap-senyap kemas barang dalam handbag, ambik baju yang boleh pakai dalam wad.

Kakak aku suruh adik aku balik ambik kereta dan terus pecut pergi ke unit kecemasan lagi. Tapi sebab haritu pergi Hospital Tumpat dan dipindahkan ke Hospital Pasir Mas, kalini kami terus ke Pasir Mas.

2 kali dalam masa 2 minggu bertandang ke mari.

Terpaksa tolak guna katil sebab mama tak larat nak duduk atas wheelchair. Semput nafas.

Biasanya kami boleh masuk menunggu di dalam macam haritu kan aku masuk tunggu di situ sebelum kena swab test tu. Tapi kali ni pak guard tak bagi masuk sebab kawasan tu dah dikosongkan.

Hospital guna ruang tu untuk susun katil portable bagi kegunaan pesakit sahaja. Waris semua kena tunggu di luar. Staff di kaunter pendaftaran tu kesian kot tengok aku berdiri je jadi dia suruh ikut laluan lagi satu ke ruang bangku depan pintu keluar unit kecemasan belah dalam.

Bertapa la saya di sini.

Mujur memang bangku tu besi yang dipasang lekat di tiang koridor terus. Ada juga la tempat nak duduk. Cuma kureng sikit sebab tengok la bayang tempat duduk kerusi tu cemana.

Dia jenis palang-palang kayu yang disusun berjarak. Rasa berbelang bontot aku duduk atas tu lama-lama sebab memang dekat 6 jam aku duduk di sini. Datang pukul 3 petang, pukul 9 malam baru checkout MySejahtera dari hospital ni.

Dari seterang-terang matahari, sampai ribut petang tu, sampai la matahari dah terbenam dan langit pun menggelap. Tapi kami masih di sini.

Kenapa lama? Sebab doktor kata hasil diagnosis, selain pendarahan usus yang buatkan muntah dan najis jadi hitam tu, tekanan darah mama rendah sangat. Hemoglobin mama pun rendah sebab paras 5 je. Doktor kata level minima yang sihat adalah 7-8 camtu. Pastu jantung mama pun lemah.

Doktor bagi ubat kuatkan jantung dan buat pemindahan darah, walaupun awalnya dia kata tak boleh masukkan darah tu sebab mama skip dialisis Rabu haritu kan. Tapi last-last kena masukkan juga.

Selain tu, lepas doktor refer dengan pakar di Kota Bharu, mama tak masuk wad di Pasir Mas dan kena transfer ke Hospital Kota Bharu (HRPZ). Tapi kali ni aku tak boleh ikut naik ambulans sekali. Kami kena pergi dengan kereta sendiri. Mujur adik aku belum balik masa tu.

Cuma tu la nak tunggu ambulans pun kemain lama. Aku yang asalnya belum makan nasi lagi ni ada rasa lapar tapi nak makan nasi yang adik aku beli, takut dia panggil pula. Last-last sebab takut takde tenaga nanti kan, aku makan juga la. Kemain pergi ke meja tepi perpustakaan hospital tempat aku baring tunggu keputusan swab test haritu sebab kat tepi tu ada sinki untuk basuh tangan. Almaklum adik aku cerdik sikit beli nasi tapi tak ambik sudu plastik. Dah kena makan dengan tangan. 

Nasi goreng Cina kedekut ayam haha

Dan-dan masa aku dah makan nasi tu separuh, dengar suara nurse panggil di sistem pembesar suara tu suruh waris kepada mama masuk. Emm agak dah. Masa duk tunggu tu tak panggil. Masa kita tengah makan ni la dia nak panggil. Mujur kakak aku yang masuk. Time ni la dimaklumkan yang ambulans yang nak transfer mama ke HRPZ tu dah sampai.

Staff semua lengkap PPE sekali tengok dah serupa angkasawan sobs

Sebab ni la aku tak boleh ikut naik sekali ambulans tu. Dah ada pengiring-pengiring dari hospital ni sekali yang akan ikut ke HRPZ. Mama pun masa tu tengah pakai oksigen sebab jantung dan paru-paru lemah. Risiko la kalau aku ni masuk sekali kan.

Situasi masa ni pun lain daripada masa transfer dari Tumpat ke Pasir Mas haritu. Kalau haritu, walaupun naik ambulans juga, tapi ambulans tu senyap je. Agaknya sebab kes haritu minor atas punca gastrik je. Tapi kali ni sebab mungkin melibatkan pendarahan dalaman dan pesakit pun perlu bantuan oksigen, ambulans pasang siren dia siap-siap untuk cepatkan perjalanan ke HRPZ tu.


