Keputusan semester 6 dah tiba!! | NaSa

Keputusan semester 6 dah tiba!!

in , , , by NaSa, August 23, 2021
Assalamualaikum

Berita besar~
BERITA BESAR!

Tahukah anda? 

Pada tarikh bersejarah 23 Ogos 2021 hari ini, UUM dah keluarkan keputusan peperiksaan akhir untuk semester A202 yang lepas. Memula ingatkan lambat lagi nak keluar tau sebab sem-sem lepas macam lambat. Alih-alih Jumaat lepas, tengok ada kawan dah pos di status Whatsapp pasal gambar hebahan tarikh keputusan peperiksaan yang HEA UUM pos di Facebook. Terus berdebar sister jadinya. 

Sangat sesurpris ye pengumumannya.

Ada tiga tarikh ditetapkan untuk pengumuman keputusan tu tapi sebab sem lepas kan aku dah habis sem 6, jadi istimewa sikit la boleh terima emel keputusan tu pada hari pertama iaitu 23 Ogos. Kalau junior sem 1-4 kena tunggu lagi sehari 24 Ogos. Tabah la tanggung cuak ekstra ye adik-adik hehe

Tapi walaupun dia kata 4 petang baru keputusan untuk pelajar sem 5 dan 6 dihantar kepada emel masing-masing, aku dapat emel tu awal sikit pukul 3.23 petang. Hasilnya, Alhamdulillah~~

Masih mengekalkan streak dekan untuk setiap sem.

Syukur sangat. Setelah beberapa bulan berhempas-pulas, hari-hari bergelut dengan burnout sebab malas teramat nak jadi rajin, berbatang-batang pen habis jawab kuiz dan test, berpuluh jurnal baca untuk buat report, akhirnya dapat la CGPA naik sikit jadi 3.93 daripada 3.92 sem lepas. Semoga tercapai hasrat saya nak graduate kelas pertama dari UUM supaya tak payah bayar PTPTN :)

Sayang sikit nampaknya sem ni pun tak dapat juga 4.0 pertama. Memang setiap sem ada je subjek sangkut dapat A- atau B+ tau. Dengki betul dengan cita-cita sis 😂 Tapi untuk subjek Strategic Management ni aku memang dah redha pun sebab subjek ni yang paling stres. 

Kuiz ada 6, case study 3, setiap satu tu anak soalan minimum 5, semua kena tulis tangan minimum 100 perkataan dalam masa ditetapkan dan kena snap gambar upload di portal. Cramp tangan 😂

Tu yang aku habis 2 batang pen tu. Nak dijadikan cerita lagi, dan-dan masa tu kerajaan buat PKP tak bagi buka sektor selain keperluan asas tu. Tak pasal-pasal aku tak boleh beli pen di pasar raya sebab seksyen tu kena sita. PENYUDAHNYA KENA ORDER DI SHOPEE!!!! Banyak betul cabaran COVID ni 🤣

Cantik timing nak habis kan hahaha
Memang kenangan luar biasa betul. Ye la bila lagi kau nak jawab kuiz tapi pergi pasar raya tak boleh beli pen sebab bahagian alat tulis kena sita? Hanya di musim PKP je benda ni mampu terjadi hahaha

Selain itu, satu lagi berita baik hari ini adalah aku dah mulakan latihan industri (LI). Walaupun awal sikit daripada tarikh yang UUM tetapkan dan cuma boleh dikira sebagai kerja part-time dulu, aku tak kisah sebab masa cuti ni aku memang agak bosan. 

Ye la dah 3 sem belajar dalam bilik je. Pastu cuti pun duduk di rumah. Gila tak bosan. Kalau sebelum COVID boleh juga aku ikut mama abah merayap ke Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Pengkalan Kubor, in fact boleh buat border pass naik feri pergi Thailand. Tapi dah PKP ni rentas daerah pun tak boleh, apatah lagi rentas sempadan negara. Mereput je la di rumah.

Jadi bila company tanya boleh masuk awal atau tidak, aku setuju je la. Sekurang-kurangnya ada juga benda yang nak dibuat hehe. Insya Allah akan kucuba kerja sebaiknya sebagai penamat untuk sesi belajar di UUM ni. Doakan daku agar urusan dipermudahkan ya. Stay safe semua ❤

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 5 comments

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS