Khamis hari tu kalau tak silap. Fatin dengan Narfa plan nak pergi sickbay jumpa matron lepas habis lunch. Masing-masing gatal kat kaki dan gatal kat tekak. Aku aje yang gatal nak menyendeng sekali even though sihat walafiat tak ada penyakit. Saja je sebab malas nak jalan kaki balik sorang-sorang. Pergi bertiga, balik pun kena la bertiga. Kata one for all, all for one. kahkahkah...
Assalamualaikum.
![]() |
| Bunga apa yang hamil tu?? Kredit gambar: Garden Design |

Handmade Beaded Curtains
by NaSa, October 13, 2013
Kisah bermula masa berbual dengan Narfa haritu. Pasal pintu. Pintu yang menghubungkan common room dengan bilik kitorang. Kosong sangat bahagian tu. Dan dalam bicara kami, terkeluar pula pasal idea masing-masing nak hias bilik sendiri. Kat rumah la, bukan kolej.
Satu benda yang Narfa cakap, beaded curtains. Gantung atas pintu biar jurai-jurai warna-warni. Cantik jugak. Cadang nak beli gantung kat pintu yang agak kosong tu. Tapi ongkosnya agak boleh melubangkan poket. Kami-kami ini memang orang takdak banyak duit.







