Orang lain dah banyak beli parcel hijau sampai berkapal-kapal dari Pinduoduo (PDD) kan. Aku pula hujung tahun ni baru nak rasmikan haha. Bukan sebab prejudis 'barang murah dari China taktau berkualiti ke tidak'. Cuma sebelum ni rasa macam takde keperluan sangat, dan takde kesabaran.
Begitu la sifirnya kan. Nak beli murah, kena redha dapat lambat. Nak dapat cepat, kena sanggup belanja lebih sikit. Aku pula jenis tak kisah murah dan lambat, cuma produk tu kena betul-betul worth it la dengan penantian tu.
Dan lepas sekian lama tunggu ada sebab kukuh untuk survey Pinduoduo, akhirnya aku jumpa produk yang kena citarasa aku. Yang harganya murah daripada platform lokal, tapi nilainya bukan remeh sangat, dan kalau kena tunggu pun aku sanggup asalkan by hook or by crook aku dapat benda tu dan murah. Haa gitu.
Produknya adalah, ALAT-ALAT MEWARNA~ 🌈
Sebabnya... awal September haritu aku mula terjebak dengan hobi mewarna.
Ye la hari-hari duk repeat rutin sama rekod video untuk TikTok dan Shopee, edit dalam Capcut berjam-jam, pastu nak kena fikir caption masa pos kan. Walaupun kerja tu lebih ringan daripada kerja fizikal lain, tapi kesannya lama-lama otak rasa tepu. Asyik fikir pasal produk, produk, produk, content, content, content.
Jadi sebagai escapism elakkan burnt out, aku terasa la nak cari video pasal orang mewarna. Asalnya tengok sikit je, tapi algorithm duk push lagi ke FYP pasal buku dan teknik mewarna cantik-cantik. Kita pula tamak cemana. Terus semangat beli banyak buku dan alat mewarna 😂
![]() |
| Antara koleksi marker yang kita gigih kumpul duit untuk beli hehe |
Buku mewarna tu no problem sebab banyak pilihan murah-murah. Bab alat mewarna tu je mencabar kesejahteraan poket. Sebab aku jenis suka ada koleksi lengkap untuk mudah buat pilihan. Daripada pensel mewarna, alcohol marker, acrylic marker, pen warna warni, semua aku nak. Tapi tu la, duitnya mana?? 😂
Sampai la aku baca balik label manufacturer alat-alat mewarna yang aku ada dan apa aku jumpa?
'MADE IN CHINA'
Even alcohol marker jenama OHUHU yang mahal dan popular di USA tu pun terpampang label dan alamat pengeluar di China. Terdetik la aku, baik cari seller dari China terus kan. Dan platform yang sesuai adalah...?
![]() |
| Begitulah phone aku yang sebelum ni suci daripada PDD akhirnya ada app dia hehe |
Memula cari app PDD di Google Play Store tak jumpa. Tapi aku try tekan iklan PDD di Threads, keluar prompt boleh download di Mi Store. So tak risau pening nak baca ayat Mandarin di website dia. Tapi orang kata download dalam app Touch n Go pun boleh.
Dan hasil pencarian aku untuk alat mewarna, banyak brand yang aku nak tu MEMANG ada di PDD. Harga takyah cakap murah. Pilihan pun lagi banyak. Ada set/kombo yang reseller dari Malaysia tak buat, tapi seller China di PDD tu tawarkan so total setiap barang tu lagi murah. Memang rambang mata jadinya.
Tapi sebab jauh dan aku pilih untuk pos pakai kontena kapal kan (nak jimat shipping fees), aku tak beli yang mahal terus la. Kita mulakan dengan yang biasa-biasa dulu iaitu ACRYLIC GEL PEN.
![]() |
| Aku nak ni: Languo Acrylic Painting Gel Pen |
Actually aku dah ada set 36 warna untuk pen ni courtesy of sample TikTok. Tapi variasi warna set tu macam aneh. Pen kuning dan merah dapat 1 warna je, tapi hijau, biru, purple, kelabu ada 6 shade. Tak ke pelik? 😂
Mujur brand Languo ni ada jual set untuk warna spesifik macam kuning/merah/pink/etc sahaja. Tapi harga di platform Malaysia ni agak mahal la. Satu set (6 batang) RM11. So alang-alang Payday Sale haritu, aku saja la survey di PDD dan wow, ada voucher! Satu set tu jatuh RM3+ je.
Aku nak 6 set, total baru RM21+. Jimat berganda-ganda. Auto la masuk wishlist dan checkout kann~
![]() |
| Pilih pakai Sea shipping sebab Air agak mahal dan ada lagi caj tambahan SST. Kalau takde SST tu, boleh je kita tambah sikit bayar Air shipping bagi cepat sikit sampai 😂 |
![]() |
| Total 6 set pen + SST = RM23.58 lepas tolak voucher |
![]() |
| Total bayaran guna Touch n Go = RM23.57. Taktahu kenapa dia tak ambik lagi 1 sen macam PDD tu 😅 |
Nyaris terlintas nak pilih cara bayaran Cash on Delivery (COD). Tapi tu la cemana pula kurier Malaysia nak transfer ke seller China sana nun. Tak semua ada WeChat sekarang kan. Bukan macam dulu yang ramai terjebak chat stranger guna app hijau tu haha
Rezeki juga la semua 6 order aku tu ada orang lain join beli sekali dalam satu group within tempoh yang diberikan. Sebab aku baca kalau benda tu kita sorang je beli dan takde orang yang join group tu sebelum habis masa, dia akan cancel dan refund. Kena cari kedai lain yang boleh beli individually tapi mahal sikit. Tak mau ah camtu haha
Rezeki juga la semua 6 order aku tu ada orang lain join beli sekali dalam satu group within tempoh yang diberikan. Sebab aku baca kalau benda tu kita sorang je beli dan takde orang yang join group tu sebelum habis masa, dia akan cancel dan refund. Kena cari kedai lain yang boleh beli individually tapi mahal sikit. Tak mau ah camtu haha
Dengan ini, bermulalah waiting game kita.
Sama-sama kita nantikan sama ada pen tu semua selamat sampai, atau tenggelam dalam laut China Selatan sana. Setakat ni status dalam app PDD tu kata barang dah shipped out dan menanti transit untuk ke consolidation warehouse. Tempoh nak sampai tu antara 2-3 minggu juga la kan.
Who knows, nanti sampai ngam-ngam jadi hadiah Krismas pulak untuk aku? 😂
Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.













Add your comment
Komen anda akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘
Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘
Thank you for reading ❤