NaSa

[REPUBLISH] Giveaway Sii Nurul

in , , by NaSa, February 08, 2021
Assalamualaikum


Bismillahirrahmanirrahim...

Ni segmen pertama tahun 2021 yang aku akan join sebagai tanda sokongan kepada rakan blogger Saudari Nurul hehe. Kalau check senarai entri aku, boleh tengok yang aku memang jarang sikit join segmen kan. Almaklum ada kekangan sikit nak aktif dalam blogging dan nak blogwalk jengah blog kawan-kawan blogger. Sebabnya takde internet di rumah kecuali mobile data yang agak terhad.
Assalamualaikum
Haa nampak sedap tak? Nampak sedap tak?
Memandangkan cuti semester dah bermula, maka aktiviti masak-masak dan menjahanamkan dapur mama pun agak rancak la nak bermula sebab banyak masa lapang kan 😇

For the first part untuk cuti ni, aku balun buat donat dulu. Alang-alang haritu aku nampak sape entah share gambar donat gebu-gebas di twitter. Terliur aku. Tapi nak beli takde duit. Pastu kalau beli pun belum tentu sedap dan berbaloi dengan harga kan. Baik buat sendiri lagi puas hati. Aku pun dah belajar buat donat sejak 2014 kot. Reti aih aku uli doh sendiri hehe

Dan Semester 5 Pun Berakhir...

in , , , by NaSa, February 04, 2021
Assalamualaikum

SELAMAT TAHUN BARU 2021!!! Walaupun kita dah masuk bulan Februari 😂😂

Dalam tengah-tengah kalut pandemik kobid nainting ni, Alhamdulillah selamat juga satu semester pembelajaran atas talian ni berakhir. Tapi selamat tak berapa selamat juga la. Nak perabih satu sem ni rasa serupa nak drop semua benda nak tidur tak bangun-bangun dah. Pebende entah la aku buat satu sem ni. Rasa serupa bercakap dengan dinding je banyak daripada belajar lol
Assalamualaikum


Apa khabar, kawan-kawan?

Tak sangka kita dah semakin beranjak meninggalkan tahun 2020. Tahu-tahu dah masuk bulan November. Maksudnya tinggal sebulan lebih je sebelum kita memasuki tahun 2021 dan tinggalkan tahun yang penuh suka duka ni. Rasanya lebih kepada duka sebab kusangka boleh jumpa kereta terbang, rupanya corona. Ke laut Wawasan 2020nya. Dugaan Tuhan hmm

Masak-masak: Sardin Bergulung

in , , , by NaSa, October 23, 2020
Assalamualaikum

Aku kan...tak ingat dah bila kali terakhir aku makan sardin gulung. Sebab rasa macam kali terakhir tu mungkin tahun lepas kot. Tapi rasa macam awal tahun haritu mungkin ada juga abang ipar atau abah aku belikan. Cumanya sardin gulung tu biasanya tak sedap sangat pun. Sebab tu kot memori aku berusaha untuk lupakan kewujudan pengalaman tersebut hahaha

Terima Kasih, Sejuta Mata!

in , by NaSa, October 13, 2020
Assalamualaikum

Credit: Capturly

Siapa sangka, dalam pada aku duk on off kejap update blog 2, 3 kali berturut-turut, kadang aku cuti tak jamah kehboard berbulan-bulan, tak sangka berjaya juga aku cecah milestone yang aku tak pernah termimpi pun boleh dapat. Sebab tahukah anda, pageviews untuk blog cikai aku ni akhirnya berjaya mencecah angka 1,000,000? 😄🎉

Kisah Aku, Cyst, dan Hormon: Bahagian 3

in , , by NaSa, October 03, 2020
Assalamualaikum

Tak sangka pula bersambung lagi kisah ni. Ingatkan lepas habis ubat dari Klinik Raudhah di Changlun dulu, InsyaAllah dah tak ada masalah. Tapi dugaan, dia buat comeback pula lepas 3 bulan senyap je. Maka, tiba la kita ke bahagian 3 ini.

Sebelum tu bagi siapa yang tak tahu, baca la dulu 2 bahagian terawal di bawah:
Kisah Aku, Cyst, dan Hormon: Bahagian 1
- macam mana aku mula sakit perut dan akhirnya disahkan ada cyst dalam ovari
Kisah Aku, Cyst, dan Hormon: Bahagian 2
- pengalaman dan kesan lepas makan ubat selama sebulan terhadap cyst tersebut

Minggu Suai Kenal (MSK) UUM: Finale

in , , by NaSa, October 01, 2020
Assalamualaikum

Ini adalah bahagian terakhir cerita pasal minggu orientasi masa mula-mula masuk UUM dulu.

Lama gila kan baru nak update. Padahal aku dah nak masuk tahun ketiga di UUM ni hahah. Sorry la aku tak ingat pula ada lagi sambungan ceritanya. Sebab majlis ikrar masa hari ketiga orientasi tu dah rasa macam event paling besar buat penutup minggu orientasi. Hakikatnya bukan pun lol
© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS