Bukan sihat, cuma tak mampu | NaSa

Bukan sihat, cuma tak mampu

in , by NaSa, November 26, 2026
Sepanjang zaman belajar dulu kan, which was dari sekolah rendah sampai la ke IPT, aku rasa mungkin la kawan-kawan ada satu misconception pasal diri aku disebabkan satu habit ni, iaitu minum air kosong.

Sebab kalau ke mana-mana, aku biasanya bawa air kosong sendiri atau beli air mineral. Memang aku dan botol air besar tu berpisah tiada. Minuman manis beli kadang-kadang, cari yang harga RM2-3 segelas di gerai tepi-tepi jalan kalau outdoor, atau beli di foodcourt kalau dalam bangunan. Ada juga waktu yang kalau order makan, tak order air sebab dah bawa air kosong sendiri.

Memang ada la beberapa kawan yang kata tu habit aku sebab pentingkan kesihatan. Walhal hakikatnya...


Kita sebenarnya takde duit je ðŸ¤­

Masa sekolah rendah, duit poket aku sekitar 50sen hingga RM1. Mujur waktu tu ekonomi masih murah so cukup juga la beli makanan. Masuk sekolah menengah baru merasa RM3 sehari untuk 2 tahun pertama. Tahun yang ada kelas tambahan untuk exam besar PMR dan SPM, baru naik RM4-5.

Pecahan bajet aku masa tu:
Pagi kadang-kadang beli sarapan RM1
Waktu rehat beli nasi RM2@3
Sebelum kelas tambahan beli alas perut RM1@2

Air manis murah masa tu. Seingat aku teh 'o' ais 80 sen, teh ais RM1.20. Kawan-kawan selalu beli sebelum kelas tambahan petang. Nampak sedap tapi tu la baki duit kita mampu salah satu je: antara air dan makanan. So baik utamakan beli makanan supaya tak lapar dan mudah fokus dalam kelas.

Kalau aku beli pun, air batu kosong yang harga 20 sen tu. Sebab boleh isi air sejuk tu dalam botol dan sangkut plastik berisi ais tu di tepi meja. Lepas ais tu cair, dapat la extra air sejuk yang boleh isi dalam botol lagi. So dengan bajet 20 sen, aku dapat refill air 2 kali. Jimat kan 😂

Sampai ke IPT terbawa habit beli air kosong ni dan dari situ tu la kawan-kawan bagi jolokan "sihat" kat aku. 

Roommates zaman kolej selalu beli air paper bag gini RM5. Air banyak, ais lambat cair. Diorang boleh simpan untuk minum sampai malam. Sekarang aku pernah try beli sesekali tapi biasa menyesal sebab rasa air gula je lebih. Syukur la dulu tak FOMO 😅

Tapi kalau ambilkira umur masa tu, tipu la kalau takde rasa teringin nak air sedap-sedap kan. Lebih-lebih lagi kalau tengok rakan sebaya beli hampir hari-hari. Sedikit sebanyak memang terliur. Tapi lama-lama jadi macam terpahat dalam diri ni yang air berperisa ni satu luxury. Kalau takde keperluan, tak perlu beli.

And for some reason, sebab minuman 'mahal' yang popular tapi aku tak mampu dulu adalah teh ais, sekarang aku macam ada satu aversion yang buat aku elakkan beli teh ais. Tapi air lain takpe pulak tau haha

Sebahagiannya sebab preference. Dah sekian lama tak pernah minum so deria rasa lidah aku ni tak terliur la walaupun tengok teh ais tu warna cantik, letak topping aiskrim, buih pekat melimpah macam teh ais madu tu.

Sebahagiannya sebab conditioned response. Tengok teh ais auto jadi takde rasa. Orang bagi free pun aku "no, thanks". Sebab seolah-olah nampak balik waktu zaman takde duit tu, macam mana aku berdiri belakang kawan-kawan yang excited order teh ais sedangkan aku beli air batu kosong hahah. Sedih juga bila ingat balik.

Minuman branded pertama aku, Chocolate Frappe Starbucks. Paling mahal juga sebab RM18+ segelas. Walaupun kaklong belanja, tapi aku masih tak boleh justify harga tu huhu

Dan respon ni pun applicable untuk air yang lagi mahal-mahal. Macam dulu masa Coolblog tengah naik, kakak aku selalu kumpul duit RM5 dan singgah beli lepas balik sekolah. Tapi aku tak pernah order. Satu sebab tak minat dengan topping dia. dua sebab harga. Ye la sedangkan teh ais RM 1.20 pun rasa mahal masa zaman sekolah tu, air RM5 apatah lagi kan.

Sekarang apabila naik brand lain macam ZUS, Tealive, Coffee Bean, etc, pun belum jejak. Teringin, tapi tu lah.

Bukan pick-me. Cuma kalau dulu tak mampu sebab kewangan, lepas ada duit ni 'tak mampu' beli sebab mental tu pula yang tersekat. The thought of spending lebih RM8 untuk segelas air macam gigil tangan sayang nak bayar tau. Rasa macam baik beli nasi. Tapi biasanya aku jadi golongan "baik buat..."

Apa-apa minuman yang nampak fancy dan kena dengan citarasa, aku cari resipi di Google dan Tiktok. Rasa lagi tenang dan berbaloi sebab nanti boleh buat lebih sekali. Tak sedap pun kita boleh adjust sampai jadi. Daripada beli mahal pastu orang lain tu buat tak sedap. Mau 7 hari 7 malam geram. Kitanya kedekut ðŸ˜‚

Antara bahan yang aku beli untuk cuba buat sendiri Pistachio Matcha Latte macam yang viral haritu. Rasa not bad la. Baki lebih tu boleh buat resipi lain lagi. Puas hati kat situ haha

Daripada kegigihan untuk buat air ni la, Alhamdulillah taste lidah aku dah jadi makin terbuka kepada banyak variasi. Kalau dulu asyik air basic macam teh o ais atau milo ais je kan. Jemu jugak aku pun.

Tapi sekarang aku dah okey untuk cuba pelbagai minuman. Contohnya, mango milkshake, Thai green tea, matcha, kopi santan. Banyak la yang aku cuba buat dan ended up suka, rasa nak repeat buat lagi. 

In fact, teh ais pun aku dah belajar minum tau ðŸ˜†

Variasi yang diolah sendiri untuk tiru macam kedai punya: Thai Milk Tea Vanilla Float

Walaupun aku masih tak beli teh ais di kedai, dan yang aku buat ni pun daripada serbuk premix, bukannya bancuh teh dan campurkan sendiri dengan susu pekat, tapi boleh la tu kan sebagai satu langkah kecil untuk terus ke hadapan dan embrace teh ais sebagai satu minuman yang sinonim dengan masyarakat Malaysia. Bukan lagi memento kisah sedih zaman kecik dulu ðŸ¥°

Tapi apa-apa pun aku syukur sebab kesusahan masa tu la yang besarkan aku jadi jimat dan lebih kreatif untuk puaskan craving sendiri ni. Berbanding life anak-anak zaman sekarang, ekonomi dah la keras sebab kos sara hidup lagi tinggi. Godaan pun lagi kuat sebab banyak brand air yang best-best tapi mahal. Kena betul-betul kuat jati diri kalau nak elakkan terjebak FOMO rakan sebaya tu huhu

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Buat sdiri puas la minum.. Air manis Zaman skarang mmg belas2 .. Skali skala Okla... Kerap minum mmg bertabahla duit mengalir

    ReplyDelete

Komen anda akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS