"Kenapa sejak masuk umur 20-an ni makin lama makin takleh go kalau minum susu lembu?"
Mesti ada orang yang tertanya-tanya pasal situasi ni kan. Sebab dulu masa muda elok je boleh togak fresh milk sekarton sehari. Tapi sejak dah masuk umur pertengahan 20-an dan ke atas, jangankan satu karton, minum secawan je ada yang terus cirit-birit. Berlari cari jamban. Haruuu
Tapi ni adalah soalan yang tak pelik. Dulu pun aku pernah kupas pasal isu ni yang dipanggil "Adult Lactose Intolerance", yang mana terjadi sebab tubuh orang dewasa ni dah kurang hasilkan enzim yang boleh proses lactose dalam susu lembu. It usually appears dalam usia 20an sampai 40an. Sebab tu ramai yang seusia aku ni mula dapat simptom alahan macam cirit-birit tu. Hilang satu nikmat hidup 😂
Cumanya takyah risau. Jangan nangis sendu kena tinggalkan minuman bersusu macam kopi dan matcha latte sebab dah takleh minum susu lembu. Sebab ada je susu lain sebagai alternatif.
PLANT-BASED MILK 🌿
Yaaa susu yang dibuat daripada sumber tumbuhan ni (non-dairy milk) dah makin meluas kuasanya. Pilihan pun banyak. Ada dari kekacang macam almond, bijirin macam oat dan beras, dan susu dari santan kelapa pun ada tau. Jenama pun pelbagai, both local and international. Kalau dulu kena cari di kedai mahal-mahal yang ada barang import, sekarang pasar raya dekat rumah aku pun ada susu gini.
Dan salah satu susu alternatif yang aku pernah cuba, OATSIDE ni la. Tak kena tanya sumber daripada apa kan sebab nama dia pun dah ada hint ðŸ¤
Oatside ni kalau ikut negara asal pemilik, brandnya dari Singapura. Tapi tengok logo Halal, ia diproses di Indonesia. Tapi kalau tengok dari segi populariti, hampir je aku ingat brand negara Barat haha
Aku pertama kali tahu pasal Oatside ni masa mula-mula buat research tentang susu yang sesuai untuk buat matcha latte. Almaklum la matcha powder kan mahal. Sebab tu kita nak padankan dengan susu yang sedap biar berbaloi rasa tu dengan harga. Tapi persoalannya di sini... betul ke berbaloi? 🤔
RASA
Tekstur agak pekat sikit daripada susu lembu. Rasa dan bau macam minum air perisa cereal, sebab susu oat memang oat yang direndam air dan dikisar pun. Ia takde rasa manis natural macam susu lembu yang manis sebab lactose, dan takde juga gula tambahan. So kalau nak minum terus memang berchenta. Tapi plus point, mudah nak ubahsuai manis tu ikut tekak kita guna syrup, stevia, atau madu.
Pertama kali minum, memang it was quite a complex taste. Tapi lama-lama dah biasa dan dah reti adjust cara bancuhan semua, akan rasa sedap juga. Ada lemak-lemak sikit dan rasa kekacang (nutty). Kalau guna buat matcha latte, supposedly ia akan enhance rasa nutty matcha tu juga.
VARIASI
Setakat entri ni ditulis, Oatside ni ada 7 pilihan perisa. Yang basic, ada Original, Chocolate, dan Coffee Latte. Pastu mereka launch perisa baru iaitu Caramel Macchiato, Mocha, dan Matcha. Ada satu lagi perisa lain iaitu Vanilla, tapi yang ni ada untuk versi Protein Drink je.
Untuk saiz, ada yang kotak kecik 200ml gini dan ada yang kotak besar 1 liter juga. Tapi macam tak semua perisa ada yang 1 liter tu. Dan versi Protein Drink tu cuma in 250ml? Entah tak seragam pula haha
Selain Original, aku pernah cuba Mocha dan Caramel Macchiato. Yang Mocha tu sedap. Rasa kopi coklat dia kaww to mask the oat taste so bau cereal tu kurang. Caramel punya kureng sikit. Ada aftertaste yang pelik dan tak sedap bagi aku haha. Quite a bummer sebab aku peminat anything caramel.
