Assalamualaikum
Bayangkan kita tengah baca blog yang dah pos banyak cerita, tapi takde butang Next atau Previous untuk kita baca kisah-kisah lain? Tak ke frust?
Apatah lagi aku yang tukang tulis ni la makin frust menonggeng, sebab tak sangka pulak benda tu hilang. Sebab sebelum ni, especially lepas beli template ni dulu, rasanya semua butang fungsi yang penting tu cukup lengkap. Tapi semalam baru aku perasan macam bahagian bawah entri blog tu kosong?
Bila aku blogwalking ke laman kawan-kawan, baru la sedar yg kotak untuk butang Next dan Previous tu takde. Apabila google cara untuk adjust, kebanyakan settings tu dari tahun 201x dulu-dulu yang suruh ubah di Theme > Customize. Masalahnya kat bahagian tu pun dah berubah daripada dulu!
![]() |
| Memang kosong bahagian bawah entri lepas komen tu |
Sebab tak boleh adjust di bahagian Customize, nak tak nak kena la buka Edit HTML, part yang aku agak malas sikit. Bukan sebab tak reti baca. Kita tahu je basic coding utk template blog ni, which sebab tu la malas. Dah tulisan kod dia panjang berjela beribu-ribu line. Juling mata nak tenung di mana part yang silap ye 😂
Tapi oleh sebab butang Next/Previous tu penting untuk kekalkan pembaca lebih lama dalam blog sebab makin banyak mereka baca, makin lama stay, dan makin elok engagement blog kan, maka kena la seru kerajinan tu jugak.
Setiap keyword masalah tu aku google macam "Next Page button is not working" pastu keluar la clues daripada AI summary untuk cari code dalam HTML tu yang berkaitan dgn isu aku. Walaupun aku tak berapa berkenan sangat dengan AI (ramai sangat salahguna), tapi summary ni membantu jugak la.
Jimat sikit masa daripada baca pos tutorial yang panjang berjela atau tengok video YouTube yang cakap slow. Akhirnya aku dapat basic coding untuk bahagian butang Next/Previous tu dan bandingkan dengan template sendiri. Dan di situ la aku perasan ada satu line tambahan yang macam takde fungsi pun dalam tu.
The coding was something macam <if: cond:> apa benda entah. Tak tahu la ada syarat apa yang dia duk limit kat situ sampai butang Next/Previous aku kena sorok. So aku backup siap-siap template asal tu dan cuba delete coding tambahan tu sebelum save. Apabila aku cuba buka entri dalam blog...
![]() |
| Yeay dah ada balik butang Next dan Previous |
Akhirnya kotak-kotak penting tu buat kemunculan semula dalam setiap entri. Jadi kalau ada orang yang rasa nak baca cerita-cerita lain, dah mudah nak klik. Alhamdulillah.
Cuma yang agak jengkel di sini sebab tak boleh tukar kedudukan butang tu selepas entri blog dan sebelum komen, bukannya selepas komen. Sebab kalau entri tu ada banyak komen, penat la kan kalau nak kena skrollllllll sampai habis komen baru boleh tekan Next atau Previous.
Aku dah try pindahkan coding tersebut dalam HTML letak sebelum ruang komen tapi lepas save, semua coding tu jadi duduk di kedudukan asal dia semula. 2-3 kali cuba, sama je hasil dia. Aku pulak fedap so lantaklah dia situ. Yang penting ada butangnya.
What perplexed me more, aku cuba buka website yang aku beli template tu dulu untuk tengok kot-kot pencipta template tu ada maklumkan sebarang perubahan ke kan. TAPI website yang jual template tu pun macam dah kosong huhu. Takkan dah takde guide kot. Parah ah gini
Pasni kalau template ni bermasalah lagi, aku nak consult siapa la ya...
Takkan nak kena beli template baru pulak sempena tahun baru ni kan. Yang ni pun dah berapa aku bayar haritu huhu.
Tapi sebenarnya kalau boleh beli baru, macam nak explore jugak. Cuma sekarang ni macam dah kurang je site yang tawarkan template cantik untuk blog, tak kisah la percuma atau berbayar. Sedihnya dah tak ramai sangat orang aktif blogging ehh 🥲
Bye dan Assalamualaikum.








Add your comment
Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘
Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘
Thank you for reading ❤