Perencah mi goreng Adabi rasa mi goreng katering | NaSa
Biasa kalau produk Adabi ni kita dengar cucur dan perencah nasi goreng kan. Tapi sekarang ni perencah untuk goreng mi dan buat sambal pun ada. Menu pun tak terhad kepada Asia Tenggara macam rendang dan tomyam, tapi siap ada sos Korea haaa. Makin maju dah Adabi kita. Tapi kalini aku tertarik nak cuba perencah mi goreng dia. Sementelah asyik duk borong perencah nasi je kan.


Perencah mi goreng Adabi ni memang dah lama dijual di kedai. Selalu je ternampak cuma tak rasa nak beli sebab dah biasa buat rencah sendiri. Tapi haritu rasa ringan pula tangan nak ambik sebab kalau memang sedap, nanti mudah la kerja kan. Sebab aku kalau makanan berasaskan mi ni, aku suka kalau goreng. Mi berkuah aku kureng sebab tak suka perasaan yang cuma kenyang kuah je.


1 peket perencah mi goreng Adabi ni dalam RM2 lebih gitu, ikut tempat. Ada yang murah sikit. Kalau beli di EcoShop, RM2.60. Mahei betul la Eco sekarang. Sikit masa lagi dah upgrade nama kedai dia jadi kedai RM3. Laa tiber kona topik

By the way, alang-alang ada lagi stok udang di rumah, aku buat la mi goreng udang favourite.


Presentation taknak kalah kan semata-mata nak tepek di blog. Padahal kalau di luar waktu rajin ni, jangan harap la guna chopstick. Sudu dan garfu je. Tu pun tak matching, sudu design lain, garfu design lain. Asal ada je haha

ULASAN PERENCAH MI GORENG ADABI


Seperti tajuk di atas, itu la first impression aku masa pertama kali makan mi yang digoreng menggunakan perencah Adabi ni. Aku pun tak expect random gila terlintas dalam kepala aku "em rasa mi goreng katering"  ðŸ˜‚

Tahu kan jenis mi goreng katering yang dimasak secara pukal tapi rencah rasa cukup-cukup je, macam ada tapi tak ada? Lebih kurang macam tu la rasa mi goreng Adabi ni bagi aku.

Ia macam agak tasteless??

Masin manis kicap tu dekat tapi jauh je di lidah. Pedas pun macam tak ada. Tapi part ni agak expected la untuk pes masakan keluarga sebab tak semua boleh makan pedas. Jadi atas tukang masak tu nak adjust tahap pedas sampai mana. Kalau aku, aku masukkan cili hijau waktu masukkan kubis tu.

Tapi persamaan sifat katering tu bukan sahaja dari segi rasa tau.

Aku teringat pada katering tu sebab tekstur mi lepas digoreng tu pun mirip. Sebab mi agak kering dan perencah tu macam bersalut ala kadar je pada mi. Macam mi goreng untuk program sekolah haha

Arahan di plastik perencah tu suruh tumis perencah sekejap kemudian masukkan lauk atau sayur, diikuti mi. Tak ada arahan masukkan air walaupun sedikit, so bagi aku agak tak best sebab mi tak kembang. Aku suka mi goreng yang gemok sebab masuk air sikit. Tapi kalau nak tambah air sendiri, takut tawar pula.

Atau mungkin aku patut rendam je mi tu dalam air sebelum masukkan dalam kuali? 🤔

Ni pun mujur aku guna NuMee Gardenia. Sedap sikit sebab tak ada rasa kapur. Kalau yang jenis guna kapur tu, mungkin akan rasa lagi pure mi goreng katering. Sebab mi goreng katering yang aku pernah makan biasanya selain kering, rasa kapur pun kuat. Jenuh nak minum air sebab rasa melekat di lelangit haha. Tapi tak semua la mi goreng katering tak sedap.

Overall...perencah ni tak kena dengan jiwa aku. Sayang juga sebab konsep dia tu dah memudahkan. Cuma aku memang takleh terima rasa dia yang macam hidup segan mati tak mau dan tekstur kering tu.

Takpe la aku relakan jiwa buat rencah sendiri je la kalau teringin nak mi goreng.

Yang aku masih gagal nak buat adalah rencah untuk goreng nasi sebenarnya. Sebab mi kalau termasin ke apa boleh adjust tambah air dan mi akan serap kan. Tapi kalau nasi, tak ke lembik nanti. So yang tu aku akan teruskan guna perencah nasi goreng Adabi je haha

Give and take la kan. Dalam hidup ni tak semestinya semua orang akan suka kat kita. Ya aku dan tiberr berpisah tiada. Sekian muhasabah diri.

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 0 comments

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS