Lama diam, ke mana menghilang? | NaSa

Lama diam, ke mana menghilang?

in , by NaSa, January 07, 2026
Assalamualaikum

Persoalan ni menjadi tanda tanya bukan kepada korang, tapi kepada aku sendiri sebab aku pun pelik yang sepanjang 2 tahun lepas, jarang betul aku singgah di sini. Tahun 2024 aku cuma sempat menulis sekali, itu pun update berita pemergian arwah mama. Tahun 2025, 3 kali je pos. Kononnya lepas beli tablet baru, nak lebih rajin menulis. Tapi tu la. Kelauttttt˜

So apa benda yang sibuk sangat sampai aku tak dan-dan nak singgah di blog ni?

Jawapannya, semestinya sibuk mencari duit 🙈🙈

Kita kan dah habis zaman kegemilangan duit elaun MARA masuk tiap-tiap bulan di KPMAM. Takde juga duit 2 kali setahun daripada PTPTN masa di UUM. Duit sumbangan PAMA dan kaklong pun tarakkk. Semua guna duit sendiri dah sekarang. Sedihnya jadi dewasa haha

Cumanya cara aku cari duit tu mungkin tidak la se-gah yang orang akan sangka daripada graduan kelas pertama.

Sebab aku tak kerja pejabat. Pagi-pagi tak pakai formal attire gantung lanyard di leher untuk pergi clock in swipe kad. Tak juga ada rakan sekerja. Sebab kita WFH je guna phone.

Tapi bukan sindiket scam tau.

Lebih tepatnya, aku jadi affiliate di platform TikTok dan Shopee. Buat video untuk pelbagai jenis produk untuk dipos ke pelbagai platform media sosial dengan harapan ada la orang beli dan tersangkut sedikit komisen waima sesen dua.

Antara video untuk produk-produk yang pernah aku hasilkan:

Produk skincare: Both local and international brands
Ye la kita wanita mana berpisah dengan kecantikan. Dah dulu aku pun ada juga duk review produk skincare dalam blog ni, memang la aku kembangkan kepada review berbentuk video pula. Niche sama, medium je berbeza.

Produk berkaitan mekap: Makin mendonia kita haha
Dulu kita tak mekap sebab nak beli skincare rawat jerawat pun tak mampu kan. Tapi Alhamdulillah melalui affiliate ni dapat la peluang untuk cuba sample dan beli produk daripada pelbagai brand. Akhirnya boleh merasa jadi waniter yang makin lawa haha 

Yesss aku terjebak minat matcha hehe
If you think matcha rasa rumput, bagi aku sedap je nyah. Ye la masa nak rawat jerawat merkuri dulu aku dah terlebih dahulu telan pure green tea kosong, minum apple cider vinegar, makan garlic, dan banyak la. Setakat matcha ni, apalah sangat. Lidah aku tak kisah pun. Rasa sedap berlemak lagi 😂

_________

Mungkin bagi orang lain, bidang ni bukanlah a real job.

Atau mungkin rasa sayang sebab belajar tinggi tapi buat kerja yang tak bergaul dengan manusia dan duduk rumah je.

Pastu kitonyo single. Bukan surirumah yang saja-saja pos video cari income tepi selain nafkah daripada suami. So boleh ke survive tuuu?

Tapi bagi aku, sebenarnya bahagia dan tenang juga kerja sendiri begini.

Plus aku pun bukan ada komitmen hutang besar yang nak kena settle bulan-bulan. Shopee Pay Later je ada sikit-sikit. So living small like this feels peaceful. Dan aku suka sebab ada lebih fleksibiliti dari segi masa. Boleh tetapkan sendiri jadual harian mengikut keperluan.

Kawan-kawan yang dah lama kenal aku akan faham kenapa aku pentingkan fleksibiliti masa. Sebab dulu kan arwah mama yang menghidap kerosakan buah pinggang selalu sakit. Selang berapa bulan ada je waktu kena masuk hospital dan bermastautin dalam wad sampai berhari-hari. Pastu ada temujanji di hospital dan klinik.

Maka siapa yang kena meneman?

Si anak perempuan bongsu ni la hehe. Sebab duduk serumah, single takde suami dan anak yang nak kena layan, kerja pun tidak melibatkan ramai manusia lain yang akan menyukarkan urusan cuti.

Alhamdulillah disebabkan fleksibiliti itu la, aku dapat peluang untuk jaga arwah sampai hari terakhir arwah hembuskan nafas terakhir di hospital. Satu benda yang aku sebolehnya tak nak sebab who wants to be the bearer of such bad news? Tapi dah Allah takdirkan orang itu adalah aku. Mampu redha je la 🥲

Dan sekarang lepas arwah dah tak ada, mungkin orang akan rasa inilah waktu untuk aku tebarkan sayap di tempat lain pula kan. Tapi aturan Tuhan, kehadiran aku masih diperlukan di kampung halaman ni lagi.

Sebab anak buah aku yang ketujuh (daripada kakak kedua aku) baru disahkan oleh doktor pakar sebagai kanak-kanak Autism (ASD), lepas 2 tahun ulang-alik klinik dan hospital untuk pantau milestone dia yang tak sama macam kanak-kanak tipikal. Sebab di usianya masuk 4 tahun sekarang pun, dia masih nonverbal.

Hari-hari memang kami dengar bahasa alien je dari mulut dia haha. Ada sesetengah je perkataan yang kami faham kalau dia sebut sebagai isyarat untuk benda yang dia nak. Macam "kuk kuk" untuk minta buka pintu, "mak" untuk minta suapkan dia makan. Selebihnya, Allah saja yang tahu apa yang dia babble tu. Belum campur dengan bab tantrum lagi.

Alhamdulillah Allah masih permudahkan ujian dia dengan autism kategori Mild. Cumanya banyak la temujanji hospital yang dia kena pergi. Fisioterapi, cara kerja, speech therapy, jumpa pakar telinga, pakar mata, dan latest ni pakar gigi, pakej tengah tahun ni nanti ada surgery mulut pulak huhu

Jadi kerja aku tiap-tiap bulan memang akan teman kakak aku bawa anak buah tu ke semua temujanji. Bapaknya? Seperti Chipsmore. Sejak bercerai tu berapa kali je tanya pasal dan datang tengok anak. Pastu hilang semula. Lantak dia la. Nanti lepas anak buah ni improved dan dah besar, jangan nak claim dia terpaling bapak pulak. Mau aku pelangkung.

So...begitulah kisah kenapa aku menghilang selama 2 tahun di blog ni. Antara rutin rekod dan edit video hampir setiap hari, tambah dengan jaga arwah mak dan sekarang tolong jaga anak buah istimewa, memang takde headspace yang cukup untuk aku nak fikir pasal topik di blog pula. Tu yang bersawang teruk tu 😂

Rasa cam rugi gak kan blog kosong sebab kita bayar domain mahal kot. Tapi Alhamdulillah walaupun takde pos baru, trafik masih ada juga masuk dari pos-pos lama. AdSense pun ada la juga hasilnya. Dan sebenarnya lepas tengok baki dalam tu menaik sikit-sikit tu la aku terlintas untuk cuba aktif semula di sini.

Sambil tu mungkin boleh review sekali produk yang aku selalu promote di TikTok dan Shopee kan. Alang-alang produk pun ada banyak ni. Dulu nak review produk mahal-mahal takde duit lagi nak beli. Tapi sekarang aku rasa banyak je topik boleh kita kupas. Baru la tak sendu dan sunyi blog saya hehe

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Eh apa nama tiktok awakk

    Cuya punya @nacuyaa

    Dulu Cuya aktif gk affiliate, tpi mood dh kelaut tu mls hahah

    Nnti kalau singgah tiktok Cuya, roger2 eh dm

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS