[REPUBLISH] GIVEAWAY #1 by AisyahNizam | NaSa

[REPUBLISH] GIVEAWAY #1 by AisyahNizam

in , by NaSa, September 14, 2021
Assalamualaikum

Klik sini untuk join πŸ˜€
Aku ada masa terluang sikit jadi saja jalan-jalan singgah blog yang tak pernah ditemui sebelum ni. Mana tahu ada kenalan baru kan. Sambil berjalan tu, masuk blog saudari Aisyah Nizam ni dan nampak beliau ada anjurkan satu giveaway. Macam menarik hadiah yang ditawarkan kepada pemenang sebab yang bertuah akan dapat Ikan Bilis Salted Egg.

Selama ni aku pernah dengar pasal salmon skin je yang ada perisa salted egg. Viral kan sebelum ni sebab sorang selebriti jual, habis selebriti lain pun berlumba keluarkan produk salmon skin salted egg masing-masing, belum termasuk peniaga lain lagi. Tapi aku tak pernah cuba pula produk salmon skin tu sebab bagi aku agak mahal. Jadi mampu tengok iklan je la walaupun terliur haha

Jadi bila saudari Aisyah letakkan banner tu yang ada gambar ikan bilis perisa salted egg, tertarik juga sebab baru pertama kali aku dengar pasal snek ni. Sesuai la dengan label di packaging dia tu "Pertama di Malaysia." Jadi selama ni memang tak ada orang buat lagi la ikan bilis perisa salted egg. Dari maklumat saudari Aisyah, ada 2 perisa iaitu original dan spicy. Wahh dah macam ayam KFC pula πŸ˜‹

Aku dah la suka jajan savoury pedas-pedas ni. Almaklum lidas suka makanan pedas. Kalau menang snek ikan bilis ni pun best juga sebab setakat ni memang tak pernah lagi makan sebarang jajan perisa salted egg. Paling-paling pun aku pernah cuba menu ayam goreng KFC yang Golden Egg Crunch tu konon perisa salted egg sangat. Padahal rasa ayam tu tak ubah seperti ayam goreng kari yang dia pernah buat sebelum ni tapi nama lain hahahah. 

Kalau anda ada masa lapang, ayuh la meriahkan giveaway saudari Aisyah Nizam ni. Syarat-syarat pun mudah je. Giveaway ni dibuka hingga 30 September 2021 ya. Nak join boleh tekan je caption banner atas tu. Kepada sis Aisyah, selamat maju jaya 😊

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 18 comments

Add your comment

  1. Macam menarik ja. Semoga berjaya dan selamat bersegmen :D

    ReplyDelete
  2. Wah, menarik ni. Boleh lah join. Tq for sharing😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're welcome. Ayuh la masuk boleh la meriahkan lebih ramai lagi hehe

      Delete
  3. Menarik! All the best. Tunggu jap nak join sekaki!

    ReplyDelete
  4. Wahh rare hadiahnya tu. Semoga ada rezeki awak dapat hadiahnya. Btw, terima kasih sudi singgah blog saya. Dah pernah singgah dan follow blog ni sebelum ni. Salam kenal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fiza. Ahhh adakah saya yang terlepas pandang untuk followback sebelum ni? Maaf sangat dan terima kasih juga sudi singgah 😊

      Delete
  5. All the best! Nanti akak nak join jugalah.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. Nasa, terima kasih join giveaway pertama Aisyah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Sama-sama, Aisyah. Semoga maju jaya giveaway nya 😊

      Delete
  7. jalan-jalan dari giveaway yang sama

    https://www.mialiana.com/2021/09/giveaway-1-by-aisyahnizam.html

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS