Assalamualaikum
Kali pertama aku tahu pasal kewujudan pemanis mulut nama "kek tapak kuda" ni, tahun 2021. Tapi masa tu lebih dikenali sebagai Nutella Roll sebab tu la inti paling femes orang letak dalam kek tapak kuda. Harga pun agak mahal sebab belum ramai orang jual online. Tapi rela la aku pejam mata beli sekotak gara-gara terliur kan.
Pastu sejak meledak populariti kek tapak kuda ni dalam TikTok, sekarang kita dah ada makin banyak pilihan inti selain Nutella. Siap boleh tambah inti sampai limpah melampau-lampau lagi, yang mana seronok tengok seller tuang bersenduk-senduk dalam live. Tapi hakikatnya, kalau makan sendiri confirm muak haha
Tapi ada la satu fenomena pasal kek tapak kuda ni yang aku pelik sungguh masa tu, iaitu kena "battle" dalam Live. Ajaib betul ramai gila yang FOMO. Sampai rela tunggu dalam akaun seller pada waktu tertentu sebelum Live bermula supaya boleh jadi pembeli terawal. Rata-rata siapa yang berjaya order, mesti akan riak merata upload bukti kejayaan tu di media sosial. Kelakar tau 😂
Mujur sekarang dah kurang sikit hype benda ni. Seller yang jual kek tapak kuda dah makin ramai. Harga pun dah ada pelbagai pilihan nak murah atau mahal. Jadi kita dah tak kena berebut la untuk beli dalam Live. Kuota pun takde dah. Sebab tu haritu aku borong 2 kotak untuk makan dengan anak-anak buah masa cuti.
Masuk kali ni, dah tiga kali aku beli kek tapak kuda. Kali kedua, aku beli inti Nutella Crunchy dari Kak Auni (Dapur Azra kot nama dia masa tu). Pastu yang ni kita beli dari Foodielista pulak sebab ada pelbagai pilihan dan harga pun tersangaaaaat la murah. Kalau dulu sekotak hampir RM25, total 2 kotak ni bawah RM30 je tau.
Aku beli dari TikTok Shop murah sikit daripada Shopee. Tapi bergantung pada promosi Flash Sale dia jugak. Kalau ada benda tu, memang jimat melampau hehe
2 kotak ni ada 2 perisa berbeza. Yang inti warna krim tu Bueno Crunchy, atas permintaan anak buah aku (Amir) sebab dia kata nama yang tu nampak menarik dan sedap. Yang coklat tu pula Nutella Crunchy, yang mana sebenarnya kakak aku kirim untuk dia sendiri, tapi aku terbeli satu je which aku dah niat nak belanja ramai-ramai lol. Takpe nanti kita repeat beli lagi.
![]() |
| Kek Tapak Kuda Nutella Crunchy Foodielista |
![]() |
| Kek Tapak Kuda Bueno Crunchy Foodielista |
Kenapa nama dia ada "Crunchy" tu?
Sebab inti krimnya digaul dengan bahan seakan Nestum. Jadi ada la tekstur rangup-rangup gitu masa kita kunyah berbanding rasa krim yang kosong semata. Dan aku lagi prefer inti jenis crunchy ni sebab tahap manis inti pun akan sedikit kurang, jadi tidak la muak nak makan kek ni lebih daripada sekeping.
Nutella Crunchy ni a classic favourite. Kalau rasa rambang mata tak tahu nak pilih perisa apa, memang yang berasaskan coklat ni safe choice la. Kek dia pun sedap lembut, takde rasa dan bau telur. Kuantiti inti pun bagi aku just nice. Tak sikit sangat sampai rasa kek semata, dan tak terlalu banyak sampai kering tekak.
Serius aku tak tahu la macam mana ada orang boleh add-on inti kek tapak kuda sampai melimpah ruah dalam cling wrap masa seller balut tu. Kuantiti inti yang sedia ada ni pun dah MANIS KOT 😖
Bueno Crunchy ni first time kami cuba. Inti dia iras betul dengan Kinder Bueno tu (hence the name). Tapi uniknya selain rasa manis, ada rasa masin-masin juga. Padankan dengan inti crunchy tu, ada la rasa macam kita makan biskut wafer Kinder Bueno yang rangup tu juga. Tapi versi ada kek gebu haha
Kalau nak inti macam cair meleleh, boleh microwave atau biarkan suhu bilik lama-lama kot. Aku potong lepas 10 minit keluarkan dari peti sejuk pun sedap dah. Kalau nak lagi crunchy tekstur inti dia, keluar dari peti tu terus potong pun boleh. Yang tu memang krup krap betul rasanya. Cumanya kek sejuk la 😂
Ni hasil lepas potong separuh daripada setiap kek tu dalam ketebalan 1cm lebih. Nampak nipis kan, tapi sebenarnya cukup dah untuk elakkan muak. Kalau potong tebal lagi, mau sakit gigi woo. Lagipun desserts ni kita makan untuk rasa-rasa je, bukan untuk buat kenyang kan. Yang penting sedap dan boleh makan ramai-ramai.
Memang aktiviti sepanjang cuti sekolah ni kami banyak makan-makan kat rumah ya. Steambot pun beli bahan buat kat rumah je. Yang kami makan kat luar cuma la pergi 2 kenduri di rumah saudara dan kawan kaklong. Kalau nak keluar pergi tempat lain, malas nak hadap jem.
Lagipun Amirah (anak buah sulung) pun baru je habis SPM. Jadi kaklong tengah jimat-jimat untuk persiapan dia masuk U nanti la. Tak sangka dah habis sekolah menengah dah dia. Cepatnya masa berlalu. Begitulah di sebalik kemanisan kek tapak kuda ni, terselit kepahitan menerima realiti kita dah tua huhu tiberr
Bye dan Assalamualaikum.














Cuya pon suka kek tapak kuda, sekarang beli online lagi untung. Dulu Cuya beli pon mahal tapi puas la hati dapat merasa kek viral. Sedap sangat lagi2 kalau crunchy
ReplyDeleteAnak buah Cuya yang sulung pon dah degree. Tua dah dah kitaa haahha