Agak lambat kami nak join trend memiliki air fryer dan masak 1001 resepi dengan benda tu kan. Tapi takpe sebab yang penting AKHIRNYA AKU ADA AIR FRYER. Tu pun lepas sekian lama berdebat berdebik dengan kakak aku sebab tak tahu nak beli jenama dan kapasiti macam mana untuk letak kat rumah ni. Dia nak yang jimat, aku nak yang smart. Macam-macam hal haha. Tapi hasilnya, terimalah...
![]() |
| Deretan barang elektrik di dapur. Cantik pula tersusun. |
Aku memang dah lama nak air fryer. Tengok orang guna macam best je sebab boleh buat banyak fungsi seperti grill, bake, dan goreng hanya dengan satu alat. Tapi masa tu rasa macam takde keperluan dan takut bil elektrik mahal. So kita kuburkan dulu niat tu. Tahun 2026 ni baru merasa wishlist tercapai.
Tu pun sebab anak buah aku kan ada mild autism. Antara comfort food dia adalah French fries, tapi doktor tak galakkan sangat dia makan processed food, apatah lagi yang goreng berminyak gitu. Sebab tu kakak aku ajak beli air fryer. Tambah pula nanti nak puasa kan. Mudah sikit nak masak. Aku pun apa lagi, bagai orang mengantuk disorongkan bantal la. Memang kita ONZ.
![]() |
| Ni rupa bentuk dia depan-depan |
Yang aku beli ni jenama KHIND, model ARF3000. Kapasiti 3.0L, tak kecik tak besar. Just nice je untuk isirumah kami sekarang yang cuma tinggal 4 orang: aku, kakak, abah, dan anak buah.
Aku beli masa promosi di Shopee. Dapat la bawah RM250 termasuk shipping. Walaupun ada brand lain yang lebih murah, tapi sebab keselamatan ni paling utama untuk barang elektrik, kami tekankan brand yang sah ada cop SIRIM dan sijil berkaitan. Lagipun benda ni kan nak guna untuk jangka masa lama.
Kebanyakan brand yang murah tu memang lawa dan murah (ada yang 6.0L bawah 200 koghase?). Tapi sebab aku pernah beli periuk elektrik yang dia claim ada SIRIM tapi lepas sampai tu langsung takde stiker SIRIM, aku insoff hahahaha. Biar la bayar mahal sikit asalkan kualiti tu ada.
![]() |
| Smart kan ada digital screen |
Model KHIND ARF3000 ni sebenarnya design lama. Official shop KHIND sendiri dah tak jual. Aku beli ni pun di kedai distributor. Tapi macam mana aku masih boleh terpikat dengan model yang ni?
Atas cadangan kawan di Threads sebenarnya. Sebab dia tunjuk model yang sama ni dia dah guna sejak 2019 lagi dan masih gagah diguna. Jadi masuk 2026 ni dah umur 6 tahun air fryer dia. Kan tahan tu. Dan aku pun tak ada preference yang ketat. My main criteria hanya satu, aku nak ADA SKRIN DIGITAL!
Sejujurnya it's only for aesthetic purposes. Sebab aku kan suka buat video untuk affiliate. Makanan adalah salah satu niche video aku so kalau tunjuk kita masak guna air fryer yang boleh tekan-tekan skrin je, kan smart tu? Boleh la feeling a bit T20 in my little B40 home ๐
Tapi model air fryer lain yang ada skrin digital semua kakak aku reject sebab dia kata besar sangat (4.0L ke atas). Model lain yang kecik tu pulak sama ada jenis pusing knob atau yang brand aku tak nak. Pening pale uii. So bila kawan Threads tu tunjuk model yang dia guna, it's just perfect! Thank you, Marina ๐
![]() |
| Kita test masak nugget tempura ๐ |
Lagi satu kenapa aku nak skrin digital, sebab biasanya model gini dah ada pre-set program untuk makanan yang kita biasa buat. Tinggal pilih makanan apa kita nak masak pastu tekan START. Tak kena pening nak fikir makanan ni kena set suhu dan masa berapa? Agak jimat masa la bagi aku.
Dan model KHIND ARF3000 ni pun sistemnya dah ada 8 preset, termasuklah untuk nugget dan fries frozen, defrost, dan ayam bakar. Nak ubah apa-apa, boleh tap butang kat skrin tu je.
SUHU: Minimum 60. Maksimum 200
MASA: Minimum 1 minit, Maksimum 60 minit
![]() |
| Untuk nugget dah ada pre-set tapi aku lupa dan terguna pre-set fries hahahaha |
![]() |
| Lepas separuh masa, elok je bahagian atas masak. |
![]() |
| Hasil bahagian bawah lepas aku balikkan nugget tu |
Walaupun tersalah pre-set dan kulit nugget melekat sikit di jaring dia sebab aku tak ingat ada baking paper untuk alas, tapi elok je hasil masakan dia. Kulit nugget crispy dan isi nugget pun juicy betul-betul macam deep fry dalam minyak. Jaring tu pun mudah je cuci sisa makanan. I'm impressed! ๐
Oh aku lupa nak cakap, pembelian air fryer ni akan dapat sekali aksesori percuma iaitu:
๐ธPengepit makanan (stainless steel)
๐ธLoyang kek
๐ธBuku resepi
![]() |
| Ngam-ngam nasi pun dah masak so kita makan ler dulu˜ |
I have a looooong recipe list nak cuba masak guna air fryer ni tau. Antaranya roti kopi ala Rotiboy tu. Dah lama teringin nak try tapi rumah ni dah takde oven. Bagi kat kaklong ganti dia punya yang rosak. Tapi kalau oven tu ada kat rumah ni pun takleh guna. Kuat tarik api sampai tertendang suis utama. Tapi air fryer ni elok je takde tendang apa-apa so inilah masanya untuk penuhi impian aku!
Pastu kan, aku pun teringin nak join cuba resepi Khairul Aming untuk puasa tu. Teringin nak tahu sama ada aku akan masuk kategori orang yang guna audio "Saya buat tak jadikkkk" atau "Saya buat jadikkk" hahaha. Rasa cam tambah bersemangat pula nak masuk bulan puasa ๐ช
Looking forward to trying out more cooking with this air fryer. Nanti kalau ada resepi apa-apa yang aku buat, Insya Allah aku update sekali dalam blog ni. Kita meriahkan semula segmen masak-masak aku yang dah lama bercuti hehe
Bye dan Assalamualaikum.













Add your comment
Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya ๐
Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then ๐
Thank you for reading ❤