Masak tak jadi: Kek sarang semut kukus | NaSa
Assalamualaikum

Sebab dendam sangat dengan semut kan, sebelum raya Haji tu aku kutip sarang semut tu buat kek 😂

Ok gurau

Alkisahnya, haritu jiran depan ada bagi kek sarang semut kat rumah ni. Mama baru first time kot makan kek tu dan katanya suka pulak kek tu sebab tak berapa manis dan lembut-lembut gitu. Tapi kalau nak beli, tak pernah nampak orang jual kat sini so mama tanya la aku tahu ke buat kek sarang semut?

Plot twist, aku tak pernah makan kek sarang semut tu dan dah tahu yang aku takkan suka kek tu 😅

Dan aku juga jenis belajar resepi yang tekak sendiri boleh makan je, macam haritu gigih buat sardin gulung, beli bahan kek batik indulgence mahal nak mampos, pening pintal roti sosej, etc. My favourites only la. Sebab mentaliti aku macam buat penat je kalau masak benda yang aku tak makan huhu

Jadi memang aku tak tahu la cara buat kek sarang semut tu apatah lagi teringin nak belajar caranya.

Tapi haritu mama 2-3 kali tersebut kata teringin nak makan, haa rawan le hati anaknya takut kempunan. Maka kita pun tanya la pakcik Google nak kena guna bahan apa dan aku pun masuk la website Rasa ni.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu makan marjerin
  • 4 biji telur gred B
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 penutup botol esen vanilla

CARA MEMASAK:

Resepi ni boleh dimasak dengan cara kukus atau bakar dalam oven. Tapi rumah ni walaupun ada oven, takde soket elektrik khas untuk cucuk plug, maka aku kukus sebab tak sakit hati kalau suis tertendang.
  1. Cairkan gula dengan api sederhana hingga hangus, kemudian masukkan air panas sedikit demi sedikit. Kacau pada api perlahan hingga gula larut sepenuhnya.
  2. Masukkan marjerin dan kacau hingga larut dan sebati. Padamkan api dan ketepikan.
  3. Pecahkan 4 biji telur dalam satu mangkuk dan kacau hingga telur kuning pecah.
  4. Campurkan susu pekat dan esen vanila ke dalam mangkuk telur dan kacau sebati.
  5. Tuangkan air gula hangus ke dalam mangkuk telur dan kacau rata.
  6. Ayakkan tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder ke dalam mangkuk telur. Adun hingga sebati.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah dilapik dengan kertas minyak dan digris.
  8. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.
** Part masukkan air panas dalam gula tu scary betul la meletop-letop. Dah la gula pun jadi berketul. Nyaris guwe give up. Mujur diteruskan juga trust in the process kacau lama gila sampai larut 😂

AKU MEMASAK:


Emmm entah la kak tipah oi. Biasa la apabila kita paksa diri cuba buat benda yang kita takde minat ni kan, memang tipis la harapan nak menjadi tu. Sebaliknya, ia bertukar kepada KOMEDI 😅

Pertamanya, KEK SARANG SEMUT AKU SENGET YA!


Tak tahu nampak jelas atau tak dari gambar ni. Tapi sebelah kiri tu nampak fluffy dan tinggi sikit, sebelah kanan ada kesan garis hangus gitu memang rapat ke lantai loyang. Tak tau la aku kenapa senget.

Aku dah tenung paras dapur masa start kukus tu untuk pastikan dapur lurus. Trauma buat kek coklat cheese haritu sebab dah pernah kek senget sebelah kan. Tak sangka pulak tragedi tetap berulang.

Pakej adunan kek tu duduk bawah baking paper lagi. Tiris cemana entah 😂


Haa inilah bukti kesengetan yang paling nyata tu. Tak paham aku hahahaha

Selain kegagalan dari segi kek senget, lubang sarang semut dalam kek tu pun tak berapa jadi jugak aku tengok. Sebab ada lubang yang luas benorr. Dah rupa sarang tikus tanah, bukan sarang semut 😂


Tekstur kek pun gagal juga nampak gayanya.

Mungkin sebab waktu kukus tu aku cover loyang dengan aluminium foil kot? Sebab dah terbiasa dengan kek coklat kukus yang kena cover atas tu untuk elak titisan wap air jatuh atas kek dan sebabkan kek merekah. Tapi walaupun niat aku baik, hasilnya tu tak memuaskan pulak.

Bahagian atas kek tu jadi lembut dan lembik, sebijik macam kek coklat biasa. Bahagian bawah kek tu pulak, tekstur dia mampat padat gitu. Lubang sarang semut tu pun kecik-kecik je. Tak ada yang lubang bersaiz sekata atau lubang yang memanjang gitu.

Expectation nak yang macam gini la lubang banyak dan saiz sekata je.
Kredit: Blog Yaya Azura

Aku tengok contoh akak ni kukus kek sarang semut di Youtube tak cover pun loyang dia tu. Dan tekstur bahagian atas kek solid je, takde lembik-lembik macam aku punya. Tengok akak tu potong kek dia pun smooth je. Takde la bahagian kek yang lembik atas tu melekat di pisau.

Kredit: Youtube Fisya Sabri

Oleh sebab aku tak pernah makan kek sarang semut, jadi aku tak tahu la sama ada itu adalah perkara normal atau tu tandanya kek bantat tak jadi?

Jadi adakah aku salah sebab cover loyang tu? Atau aku tersalah guna api besar sebab tu kek naik cepat sangat sampai tak jadi? Sebab walaupun arahan kata sejam kan, kek aku ni masak dalam masa 45+ minit je sebab api besar (dan arahan resepi takde kata nak api saiz mana huhu)

Ke sebab aku tak peram dulu adunan kek tu? Sebab arahan lain ada je yang suruh peram sampai 2-4 jam sebelum kek tu dikukus atau dibakar. Jadi apakah faktor sebenar kegagalan ini??????

Sis konfius 😵

Tapi berita baik, kek ni walaupun pelik gini, mama kata sedap rasanya. Macam yang jiran bagi dulu.

Kebetulan kek ni siap sebelum mama kena pergi ke pusat dialisis, dia suruh aku bungkus dalam plastik sebagai bekal masa dialisis tu. Haa sempat la dia berbagi-bagi dengan staf dan pesakit lain di pusat tu. Kebanyakan feedback mak aku dapat, rasa kek tu dah okey tak berapa manis. Sesuai untuk orang tua.

Rasa lega juga dengar macam tu sebab aku pun  tak tau nak compare rasa kek tu macam mana. Kek yang aku buat ni adalah kek sarang semut pertama yang aku pernah cuba, jadi tak ada benchmark yang sesuai la untuk compare sama ada kek ni terlebih manis tak macam beli di kedai ke, kurang air ke, etc.

Satu lagi testimoni aku dapat, kena praktis sikit lagi untuk dapatkan bentuk sarang yang lebih cantik.

Kalau ikutkan, sebab aku tak makan kek ni, buat apa nak buat lagi sekali kan?

Tapi tu la sis pun memang jenis tak boleh kalau buat benda tak jadi ni. Rasa tak complete. Mesti nak cabar lagi sekali untuk tick-kan semua aspek yang gagal tu biar lulus semua. Macam kek coklat cheese haritu pun buat sampai dua kali jugak kan sebab nak kek yang sama tebal lapisan kek dan cheesenya.

Jadi sekarang timbul keazaman untuk cuba buat lagi sekali kek sarang semut ni. Tunggu la kau aku nak peram sampai 2-3 jam adunan kek tu, pastu guna loyang kecik sikit. Tengok ada perubahan ke tak.

Buat masa ni, sis tengah tunggu baking paper sampai dari Shopee.

Tapi tu la Shopee kan makin bermasalah sekarang ni sebab dah la makin kedekut, pastu paksa seller hantar guna Shopee Express je. Parcel aku tu seller dah pos pada hari yang sama aku bayar, tapi dah 3 hari ni takde update. Geram je. Padahal kalau aku boleh pilih guna JnT, 2 hari dah sampai ke rumah 🙄

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 3 comments

Add your comment

  1. takpe asal boleh makan sudah hehehee :)

    ReplyDelete
  2. rupa tak penting janji sedap hahahha, buat makan family je okay laaa... siapa yg kutuk rupa tak lawa tu sila buat sendiri gituuu

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS