Assalamualaikum
Alang-alang kita puasa awal tahun 2026 ni, sebab 2-3 hari lepas Gong Xi Fa Cai tu dah dijangka jatuh tarikh Awal Ramadhan, mesti ramai yang tengah pulun untuk ganti puasa yang lepas-lepas. Aku la salah seorangnya tu.
Tapi lumrah ganti puasa ni, bagi aku bab sahur tu biasanya tak semangat sikit. Kalau puasa Ramadhan ye la bangun makan ramai-ramai kan. Tapi puasa ganti ni kita sorang je bangun. So dia punya bercinta nak cari idea menu masak pagi-pagi tu, haruuuu
Mujur sekarang kita dah ada kemajuan dalam teknologi retort untuk preserve makanan yang dah siap masak biar tahan lebih lama. Daripada nasi putih sampai la segala macam lauk, ada banyak pilihan makanan ready-to-eat (RTE). Senang tak kena masak from scratch. Cuma panaskan je atau makan terus pun boleh.
Paling femes semestinya SAMBAL DENDENG. Dan benda ni la yang aku selalu cari sejak 2-3 tahun ni untuk stok sahur.
Sebagai seorang yang berjiwa karnivor, aku suka juadah berasaskan daging. Tambah pulak kalau pedas. Tapi nak masak sendiri, awal-awal angkat bendera putih. Aku MALAS haha. Sebab tu aku lagi rela cari sambal dendeng RTE. Nanti tinggal goreng telur mata, tabur cili potong sekali. Fuhh letops! Dah siap menu sahur aku.
Setakat ni aku dah cuba 3 jenama di atas ni la. Semua lazat dalam cara tersendiri. Tapi kalau korang tak pernah try lagi, meh kita terokai serba sedikit apa rasa setiap satu tu.
Sambal Dendeng (Barang Dapur Basah)
Sambal ni aku jumpa sebab LIVE seller dia selalu melintas di FYP TikTok aku. Kita pulak pantang nampak voucher, terus la grab 5 masa tu haha
Rasa dia not bad. Cukup rasa masin manis pedas. Cuma bagi aku tekstur daging agak keras. Tak boleh leraikan dengan jari sangat. Kalau tak salah aku, Barang Dapur Basah ni gunakan daging kerbau instead of lembu (CMIIW). Makes sense la kenapa harga lebih murah. Tapi sebab aku masa tu ada masalah gigi, penat la nak kunyah 😂
Harga yang ni memang affordable, sekitar RM10.90. Kalau ada voucher tambahan, boleh dapat harga sampai RM8+ je. Memang jimat. Cumanya dah lama takde stok kat TikTok mahupun Shopee.
Dendeng Nyet Berapi (Khairul Aming)
Ni tak perlu introduction panjang, cukup kita cakap sambal dendeng yang paling susah nak dapat masa waktu mula-mula dilancarkan. Almaklum la air tangan pempengaruh media sosial terkenal, abam Khairul Aming kita.
Sambal ni keluar Februari dekat-dekat bulan puasa 2024, tapi aku tak pernah sempat nak checkout. Kalau nampak beg kuning di TikTok dan Shopee pun, asyik error je manjang masa nak bayar sebab stok susut dengan sangat cepat. Sebab tu bulan Mei tahun tu baru aku sempat beli sebab kebetulan ada beg kuning haha
Price-wise, dendeng KA ni agak pricey daripada 2 yang lain (sekitar RM14.99). But that's also sebab berat bersih dia 180gm so worth it. KA ni ada versi kedua juga iaitu Dendeng Nyet Ekstra Pedas (RM15.99). Yang tu aku belum try sebab masa launch haritu pun kena battle. Akunya malassss 😂
Dari segi rasa, Dendeng Nyet Berapi ni manis lebih sikit daripada pedas. Ada orang kata tipikal resepi Kelantan haha. Tekstur daging pula lembut, tapi lembut sangat sebab agak hancur juga dagingnya. Untuk batch tahun terkini ni, tak tahu la mereka tukar atau kekalkan tekstur tersebut. Tapi KA kata dia buat manis-manis dan hancur gitu supaya kanak-kanak pun boleh makan kan so bagi aku takpe je.
Wishlist lepas ni, aku nak try yang ekstra pedas tu pulak. Sekali dengan Sambal Nyet dia tu yang dah bersarang dalam cart aku sebab dah lama add. Cuma sampai sekarang tak terbuka lagi hati nak bayar haha. InsyaAllah nanti la kalau ada rezeki lebih ðŸ¤
Sambal Daging Dendeng (Sumatraa)
Yang ni bagi aku the perfect balance antara ketiga-tiga sambal dendeng ni. Just the right amount of pedas dan manis. Sambal dia lebih berwarna merah, berbanding 2 yang atas tu agak gelap rasa kicap. Tekstur daging pun sedang-sedang. Dalam bentuk ketulan, tapi tak keras sangat. Kalau tolak dengan jari, ia masih mudah lerai.
Antara 3 jenama ni, yang Sumatraa ni la yang aku selalu repeat beli. Tahun lepas pun beli sampai 5 peket juga buat stok sahur. Berat 100gm ni untuk aku sorang boleh la 3 kali makan sebab aku ambil sikit je pun makan dengan nasi. Pastu aku biasa topap dengan telur mata juga so cukup dah untuk kenyangkan perut.
Harga pun just nice je tengah-tengah (biasanya sekitar RM11.90), so tak semahal KA tapi kena la dengan kualiti daging yang lebih lembut. Beli di Shopee memang berbaloi-baloi dapat voucher lagi murah. Aku pun rasa nak repeat lagi ni sebab dah lama tak makan. Boleh buat stok ganti puasa sekali kan 😋
Tapi tu la rasa macam teringin juga nak explore produk sambal dendeng lain sekali. Mana tahu ada lagi resepi yang lebih kena dengan citarasa aku. Korang ada try tak sambal dendeng RTE ni dari mana-mana? Cer share jenama apa hehe
Bye dan Assalamualaikum.










Nak cuba juga la sesekali beli sambal ready to eat ni.
ReplyDelete