Ramainya bakal pelajar UUM?? | NaSa

Ramainya bakal pelajar UUM??

in , , , by NaSa, September 22, 2021
Assalamualaikum


Haritu masa 15 September 2021 kan keputusan UPU untuk lepasan STPM/Setaraf dah diumumkan. Maksudnya pelajar-pelajar yang layak tu nanti akan dapat tawaran untuk masuk ke universiti bagi meneruskan pengajian di peringkat ijazah Sarjana Muda la. Pastu sebab tengok orang ramai duk kongsi keputusan UPU masing-masing di Twitter, aku macam saja la nak menyibuk juga dalam kemeriahan tu.

Kenapa?

Sebab bila pelajar nak masuk universiti ni mesti la akan cari maklumat berkaitan pasal IPT yang mereka akan masuk nanti. Jadi aku sebagai pelajar universiti juga yang memiliki blog ni mesti la nakkan peluang ni untuk tarik trafik tinggi sikit kan. Jadi sengaja la aku tweet promote blog aku seperti di bawah.
Tweet tu macam tuju untuk pelajar UUM je la sebab aku kan belajar di UUM. Link yang aku lampirkan tu pula page yang khusus dah kumpulkan semua entri pasal pengalaman aku sebagai pelajar UUM, both masa belajar secara bersemuka dan belajar atas talian. Boleh baca page tu DI SINI.

Aku tweet tu macam muka separuh tebal la juga sebab risau juga tak dapat sambutan kan. Lagipun yang aku tengok di hasil carian keyword UUM tu, macam tak ramai sangat yang tweet mereka dapat tawaran masuk UUM. Jadi macam tak simpan harapan sangat la orang akan baca. Walaupun ada yang retweet dan like tweet tu, tapi bawah 20 je. Jadi macam tak tersebar luas sangat la melalui Twitter tu.

TAPI...

Aku perhati juga la total pageviews untuk page tu naik sikit-sikit, slow-slow lepas aku pos tweet tu. Dan dalam masa 4 jam selepas itu, PAGEVIEWS NAIK 100!! Daripada 23 jadi 123.
Dalam masa sekejap je dah cecah 3 angka. Sebelum ni nak dapat 10 pageviews pun susah 😭
Selain twitter, ada juga aku pos di story WhatsApp dan hebahkan melalui Instagram yang disambung kepada Facebook. Tapi mengikut data Google Analytics dan Google Search Console, PV paling banyak tu memang datangnya daripada Twitter la. Hebat. Padahal aku ingatkan orang tak baca pun tweet tu.

Dan setakat 18 September tu, PV naik lagi 100 menjadi 223. 
Alhamdulillah rezeki 😀
Dalam masa lebih kurang 3 hari boleh dapat 200 PV untuk satu page dan beratus juga untuk setiap entri yang tersenarai dalam tu. Tak sangka betul sebab tengok dari statistik engagement tweet tu tidaklah terlalu tinggi. Mungkin ada yang kongsikan link untuk page aku tu dengan orang lain.

Mungkin inilah contoh entri malar hijau (evergreen) dan trending supaya akan sentiasa ada orang yang jumpa blog kita. Bolehlah kita pun merasa trafik tinggi-tinggi pada sesuatu musim yang berkait dengan isi entri kita hehe. Setakat ni pun aku perhati hasil tulisan aku tentang pengalaman belajar di KPM Ayer Molek dan UUM, memang trafik akan meningkat masa musim keputusan SPM dan keputusan UPU keluar. Sebab ramai pelajar tengah cari info untuk sambung pengajian kan.

Secara keseluruhan, terasa berbaloi juga la aku menulis panjang-panjang dah serupa orang meroyan cerita pasal tempat-tempat belajar aku tu. Sebelum ni, rasa was-was juga nak berkongsi cerita sebab takut tak ada orang berminat dan mungkin cerita tu macam tak penting untuk orang lain. Risau mereka kata "tu pun nak cerita.'" Tapi bila fikir balik, "eh blog aku, pengalaman aku, suka hati la aku nak cerita ke tidak" hahaha. Jadi Alhamdulillah juga aku buat keputusan nak tulis daripada pendam je. Sekurang-kurangnya ada juga pembaca yang dapat maklumat dan manfaat daripada penulisan tu kan. 

Walaupun sesetengah pengalaman aku masa belajar UUM tu berbeza sebab dulu aku di kampus, sekarang belajar online, tapi aku harap sesiapa yang baca tu dapat la gambaran jadi pelajar UUM ni macam mana. Nanti boleh doakan sekali pandemik COVID-19 ni makin kurang kritikal dan IPT dah boleh dibuka semula untuk kelas fizikal. Boleh la mereka alami hidup universiti macam aku, bahkan lebih meriah lagi. Aminnnn. Semoga perjalanan adik-adik tu semua dipermudahkan.

Kepada semua pelajar yang berjaya dapatkan tawaran UPU, selamat mengharungi hidup bergelar pelajar IPT. Untuk pelajar UUM pun, kuatkan mental anda dan cekalkan la diri  untuk belajar secara atas talian ya. Sebab UUM awal-awal dah umumkan yang semester depan pun akan guna medium atas talian. In fact, UUM umum lagi awal sebelum Kementerian Pendidikan Tinggi haha. Pelajar UUM pun diberi pilihan nak balik ke kampus ataupun tidak dan bukan semua diwajibkan pulang. Jadi siapa tidak cukup kemudahan belajar, boleh balik kampus. Siapa dah selesa di rumah, duduk rumah je. 

Bila UUM dah tetapkan awal macam tu, maka senang la pelajar takyah kalut nak cari pengangkutan, penginapan, dan barang keperluan untuk balik ke asrama. Semua boleh berlenggang di rumah masing-masing dengan tenang. Biarkan mereka yang mustahak nak balik kampus je balik. Cuma perlu simpan kalut anda untuk masa add kelas dan menghadap lecturer je sebab yang tu mencabar woh hahahahaha

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 6 comments

Add your comment

  1. zaman U adalah zaman paling best!

    ReplyDelete
  2. Selamat masuk universiti, adik-adik..hehe..rajin-rajin belajar ya, time uni time paling best :P

    ReplyDelete
  3. Bestnyaa dapat views laju!! Saya pun nak share pasal uni life tapi tak berkesempatan untuk tulis lagi huhu

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak, nak tanya. Roommate kita kan, dia dah tetapkan ke ataupun dia akan jadi roommate dengan orang yang beratur sebaris dengan kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Utk pelajar baru ni tak pasti pulak. Nak kata bagi random ikut siapa dalam barisan mcm tak tepat sangat, sbb mostly pelajar dapat roommate sama agama/bangsa utk lebih selesa pelajar beribadat. Dan mungkin ada yg akan dapat bilik sekali dgn senior yg takde roommate. Ikut nasib

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS