Tersumbat sampai kena cuci telinga di klinik | NaSa

Tersumbat sampai kena cuci telinga di klinik

in , by NaSa, January 17, 2026
"Jangan korek telinga dengan putik kapas!"

Kalau tanya doktor, semua akan bagi larangan ni sebenarnya. Sebab putik kapas (cotton buds) berisiko untuk tolak taik telinga masuk lebih dalam dan jejaskan pendengaran. Tapi tu la ramai je yang masih buat sebab dah biasa. Aku pun termasuk sekali, sebab rasa macam "ala takpe, sekali-sekala." TAPI...

Yang sikit-sikit tu la lama-lama jadi bukit kan. So cuba teka akhirnya dapat apa?

Hampir seminggu aku pekak sebelah ya 😆

First time aku datang ke klinik ni, by the way
Alkisahnya, aku ni jenis taik telinga cair. Ada waktu akan rasa macam meleleh je dari telinga, so aku akan bersihkan guna putik kapas. Tapi haritu nasib  tak menyebelahi aku. Lepas korek, telinga kanan aku rasa mencucuk di dalam macam ada tekanan. Aku pun tekan la sikit dari luar untuk cuba legakan tekanan tu.

Tapi lepas alihkan jari, dia slowly rasa ngaaap... DAN PENDENGARAN AKU PUN TERTUTUP!

Macam-macam cara aku cuba untuk buka semula rongga telinga tu. Hembus nafas kuat-kuat sambil tutup hidung, masukkan air, masukkan essential oil, semua tak jadi. Maka kita cuba titis ubat pulak.

Terbang RM21+ aku 😂
Ubat pertama dari klinik kesihatan. Ubat kedua dari Farmasi Alpro (sebab aku ingat ubat KK tak jadi).

Tapi dua-dua pun tak jadi haha. Biasa kalau kita titiskan cecair dalam telinga, akan rasa sejuk kan. Tapi telinga aku ni tak rasa apa. Padahal gigih aku baring mengiring 2 kali sehari tunggu 10 minit lepas titis tapi ubat tu tak rasa meresap pun. Aku bangun, ubat tu pun mengalir keluar semula sama banyak dengan yang memula masuk tadi. Ciss...

Doktor ada pesan kalau ubat titis tak jadi, pergi semula ke KK untuk cuci. Masalahnya dah weekend. KK tak buka. Nak tunggu hari bekerja seterusnya, LAMBAT. Aku pula dah rasa tak best la telinga tersumbat lama ni. Nak tak nak, kita google la klinik swasta yang buat servis cuci telinga dan buka masa weekend.

Dari situ la aku jumpa Poliklinik Optima Kota Bharu ni.
 

Memula aku chat admin klinik melalui Whatsapp dulu untuk tanya opening hours dan anggaran harga.
(Harga tertakluk pada perubahan, mungkin berbeza untuk tahun semasa)
  • Konsultasi - RM30
  • Cuci telinga sebelah - RM60
  • Cuci telinga 2 belah - RM120
Mahal la juga sebab swasta kan tapi kita onz je la asalkan cepat. Kebetulan Sabtu tu kakak aku nak bawa anak buah aku pergi ke Taman Tengku Anis yang sehala dengan jalan ke klinik ni, aku tumpang la sekaki.

Hasilnya lepas jumpa doktor yang khas untuk telinga ni...

Nohh rokiah... Tak main-main ya dia punya sumbat.

Kalau doktor KK cuma suluh telinga dan tengok secara manual, di poliklinik ni doktor masukkan kamera yang tunjuk di skrin komputer besar terus. Canggih teknologi dia. Berbaloi la bayar mahal. Baru aku pun insaf lepas tengok betapa teruk telinga tu tersumbat akibat korek dengan putik kapas selama ni.

Dan gambar tu cuma telinga kiri ya. Tu pun hampir 90% tersumbat. Kalau telinga kanan yang punca aku datang ke sini, memang tersumbat sepenuhnya depan gegendang. Sebab tu aku tak dengar apa-apa dan guna ubat titis pun tak berkesan. Doktor kata sumbatnya terlalu dalam dan ubat tak sampai huhu

By the way doktor yang uruskan tu lelaki, tapi sangat lembut layanan dan rawatannya. Aku explain panjang pun dia dengar dengan teliti. Prosedur rawatan pun dia terangkan jelas. Sebelum start, baca Bismillah dan doa dulu. Masa proses cuci tu pun banyak kali pesan, "kalau pening bagitau ya." 

DAN MEMANG PENING PUN 😂

In total, ada 2 jenis suntikan (semburan?) dalam telinga yang kita akan rasa masa rawatan.

Suntikan pertama - masukkan ubat pelembut tahi telinga. Yang ni rasa sejuk je. Baru terasa serap sebab doktor inject betul-betul dalam berbanding ubat titis manual tu.
Suntikan kedua - macam powerjet versi mini. Air dia high pressure tapi lembut je so tak sakit pun. Cuma bising je sebab sembur betul-betul depan gegendang telinga. Bunyi dia sebijik macam TV rosak takde siaran dalam cerita seram, diiringi bunyi bisikan hantu sokseksoksek cuba meracuni fikiran manusia 😂

Sebab telinga kanan tersumbat full, lama juga nak siap. Banyak kali doktor inject ubat tu pastu cungkil dengan alat tajam untuk tarik taik telinga degil yang tak tanggal (part ni je sakit sikit). Sampai doktor bagi rehat 5 minit sebab aku cakap mata berpusing haha. Untuk telinga kiri, mujur tak perlu ubat atau kena cungkil sebab tak tersumbat semua kan. Flush air kejap je dah siap.

Total untuk konsultasi + cuci dua telinga, terbang RM150 💸
Mujur kaklong sponsor part of the bill, jadi tidak la lari sangat bajet aku yang cuma plan sebelah telinga ni hehe. Lagipun elok la settle dua-dua telinga terus biar setara tahap pendengarannya. Daripada cuci yang kanan je pastu yang kiri pulak tersumbat. Jenuh pulak kan nak kena cari masa untuk datang kali kedua.
 
Yang pasti, semuanya memang berbaloi sebab lepas siap prosedur cuci telinga tu, rasa lagi jelas pendengaran aku. Ibarat pakai stereo surround system. Alhamdulillah lega sangat dapat semula nikmat pendengaran aku. Gelisah kan, padahal baru sekejap Allah tarik dan tu pun sebelah telinga je 😣

But yeah itulah pengajaran kita kali ni. No more korek telinga dengan putik kapas. Sekarang guna ubat titis tu je untuk galakkan taik telinga tu cair dan keluar sendiri, dengan pengorek jenis besi yang kaut tu je sebab kurang risiko tolak masuk ke dalam. Baki putik kapas yang masih banyak tu kita guna buat lukis kening je la haha

Tiba-tiba terbang ke sini
Kalau masa pergi klinik tadi kakak aku hantar, lepas siap tu kena naik Grab sendiri pergi ke taman ni sebab anak buah tengah syok bermain, kakak aku takleh nak gi ambik. Lepas sampai ni, rasa kuat betul ya suara environment tu masuk dalam telinga saya yang baru lepas dicuci ni. Berkesan betul rawatannya haha
 
Lapar so pau burger yang kaklong beli sebijik
Overall, kisah ini berakhir dengan happy. Cuma akaun bank je la sedikit sedih. Tapi takpe la sebagai pengajaran untuk diri sendiri kan. Korang pun ambik la iktibar sekali. Alang-alang tu pergi la buat medical checkup sekali di klinik. Jadikan azam 2026 ni untuk jalani gaya hidup yang lebih sihat lahh tiber haha

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 0 comments

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS