Pada suatu hari yang tak bertuah untuk kakak aku, anak bertuah dia (Umar) baling phone dia sampai skrin tu katanya tercabut dan nyawa-nyawa ikan je melekat di badan. Naya Pak Karim wey. Sebab phone tu masih agak baru. Mujur masih boleh guna. Tapi kena ikat getah untuk elak skrin jatuh terus. Memang la tangan budak ni tangan paling laju dalam dunia ya. Pantang lepa.
Oleh sebab itu, esoknya tu terbang la kami seketika ke KB Mall untuk cari kiosk baiki telefon di tingkat paling atas mall tu. Nasib baik la tauke Cina tu kata boleh gam je. Siap pun dalam 15 minit. Kos melayang, cuma RM20. Kalau kena tukar spare part lagi mahal, entah-entah sampai tahun depan kakak aku guna phone tu ikat getah dulu sementara kumpul duit.
Lepas siap baiki phone, nak balik terus tu rasa sayang pula sebab alang-alang dah datang mall kan. Aku rutin bulanan asyik pusing Lotus's je untuk beli barang rumah claim MyKasih. Jemu hahah. Kita pun nak juga pusing-pusing pergi kedai lain. Kebetulan aku pun ada benda yang nak beli di kedai buku.
So masa berpusing turun eskalator nak ke aras 2, nampak la ada pameran besar di dataran mall tu...
Mula-mula aku ingatkan pameran barang CNY or anything related sebab tak lama lagi kan dah nak raya Cina. Dekorasi dan lagu berkumandang dalam mall tu pun banyak sempena CNY so tak pelik pun kalau ada expo barang CNY. Tapi bila aku ambil gambar dan zoom balik, eh ehh pameran makanan la!
Rupanya Jajan Viral ni tengah buat food fair, so masih pameran, tapi untuk makanan. Dah nama pun "Jajan Viral", produk yang dibawa pun kebanyakannya makanan yang femes di media sosial. Ada makanan ringan untuk kudap-kudap, ada makanan berat versi segera. Banyak jenis dan dari luar dan dalam negara ada. Yang penting, harga boleh tahan murah.
Yang pertama menarik perhatian aku, ramen Samyang Korea viral ni. Sebab harga RM21.90 dia bagi tu memang sangat jimat. Kalau beli di supermarket hatta online pun, biasanya yang pek 5 bungkus gini paling murah RM25 ke atas. Beli loose pun ada la dalam RM5+ sepeket.
Yang cup pun boleh tahan murah. Tapi oleh sebab kita berazam untuk kurangkan makan benda merapu tahun 2026 ni, aku tak beli la Samyang yang peket besar tu. Ambik yang cup ni je dua jenis: Creamy Carbonara dan Quattro Cheese. Simpan untuk makan nanti-nanti masa craving je.
Sambil tu sempat ambik order anak buah (Amirah) untuk 2 bekas Samyang perisa Jjajang. Tu la aku dah ajak untuk ikut sekali, dia malas. Ni kan dah rugi tak boleh cuci mata beli jajan sendiri.
Selesai pilih ramen, kita pusing cari coklat pulak. Haa kat sini dah makin rambang mata. Biasa la jenis gigi manis (sweet tooth) kan so semua benda bercoklat tu nampak sedap. Tapi banyak coklat tu yang tak pernah makan sebelum ni jadi pening la juga nak pilih yang mana.
Maklum la marhaen bajet terhad. Lain la kalau kaya, auto hilang pening. Kita borong semua je haha
Paling penting, sebenarnya aku pilih juga benda apa yang boleh dijadikan video affiliate letak beg kuning TikTok dan beg oren Shopee. Biasa la sambil menyelam minum air ðŸ¤
Tapi walaupun banyak pilihan dan harga lebih murah, aku tak boleh nak sembarangan sauk juga apa yang ada tu. Sebab ada ternampak reminder di tag harga tu untuk "semak expiry date sebelum beli". Dan bila aku double check semula barang yang aku nak ambik, memang ada yang dah tak lama lagi akan luput. Sayang betul.
Maksudnya harga murah tu bersebab la, yang mana bagus je untuk seller habiskan stok dan pembeli boleh dapat harga lebih jimat. Tapi tak bagusnya sebab aku takleh nak simpan lama-lama. Kitanya jenis "food hoarder" suka beli banyak dan makan sikit-sikit je biar tak kena beli banyak kali haha
Konafetto ni antara yang aku ambik sebab expiry date lambat lagi, Oktober 2026. Sempat la makan sikit-sikit. Coklat lain, aku ambik Beryl's tiramisu. Yang lain tu nanti la kalau ada rezeki lebih baru kita try.
Tapi jujur paling terkilan yang Tofiluk tu sebenarnya. Sebab sedap dan benda pun memang viral kat TikTok. Harga promo dia sekotak besar cuma RM13+ je sangat ngam dengan bajet. Kalau ada stok banyak, boleh la buat video banyak kali kan. Sayangnya expiry date dia bulan Februari 2026 kot. Ajer giler aku nak perabih sekotak dalam masa kurang sebulan. Sayang kaki weh hahahah
Kaunter bayaran boleh tahan panjang orang beratur sebab memang ramai yang memborong sakan. Tapi dia buka 2 kaunter so cepat juga la urusan. Bayaran boleh guna tunai dan kad. Aku tak expect dia akan ada terminal kad tu tau so kemain la aku withdraw duit. Padahal kita Malaysia ni negara maju kot 😂
Sekian hasil tangkapan kita pada hari itu. Nampak macam tak banyak tapi habis la juga modal dalam RM50+. Ni pun nasib la kebetulan je terjumpa, sebab hari aku pergi ni dah hari terakhir mereka buka di KB Mall. Kalau aku tahu awal-awal yang dia nak buat food fair tu, mau aku dah buat survey dulu coklat apa yang sedap dan sediakan bajet lagi banyak untuk borong.
Tapi bagus la at least dah ada pengalaman. Pasni kalau Jajan Viral atau seangkatan dengannya nak buat pameran macam ni lagi kat sini, kita dah boleh bersedia dengan rancangan lebih rapi untuk datang membeli hehe
Bye dan Assalamualaikum.
















Add your comment
Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘
Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘
Thank you for reading ❤