Makan di Restoran Selera Tepi Sungai | NaSa

Makan di Restoran Selera Tepi Sungai

in , , by NaSa, January 09, 2026
Assalamualaikum

Lepas pindah dari sekolah di Pulau Pinang, kaklong kan sekarang mengajar di negeri sendiri. Walaupun jauh sikit di Tanah Merah nun, kira okey la sebab masa cuti mudah nak balik ke kampung halaman. Sejak abang ipar aku bersara, biasanya dia yang pergi ambil kaklong. Tapi kadang-kadang tu aku dan kakak yang akan drive ke sana.

Dan ada la suatu hari masa kami berdua yang pergi sambil bawa Umar (anak buah ketujuh) jalan-jalan, sebelum balik kaklong ajak berhenti makan dulu. Tapi lokasinya aku tak jelas masa tu sebab kita kan cuma tukang drive. Aku putar stereng ikut arah jalan yang diberi je. Cuma ada la dengar kaklong sebut "makan tepi sungai...tepi sungai..."

Dalam kepala aku, ingatkan nak beli makanan kat mana-mana pastu berhenti tepi sungai untuk makan sambil tengok pemandangan. Sebab anak buah yang ni susah dikawal dalam kedai. Makan dalam kereta tenang sikit dan kalau ada view sungai, mungkin dia boleh ralit sebab pengalaman baru kan?

Tapi lepas dah sampai dan parking kereta, aku tak dapat pun bayangan nak makan apa sebab takde berhenti beli apa-apa pun? Pastu bayang sungai pun aku tak nampak sebab keliling tu bangunan? So apa benda yang tepi sungainya? MANA SUNGAIII?

Rupa-rupanya...

Restoran tu nama Selera Tepi Sungai weh. Aku ingatkan nak pergi makan tepi sungai betul-betul hahahah

Dan kaklong cakap memang ada sungai kat situ tapi seberang jalan daripada restoran tu kot? Aku ni mati-mati la ingatkan kita dapat makan sambil tengok air mengalir 😂

By the way sebagaimana panjang kau tengok banner merah tu, begitu la panjang restoran ni ya. Luas betul kat dalam. Rasa seriau pula nak masuk sebab takut mahal haha. Tapi sebab kaklong gabenor bank yang belanja kan, kita follow je la.

Aneka kuih-muih dan dessert

Goreng-goreng pun ada
Belum masuk dalam lagi, kita dah disapa oleh meja panjang yang membariskan pelbagai dessert dan gorengan. Kalau ikutkan nafsu perut ni, rasa nak juga singgah cuci mata ambil yang manis-manis. Tapi sebab dah lapar takleh bincang (jauh ye Wakaf Bharu dengan Tanah Merah), kami lagi pentingkan nasi.

Lagipun anak buah tu pun nak start berlari dah sebab pantang nampak area luas banyak benda. Banyak energi nak cas semula ni untuk kejar mengejar dengan dia. Dan memang pilihan tepat la kaklong ajak datang sini sebab pilihan menu dia, Masya Allah...

Malas nak cakap lebih-lebih. Tengok la sendiri pilihan yang ada 🤭

Ada pelbagai jenis masakan gulai, kari, dan seangkatan

Yang dah balut sepinggan tu dah siap tulis harga, mudah nak ambik


Aku nampak ikan keli terus locked in hahaha

Pilihan sayur, ulam, dan sambal ada di bahagian hujung

Air boleh order di sini. Nak air kelapa fresh pun bolehhh

Got my ikan keli goreng + kuah perciks 😋

Budak ni sambil orang pening pilih lauk, kena pening tahan dia daripada lari pecut jugak 🥵

Kakak aku ambil nasi beriani rasanya. Aku tambah udang 2 ketul


Hasil tangkapan aku dan kakak. Kaklong masa ni baru tengah pilih lauk sebab tadi dia tolong pintas Umar dulu. Memang makan dengan budak ni kena bergilir banyak woo. Elok boleh makan sejam, jadi 2 jam setengah haha

Menu pilihan kaklong ada ambik ikan yang dah balut sepinggan tu tapi aku taktahu nama apa. Nak snap gambar pun tak sempat sebab kalut habiskan makan dulu sebelum Umar start enjin untuk kesekian kalinya nak lari keliling restoran. Kaki dia pakai kuasa solar agaknya. Takde istilah penat 💆🏻‍♀️

Ada TV tunjuk rancangan kanak-kanak langsung Umar tak layan
Kebetulan masa kami datang ni agak lengang, mungkin sebab dah pukul 3 petang camtu. Dah habis rush hour untuk makan tengah hari. Orang tak ramai sebab tu semangat betul dia nak jadi Usain Bolt kat sini.

Pastu interior dia pulak memang luas. Meja besar-besar ada pelbagai jenis lagi. Nak duduk meja petak, meja bulat, meja yang ada roda impian kat tengah boleh putar Halim untuk ambil lauk pun ada. Kalau buat majlis sambutan grand nak makan-makan kat sini, sesuai betul.


Sinki tempat basuh tangan pun kemain berlampu. Cantik nak OOTD
The inside temperature was quite cosy. Tak panas sangat tapi tak sejuk menggigil jugak sebab konsep dia macam open. Pintu tak tutup. Bila tengok balik gambar ni,  mungkin lebih kurang begini la perasaannya kalau kita makan kat Restoran Rembayung yang Khairul Aming baru buka tu kan, cuma ni versi rahmah. Lahhh tiber 😂

By the way kalau datang sini lepas travel jauh, jangan bimbang. Tandas dia luas dan surau pun ada disediakan sekali. Bersih pun bersih tandasnya. Cuma surau je aku tak masuk usha sebab dah solat Zohor kat rumah sewa kaklong. 



Overall, memang puas hati makan kat Restoran Selera Tepi Sungai ni. Patut la kaklong kata geng cikgu dia pun selalu datang makan kat sini. Lauk banyak jenis, kena pula dengan selera kampung. Pastu sebenarnya hujung dia tu ada lagi tau kitchen tempat order makanan Western dan menu lain. Pendek kata, takkan lapar la kat sini haha
 
Dari segi harga pun berbaloi. Tak mahal sangat (yakin je aku padahal bukan aku bayar). Tapi sesuai la dengan environment selesa dan servis yang ditawarkan. Kalau dekat sikit dengan area rumah ni, rasanya nak je ajak kaklong repeat. Tapi sebab nak ke rumah sewa kaklong tu dah jauh, pastu nak melencong ke sini lagi, campur kos minyak kereta apa semua, makan modal woo 😂

Kalau korang rasa nak datang melawat Kelantan dan ada plan nak food hunting, boleh la consider Restoran Selera Tepi Sungai di Tanah Merah ni sebagai destinasi. Mana tahu kena dengan citarasa korang kan.

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 0 comments

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS