Assalamualaikum
Apabila usia menganjak makin jauh dari fasa 20-an ni, biasa la kan kulit start timbul tanda-tanda penuaan. Dia mula sikit-sikit dengan garis halus, kedutan, pastu lama-lama otot muka nampak kendur hehe. Tambah lagi kalau ada aktiviti harian yang tinggi stres, dapat la sekali pakej eyebag dan dark circles. Itu la punca ada orang yang wajah dia nampak lagi tua daripada usia sebenar.
Itulah pentingnya selain skincare untuk muka, kita kena buat eye care sekali. Baru la semua sekata tampak awet muda. Dan untuk jaga mata ni, biasanya guna produk berasaskan krim. It's a bit like moisturiser muka tapi kuantitinya lebih sikit dan bahan pun lebih ampuh. Tapi kena pakai konsisten la untuk mata tu sentiasa berseri.
I have some eye creams too tapi kita yang ada penyakit M ni biasa la malasss kan. Kadang pakai, kadang skip. Mana mau nampak hasilnya. Pastu nanti kalau ada event yang perlukan muka tu nampak fresh, mula la gelabah sebab mata dah macam hantu Kak Limah haha
Luckily for those desperate times, ada je shortcut sementara untuk kita segarkan mata dengan kesan yang boleh nampak lebih cepat. Iaitu... guna eye patch.
Meditherapy Wrinkle-Fit Tangle Eye Patch
And noooo dia bukan eye patch macam pirate yang tutup sebelah mata tu. Sebaliknya patch ni adalah mask kecil dalam bentuk gel yang kaya dengan hydrating ingredients dan dipakai bawah mata. Lepas kulit kita dah serap bahan-bahan tu, jadi la kawasan mata tu lebih lembap dan kulit pun tampak lebih tegang.
That is the most usual result la... Tapi sebab kita manusia ni tubuh berbeza-beza kan, your mileage may vary.
Untuk produk eye patch gini, ada banyak jenama di pasaran. Antaranya yang aku suka pakai untuk segarkan mata adalah Meditherapy ni, salah satu jenama kecantikan dari Korea. Haaa K-beauty kan mendoniaa.
Meditherapy Wrinkle-Fit Tangle Eye Patch ni sekotak ada empat peket (sepeket 1 pasang). Nak dapatkan yang original, tak perlu terbang ke Korea pun. Boleh je beli dari kedai rasmi Meditherapy di Shopee. Di TikTok Shop Malaysia pun ada. Pastikan betul-betul official store tau untuk elakkan beli produk yang fake.
Kelebihan hydrogel eye patch Meditherapy ni:
Ia mengandungi 70% premium French collagen, Hyaluronic Acid, dan elastin untuk kembalikan keanjalan dan kelembutan kulit. Ia membantu juga kurangkan sembap mata dan dark circle, rangsang penghasilan kolagen, dan ratakan garis halus. Saiz patch pun besar dan formulasinya bebas daripada paraben, SLS, pewangi sintetik, pewarna tiruan, dan cruelty-free. In general, semua jenis kulit boleh pakai.
Senarai bahan-bahannya aku sertakan di sini untuk rujukan. Full details, boleh baca di website Meditherapy.
[KEY INGREDIENTS]
French Hydrolyzed Collagen, Hyaluronic Acid, Hydrolyzed Elastin
[FULL INGREDIENTS]
Hydrolyzed Collagen (701,376.2ppm), Glycerin, Water, Acrylates Copolymer, 1,2-Hexanediol, Niacinamide, Carrageenan, Ceratonia Siliqua (Carob) Gum, Potassium Chloride, Xanthan Gum, Allantoin, Gellan Gum, Trehalose, Sucrose, Cellulose Gum, Betaine, Panthenol, Hydroxyacetophenone, Sodium Polyacrylate, Caprylyl Glycol, Butylene Glycol, Propanediol, Polyglyceryl-10 Laurate, Artemisia Princeps Leaf Extract, Ethylhexylglycerin, Adenosine, Fragrance, Snail Secretion Filtrate, Citrus Junos Fruit Extract, Camellia Sinensis Leaf Extract, Lecithin, Arginine, Hydrolyzed Elastin, Sodium Hyaluronate, Ethyl Hexanediol, Ceramide NP, Tocopheryl Acetate, Phellodendron Amurense Bark Extract, Paeonia Lactiflora Root Extract, Agrimonia Pilosa Extract, Glycyrrhiza Uralensis (Licorice) Root Extract, Houttuynia Cordata Extract, sh-Oligopeptide-1, sh-Oligopeptide-2, sh-Polypeptide-1, sh-Polypeptide-22
![]() |
| XXL eye patch haha |
![]() |
| Masa ni aku tersalah pakai bahagian rata tu di atas. Tapi sebenarnya sama je lekat juga |
Cara penggunaan:• Bersihkan muka daripada sebarang kotoran dan minyak supaya patch lekat dengan elok• Letakkan patch bawah mata ikut permukaan yang plain rata tu• Boleh pergi tidur dan buka esok pagi, atau pakai paling kurang selama 20 minit pun boleh• Tanggalkan patch yang dah kosong dan enjoy your fresh look!
Kalau aku, tak main la pakai eye patch ni untuk 20 minit je. Memang pakai sampai gel dia serap habis dalam kulit dan patch tu berubah transparent. Sebab harga gel patch ni mahal ya. Kita nak beli ni pun beria tunggu voucher masa promosi besar-besaran untuk dapat harga murah. So rugi la kalau pakai sekejap je.
![]() |
| Tengok patch tu dah berubah transparent. |
My sweet spot pakai gel patch ni, biasanya 3-4 jam pun dah cukup. Kalau nak bawa tidur pun boleh. Tak perlu risau muka akan jadi makin kering walaupun pakai overnight sebab gel patch ni tak sama dengan sheet mask yang akan serap semula lembapan kulit kita sampai kulit rasa kering kalau pakai lama-lama.
Tapi ikut kulit masing-masing tau. Kalau korang kulit extra sensitif dan tak nak trigger any risks of kulit makin kering, boleh je pakai 1-2 jam sahaja. Janji serap betul-betul.
![]() |
| Bahagian bawah mata tu dah jadi smooth elok ya |
Hasil lepas eye patch tu diserap sepenuhnya oleh kulit, kawasan bawah mata aku yang memang ada garis-garis halus tu nampak lebih halus dan rata ya. Merasa la feeling kulit baby sikit. Nak pakai mekap bawah mata pun tak la cepat cakey atau creased. Hasilnya nanti mekap nampak lebih sekata dan flawless.
TAPI... sebab kesannya nampak cepat, ketahanan pun tak lama la. Efek smooth dan anjal tu I would say tahan dalam 2-3 hari, bergantung juga pada jenis kulit, usia, dan rutin skincare harian. Kalau nak kesan tahan lagi lama, kena la pakai selalu. Tapi dengan harga dia tu, mau kopak ye akaun bank haha
Nak buat cemana. Nama pun shortcut sementara kan. Lain la kalau operate cucuk filler. Yang tu betul la lama 😂
So kalau esok lusa ada nak attend event macam company dinner ke, kenduri member ke, atau kita sendiri nak kahwin ke, sesuai la guna eye patch ni for instant hydration biar muka nampak full anjal gebu gebas. Sebagai extra self-care nak manjakan diri sekali seminggu pun boleh. Sekotak 4 peket tu tahan la sebulan.
Tapi untuk jangka masa lama, penjagaan kulit mata ni memang lebih elok pakai krim mata. I have one daripada Korean brand jugak iaitu Mary & May. Nanti la aku cuba untuk rajinkan pakai dan review kat sini pulak. Tapi tak janji la ye. Kita ni kadang semangat tu naik, kadang hilang di lautan dalam haha
Overall, untuk Meditherapy Wrinkle-Fit Tangle Eye Patch ni, 10/10 bintang terbang saya bagi sebab memang perform. Akan repeat apabila ada sale lagi. Biasanya kat Shopee la suka buat K-Beauty Brand Day ke apa gitu so harga jimat melambung. Korang pun kalau nak try, sangat la dipersilakan.
Terima kasih kerana membaca.












Add your comment
Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘
Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘
Thank you for reading ❤