Adik aku cuba pecut sekali untuk ikut ambulans tu dari belakang (walaupun tak selamat sebenarnya buat macam tu). Tapi last sekali memang tak terkejar juga ambulans tu. Driver ambulans kali ni pun sama berdarah Toretto juga agaknya sebab laju mat. Kurang 5 minit, ambulans tu dah hilang.

Sekejap je dia dah jauh ke depan. Ye la dah semua kereta bagi laluan hormat kat siren ambulans tu kan. Lampu merah pun dia boleh redah. Kereta biasa macam kami ni mana mereka nak bagi potong nyee

Suasana dan situasi dah la sendu sebab perkembangan tak dijangka ni. Pastu dalam perjalanan tu, hujan ribut pula. Lagi sendu.

Sampai di HRPZ, mama terus dibawa ke zon kuning. Tapi aku tak boleh masuk menunggu sekali. Dan sedihnya HRPZ ni pun tutup ruang menunggu untuk semua zon. Orang yang dibenarkan je boleh masuk.

Tapi kalau Hospital Pasir Mas ada bangku luar untuk duduk, HRPZ ni cuma ada kaki lima. Maka duduk la aku bersila, berlunjur, berpeluk lutut di luar sampai tengah malam. Tersengguk aku depan dinding tu.

Dah serupa merempat tepi vending machine ni...

Cleaner nak mop lantai pun mesti serba salah sebab aku duduk kat situ so dia mop sampai tepi lantai tempat aku duduk je

Lama sangat menunggu sampaikan dari sebanyak-banyak ambulans dan orang ramai masa kami mula-mula datang tadi, akhirnya lengang macam ni je.

Jenuh I tampar nyamuk.

12 tengah malam. Masih menunggu.

Lepas pukul 1 pagi, masih tak ada update dari zon kuning. Nak masuk tanya, pak guard tak bagi masuk. Masing-masing aku, kakak aku, adik aku dah letih teruk dah tunggu luar ni. Tahu dan faham je proses dalam tu lama sebab nak test semua benda untuk tahu tahap penyakit tu. Cuma nak juga la tahu keadaan terkini kan daripada tercongok atas lantai sampai jem belakang.

Last sekali adik aku tanya di kaunter tu je status mama (yang mana mereka pun tak tahu sangat). Cuma katanya nama mama memang dah didaftar untuk masuk wad tapi masih belum keluar dari zon kuning.

Tu yang adik aku ajak balik dulu sebab tak tahu nak kena tunggu sampai bila kan. Aku masa tu memang dah cranky teruk sebab tak cukup rehat dan tak cukup makan so aku pun ikut je la daripada jadi godzilla depan unit kecemasan tu.

Nombor phone yang aku bagi untuk tujuan dihubungi tu memang nombor aku pun. Jadi aku deactivate Do Not Disturb (DND) yang memang aku sentiasa guna sebab menyampah dengan bunyi notification.

Ingatkan nanti hospital akan call la bagitau update so nanti senang aku nak jawab bila phone berbunyi. Tapi sampai 8.30 pagi pun, masih tiada khabar berita. Last sekali aku sendiri call hospital minta disambungkan ke zon kuning untuk tanya status mama macam mana.

Rupanya mama tak jadi masuk wad yang ditetapkan semalam. Sebaliknya dipindahkan ke CCU (coronary care unit) pada jam 4 pagi tadi. Koronari ni berkait dengan jantung. Maknanya memang ada masalah pada jantung.

Aku tanya "kalau waris nak jaga, kena buat apa?" Tapi katanya CCU ni waris memang tak boleh masuk. Barang dalam wad mostly akan guna hospital punya tapi kalau barang macam pampers tu kena beli sendiri. Tu pun kalau nak hantar kepada pesakit, kena hantar melalui pak guard. 

Aku call balik hospital tu untuk minta sambung kepada CCU terus tapi line sibuk. Kaklong yang call lagi sekali dan katanya nurse bagitau jantung mama memang lemah. Dah pakai oksigen tapi doktor nak buat test pengesahan COVID lagi 2 kali sebelum boleh dipindahkan masuk ke wad biasa.

Tapi sebab mama pakai pampers sebab cirit-birit berdarah tu, memang kena hantar pampers la. Dah beli dah semalam tapi sebab masuk zon kuning kan so tak boleh tinggal lagi di sana. Ada dalam kereta.

Alang-alang harini kaklong nak pergi potong gelang merah sebab dah habis kuarantin sebagai kontak rapat kepada abang ipar aku yang positif haritu, dia pergi terus ke HRPZ untuk hantarkan pampers tu. Kat sana, kaklong tanya lagi apa perkembangan mama yang terkini.