HARGA
Tapi satu je la pasal susu alternatif macam Oatside ni. Harga tu mak aih. Mahal nak mampuiiii
3 kotak susu Oatside Original ni je dah dekat RM10 (Mocha dan Caramel sekotak RM4+). Waktu sale, boleh la dapat dalam RM8+ kat Lotus's. Dan ni kira murah la. Ada je aku jumpa brand oat milk lain yang 1 kotak 200ml tu cecah RM6+. That same price tu boleh dapat susu segar 1 liter atau susu full cream UHT 200ml yang ada 6 kotak tau. Makan modal betul la usaha nak elak cirit ni 😂
HARGA
Tapi satu je la pasal susu alternatif macam Oatside ni. Harga tu mak aih. Mahal nak mampuiiii
3 kotak susu Oatside Original ni je dah dekat RM10 (Mocha dan Caramel sekotak RM4+). Waktu sale, boleh la dapat dalam RM8+ kat Lotus's. Dan ni kira murah la. Ada je aku jumpa brand oat milk lain yang 1 kotak 200ml tu cecah RM6+. That same price tu boleh dapat susu segar 1 liter atau susu full cream UHT 200ml yang ada 6 kotak tau. Makan modal betul la usaha nak elak cirit ni 😂
In general, for occasional consumption, aku ok je minum Oatside ni. Sebab aku pun kadang-kadang je teringin matcha latte, dan tu pun biasanya aku guna susu UHT (Alhamdulillah recombined milk tak kacau perut aku, tapi tu nanti kita cerita lain). Tapi untuk orang yang kerap minum kopi atau matcha dan tengah survey nak guna oat milk, ada la satu benda ni korang kena ambik tahu.
![]() |
| Sumber: Oatside |
Kandungan Oatside ni ada sekali canola oil untuk buat tekstur susu oat tu lebih creamy. In Western community, minyak ni agak kontroversi sebab katanya "GMO, high-processed, tinggi trans fat, punca sakit itu ini," etc. And undeniably ada juga orang yang tak sesuai dengan Oatside sebab jadi sakit perut, kembung, etc. Dah macam sama je dengan lactose intolerance daripada susu lembu.
Tapi bab sesuai/tak sesuai ni normal tak kisah untuk barang apa. All product is not one-size-fits-all. Tak semua orang akan sesuai dengan satu benda. Akan ada yang okey, akan ada yang tak. YMMV kan.
Aku nak komen lebih pun, takde ilmu sangat. Cuma boleh ingatkan korang untuk buat bacaan sendiri pasal adakah canola oil ni bagus and decide whatever is good for you. Kalau korang macam aku yang pernah minum Oatside, takde kesan negatif lepas minum, dan tak kisah mana dengan bahan tu, boleh teruskan guna Oatside. Tapi kalau korang kisah, angkat kaki jalan terus dekkk
Dia macam cinta la. Bunga bukan sekuntum, ikan bukan seekor. Banyak lagi pilihan lain.
Tapi sebab bahan nak buat susu oat ni sebenarnya oat, air, dan garam kan, aku rasa paling mudah adalah kita buat sendiri je. Takyah risau ada bahan was-was ke apa. Nak adjust letak apa pun mudah ikut citarasa sendiri. Cumanya tu la. Paham-paham la kannnn....
Paling penting, selain ikut citarasa dan kesihatan anda, ikut la juga kemampuan bajet haha
Next, aku macam teringin nak try almond milk. Tapi sebab pernah minum Milo yang guna almond milk dan tak sedap tu, macam trauma pulak. Rasa nak minta refund hahahah. Dah la harga almond milk pun tak rilek, mahal melantun. Tengok la nanti macam mana. Kot ada rezeki lebih, dapat la tu 😆
Bye dan Assalamualaikum.







Add your comment
Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘
Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘
Thank you for reading ❤