Katanya mama mungkin akan ditidurkan sebab selain jantung lemah, paru-paru pun nampak tak cantik. Aku dah menangis dah masa baca ni. Sebab dengan tak semena-mena kan. Padahal buat swab test semua negatif COVID. So bila tiba-tiba je jadi sakit macam tu, tak keruan semua.

Nak menghadap abah lagi serba salah sebab aku keluar bilik pun abah dah tanya "kat wad boleh melawat ke?" Aku tak tahu nak jawab macam mana sebab CCU tu waris nak teman pun tak boleh, apatah lagi nak masuk melawat kan. Dah la abah memang paling tak tentu arah kalau mama masuk wad ni.

Yang masa masuk wad minggu lepas pun dia degil taknak balik dan nak tunggu di parking hospital. Ni macam mana nak bagitahu abah yang mama ada kemungkinan akan ditidurkan?

Tak tahu la weh. Aku rasa tak kuat langsung nak hadap semester ni. Sebab mama dah banyak kali kan berulang sakit, aku dah terfikir banyak kali juga nak drop internship dan tangguh lagi untuk sem ni.

Alang-alang ada lagi baki satu semester free di UUM lepas transfer kredit diploma haritu so kalau tangguh pun, aku boleh buat praktikal semula dan habis belajar dalam masa yang ditetapkan oleh UUM. Tapi bila jadi macam sekarang ni kan dan nurse pun tak janji perkembangan, aku tak tahu nak buat apa.

Rasa macam stress aku masa belajar online selama 3 semester ni akhirnya dah sampai kemuncak sekarang. Kalau nak teruskan dengan internship ni lagi dengan keadaan sekarang kan, aku tak tahu boleh fokus atau tidak. Kang ada yang tak fokus buat kerja karang.

Walaupun bos baik, faham je situasi aku dan okey je suruh aku utamakan hal keluarga dulu daripada kerja, tapi dalaman aku sendiri memang tak boleh nak brain semua benda ni. 

Sebab rasa serba salah juga bila dengar dan tahu mama sakit tapi tak boleh nak jaga sebab terikat dengan kerja. Tapi tak boleh nak kerja juga sebab mama sakit. The dilemma. Fikiran dan emosi rasa kecamuk sangat. Memang aku rasa nak tangguh terus sem ni. 

Mungkin aku memang perlukan rehat tu sebelum aku bersedia nak teruskan dengan internship. Dan ambik masa untuk jaga mama sampai dia betul-betul sembuh baru boleh fokus untuk intern. 

Entah la. Aku pun tak tahu dah nak buat apa sekarang. Harini memang dah tak masuk meeting walaupun aku kat rumah bukannya hospital sebab mental memang tak stabil. Nak sambung buat kerja pun aku rasa takde mood. Aku tak nak fikir banyak-banyak pasal benda bukan-bukan tapi tu la.

Kalau ada depan mata boleh juga pantau sendiri untuk legakan hati kan. Ni jauh dalam wad dan tak boleh pergi tengok, lagi tak stabil emosi rasanya.

Dah la. Pagi ni je dah berapa kali menangis. Penat otak, hati, dan tubuh aku. Minta jasa baik anda yang membaca untuk doakan sekali agar keadaan mama meningkat baik. Aku nak rehat kejap.

Nak cari kekuatan untuk menghadap semua ni dan rasionaliti sama ada aku patut teruskan internship sekarang ataupun tidak. Because I don't think I can.

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.


SHARE 8 comments

Add your comment

  1. Allahuakbar. Sabar ya awak. Allah uji sebab sayang. Awak boleh hadapi semua ni. Ya betul bercakap memang senang. Awak yang lalui semua ni. Semoga masih ada kekuatan dalam diri awak untuk hadapi semua ni oki ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Ain. Tengah kumpul kekuatan sikit-sikit. Insya Allah semoga ada perkembangan baik di hospital lepas ni.

      Delete
  2. Allah akbar. Naim harap fikir positif sentiasa. Naim doakan ibu cepat sihat. Amin!

    ReplyDelete
  3. Semoga dianugerahi kekuatan fizikal dan mental menghadapi ujian yang berat ini

    ReplyDelete
  4. Allahu Akbar. Terbayang keletihan, stress dan bingung untuk membuat keputusa. Tabahkan hati dik. Memang besar dugaan ini. In syaa Allah, banyakkan doa. Usaha dan ikhtiar sudah dilakukan. Tawakkal menanti hasilnya.
    Apa pun, jaga kesihatan ye dik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Kak Amie. Semoga yg baik-baik saja beritanya nanti. Kak Amie pun jaga diri juga ya

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS